Attack Digital Studio

Rabu, 29 Februari 2012

Sesi Ngorat Mengorat pt.2

Bila Stripe nak ngorat Tompi..

Stripe: Tukar strategi, hehe..

Stripe: Err..Hai, hai...

Stripe: Er.. Marah lagi ke?

Stripe: Tak comel ke macam ni...?

Stripe: ....

Stripe: Eee!.. Aku terkam juga kang..

Stripe: Alamak! Eh! Hai..

*Bersambung...

Selasa, 28 Februari 2012

Busuk

Kumbang Busuk atau Pinacate Beetles (kalau tak silaplah) sememangnya berbau busuk!

Ahad, 26 Februari 2012

Sesi Ngorat Mengorat pt.1

Bila Stripe nak ngorat Tompi..

Stripe: Hai, adik manis..

Tompi: Berambus ko..!! 

Stripe: Adeh.. Garangnya..

* Bersambung..

Sabtu, 25 Februari 2012

Paku Vs Pahat

Istana Kenangan diperbuat daripada kayu yang dulunya dikenali sebagai Istana Lembah atau Istana Tepas di Kuala Kangsar dibina pada tahun 1926 oleh tukang kayu yang bernama Haji Sopian bersama dua orang anaknya. Keistimewaan rekabentuk binaan ini ialah berbentuk seakan-akan sebilah pedang dalam sarungnya. Selain itu, proses pembinaan bangunan ini tidak menggunakan paku. Keseluruhan bangunan ini terdiri daripada kayu-kayu yang keras, berdindingkan kayu tepas, dan beratapkan kayu papan.

Rabu, 22 Februari 2012

Meowziku Gay

Dulu, aku beli seekor anak kucing jantan dengan harga RM1600. Aku namakannya Meowzi, kucing kacukan Persian + Bengal. Hasilnya, Meowzi punyai bulu yang cantik. Di tepinya berpusar, di atasnya pula berbelang. Warna kecokelatan cokelat gitu. Ada orang bising, kata aku rugi je beli Meowzi. Sedangkan ada kedai haiwan yang menjual kucing persian putih, hidung pink berharga RM500. Aku cuma tersenyum. Peduli apa aku semua tu. Memang dalam banyak-banyak kucing yang ada, mataku melihat Meowzi. Kalau Meowzi Berharga RM1 juta sekalipun, pasti aku beli. (tu pun kalau ada duit, kahkah)

Meowzi.. Dengan gaya kegemarannya..

Bila tiba musim mengawan, macam-macam hal Meowzi ni. Meowzi kerap keluar rumah. Kadang-kadang tu sampai 2,3 hari tak balik. Rumah aku 2 tingkat, bilik aku di tingkat 2. Meowzi selalu curi-curi keluar ikut tingkap bilik aku. Satu hari tu aku pulang dalam hujan. Sampai depan pintu gate rumah, aku lihat Meowzi duduk tunggu atas atap, dekat luar tingkap bilik aku dalam kebasahan hujan. Kesian Meowzi tak dapat masuk sebab tingkap bilik tutup. Dalam-dalam kasihan tu, geli hati gak aku melihatnya. Kenapalah Meowzi tak tunggu je depan pintu rumah, di bawah atap tu. Aku terus masuk rumah, buka tingkap dan lap kering badan Meowzi.

Sekitar rumah aku, banyak gak kucing-kucing lain. Salah seekornya, ada seekor anak kucing (kira kucing kategori remaja la.. Masih kecil lagi lah) Kucing ni kerap datang ke laman rumah aku. Aku lihat Meowzi baik dengan kucing ni. Tak gaduh pun. Lalu anak kucing itu dinamakan Meowza. Satu hari tu, Meowzi nak rogol Meowza. Ish, tak senonoh Meowzi..! Pergilah ngorat mak kucing...! huh.. Dan yang lebih tak senonohnya, Meowza yang dia nak rogol tu, kucing jantan.. Kejadian ini berlaku bukan sekali, tapi dua kali. Dengan kucing yang berlainan. Tapi yang bestnya kedua-duanya anak kucing (kira peringkat remajalah..) dan yang penting sekali, kedua-duanya adalah kucing JANTAN! Ayak..!! Meowziku gay??!

Lama gak aku bela Meowzi. Aku rasa, Meowzilah kucing yang paling lama aku bela. Yang lainnya tak mati, hilang. Tapi sekarang, Meowzi dah takde. Dia keluar rumah tak balik-balik lagi. Ntah mati, ntah diambil orang, ntah sesat kemana.. Aku tak kisah, gay pun, gay lah.. Aku rindu Meowzi..







Lama tetap cool...

Pameran kereta mini di Tasik Raban,Lenggong

Selasa, 21 Februari 2012

Propeller (album) by GRICE

Dengar ni.. Lagu & sound terbaik.. 


http://hungersleeprecords.bandcamp.com/album/propeller-album

Ahad, 19 Februari 2012

Ayat 'Siapa Terasa Padan Muka' hari ini


" Perempuan, tunduk bukan kerna layu...
Tapi kerna menutup malu..."

Jumaat, 17 Februari 2012

Comelnya..

Kat kebun aku ada ayam, itik dan angsa. Duduk-duduk sambil tengok telatah mereka ni, buat hati tenang dan tenteram.. Jom tengok mereka minum air..


Comelkan? Dalam kumpulan ni, diketuai oleh seekor angsa jantan. Tak taulah kenapa, mungkin angsa ni besar kot. Kemana-mana angsa ni pergi dan buat, angsa-angsa yang lain, ayam dan itik mesti ikut. Kadang-kadang, angsa suka buli itik. Dipatuk-patuknya itik. Kesian, ada itik yang togel bulunya, hehe.. Angsa ni mesti tak puas hati sebab ada cerita dongeng yang mengatakan dirinya hodoh, sedang itiklah yang comel. Tapi bagi aku, angsa tu sangat comel. Ok, sekarang kita tengok mereka mandi pula..


Comelkan? Masa mereka tengah kecil ni beranilah nak pengang-pegang dan angkat. Bila mereka besar nanti tak taulah berani ke tak. Orang yang pernah membela angsa ni kata, angsa memang suka kejar dan gigit orang. Tuan sendiri pun dia kejar dan gigit. Takpe, tunggu dan lihat aku berani ke tak nanti..

Khamis, 16 Februari 2012

Raja Air

Air yang tenang jangan sangka tiada penghuni

Selasa, 14 Februari 2012

Ayat 'Siapa Terasa Padan Muka' hari ini


"Moga Tuhan merestui ku, dan moga Tuhan merestui mu.."

Isnin, 13 Februari 2012

Harum Sundal Malam

Sejak aku kecil, aku lihat ayahku suka tanam-menanam ni. Sayur-sayuran, pucuk-pucuk, bunga-bungaan dan macam-macamlah. Dari tanam atas tanah, hidroponik, hinggalah ke cara fertigasi. Ayah aku pernah cerita kat aku, dulu, dia pernah tanam bunga santalia di laman rumah. Bunga santalia ni rupa dia seakan-akan bunga melur, dan bunga ini akan mengeluarkan bau yang harum pada waktu malam. Mungkin sebab itu kot, bunga ini dikenali juga sebagai harum sundal malam.

Ada jiran yang menegur, nasihatkan ayahku agar buang bunga santalia tu. Menurutnya, bunga santalia ni tak elok ditanam kerana ia merupakan tempat tinggal pontianak. Oh, jadi tak hairanlah ada filem pontianak yang mengambil nama bunga ni sebagai tajuk filem.... Ayahku hanya tersenyum. Ayahku menanam bunga santalia ni hanya kerana haruman baunya.

Satu hari tu, ayah ku pergi bercuti sekeluarga (masa ni aku belum dilahirkan) Pulang saja dari bercuti, ayahku mendapati bunga santalia layu dan mati. Ayahku pelik, kerana bunga santalia saja yang layu sedang yang lain segar mekar. Macam kene jirus dengan air panas. Tapi ayahku mengabaikan saja.

Nak dijadikan cerita, seminggu selepas tu, ada penghuni dirumah jiran diserang histeria. Dengan nada bergurau ayah ku berkata kepadaku, "Haa.. tu mesti pontianak marah tu sebab musnahkan tempat tinggal dia.." Ayahku ketawa. Aku pun turut ikut ketawa..

Ayat 'Siapa Terasa Padan MUka' hari ini


"Lebih baik diam.. Daripada cakap,tapi kau tak dengar.."

Ahad, 12 Februari 2012

Labah-labah yang Kreatif

Labah-labah, serangga yang unik. Kalau tak unik, takdelah sampai manusia pun nak jadi labah-labah (spiderman). Kat kampung ni kerap gak aku jumpa, dari yang kecil sehingga yang besar punya. Kalau aku jumpa labah-labah yang besar ni memang aku lari dululah,heh...

Labah-labah buat sarangnya (sawang) sendiri, dari tali yang keluar dari badannya. Selain dijadikan tempat tinggal, sarang ni juga dijadikan sebagai perangkap, untuk memerangkap mangsa, untuk dijadikan makanan. Pandaikan labah-labah. Anda mesti pernah tengok sarang labah-labahkan? Tak pernah? Kalau tak pernah, cuba dongak dan lihat sudut syiling rumah anda. Nampakkan sawang-sawang tu.. Hampir setiap tempat boleh jumpa.

Satu hari tu, kat kebun, adik aku jumpa sarang labah-labah yang cantik lagi unik. Tengok ni..

labah-labah yang kreatif

Pergh..!! Kreatif btol labah-labah ni..!! Ha.. jangan tak tahu, labah-labah juga penuh berseni.. Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa..





Burung Hensem

Cuba tengok.. gaya yang serupa!


Sabtu, 11 Februari 2012

Kucingku Menangis pt.2

Dah baca kisah kucingku menangis pt.1?

Tahun yang sama, abah aku dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Jabatan lain. Jadi, keluarga aku akan berpindah. Masa tu, bukan kucing je yang keluarga aku bela. Ada arnab, ayam belanda, ayam kampung, ayam laga dan ayam kapas. Pernah tengok ayam kapas? Mak aku yang beli ayam ni. Rupa dia comel dan bulu dia macam kapas.

Contoh ayam kapas

Semua arnab dan ayam-ayam ni tak ikut pindah sekali. Semuanya mak aku kasi kat tukang kebun, iaitu pakcik Lan dan pakcik Sani. Aku cakap kat mak, aku nak bawa sekali kucing. Mak aku tak brapa setuju awalnya. Kucing aku, Aminah ni ada anak. Nama dia Can-toy. Jadi, kat rumah aku ada 2 ekor kucing. Mak aku cakap aku boleh bawa Can-toy, tapi tidak Aminah.

Malam hari nak pindah tu, aku letak Can-toy dan Aminah atas pajero. Aminah aku lihat dia diam je. Dia tengok je Can-toy. (masa tu Can-toy tengah main-main, dan gigit-gigit plastik) Sementara menunggu waktu bertolak, aku bawa Aminah duduk di atas buaian. Pelik.. Sebelum-sebelum ni jangan harap dia nak duduk atas buaian, mesti dia lompat dan lari. Aku kena pegang dan paksa dia duduk. Leka sket je, dia terus terjun dan lari. Lagipun, mana ada kucing yang nak duduk atas buaian. Buaian tak stabil. Kucing memang takkan duduk di atas permukaan yang tak stabil. Tapi malam tu, Aku tak perlu pegang dan paksa lagi. Aminah sendiri yang duduk atas buaian tu, dengan kepala yang tunduk. Aminah tak lompat dan lari. Sambil membelai-belai Aminah, aku berkata, " Aminah, aku nak pergi da... aku bawa Can-toy... Tapi, aku tak dapat bawa kau sekali... Sorry, Aminah... Aku tau kau sedih.... Aku pun sedih gak tinggalkan kau... Hm.... Aku da pesan kat pakcik Lan, suruh dia tengok-tengokkan kau.... Kalu kau lapar, kau minta kat pakcik Lan ek.... Kau jangan risaukan Can-toy, aku jaga dia elok-elok..," Aminah hanya tunduk mendengar kata-kata aku. Tak mengiau, tak bergerak langsung. Aku turun dari buaian, dan duduk mencangkung agar dapat aku lihat muka Aminah. Aminah melihat aku. Lantas, mataku berkaca. Kerana, aku lihat ada air yang mengalir di pipi Aminah. Langsung aku tak sangka, Aminah, seekor kucing, mampu menangis..

Masa tu, aku tak tahu nak cakap apa, tak tahu nak buat apa. Yela, aku terkejut. Aku lihat Aminah menangis. Siapa kata haiwan/binatang tak ada perasaan? Kejadian malam itu membuktikan pada aku yang haiwan/binatang juga ada perasaan, dan ianya sangat menyentuh hati aku. Memang aku tak boleh lupa. Bila aku ingat-ingat kembali kisah tu, pasti aku menangis. Hari ini juga, aku menangis...

Tak sanggup sebenarnya aku melihat Aminah malam tu. Aku angkat dan bawa Aminah ke pajero. Aku letak Aminah di sebelah anak dia, Can-toy. Aminah menghampiri Can-toy, jilat-jilat kepala Can-toy. (cara kucing menunjukkan kasih sayang antara mereka adalah dengan jilat-menjilat antara satu sama lain) Saat Aminah jilat-jilat Can-toy ni, Can-toy sedang tidur nyenyak. Masa ni Can-toy kecil lagi. Dia tak tahu, dan tak sedar yang dia akan berpisah ngan mak dia.. Tapi Aminah sedar semua itu...

Aminah tidak mengambil masa yang lama. Dia terus turun dari pajero dan pergi membawa diri.. Kelakuan Aminah membuat aku kelu dan terpaku. Sungguh, aku tak tahu kemana Aminah pergi. Aku cuba mencari, tapi Aminah dah menghilangkan diri. Aku memandang Can-toy sayu. Bunyi enjin kereta dihidupkan menyedarkan aku. Masa bertolak hampir tiba. Aku terus naik pajero. Peristiwa tadi, masih tergiang-giang di fikiran ku. Aku memandang ke luar tingkap. Kemana Aminah? Kemana Aminah menghilang? Hm.. Mungkin.... Mungkin Aminah menyorokkan diri di seballik rimbunan pokok, sambil melihat Can-toy, dan aku pergi...

Jumaat, 10 Februari 2012

Ayat 'Siapa Terasa Padan Muka' hari ini


" Andai yang kau kata tentang aku itu adalah benar,moga Allah mengampuni dosa ku.. Andai yang kau kata tentang aku itu adalah tidak benar, moga Allah mengampuni dosa mu.."

Khamis, 9 Februari 2012

LIVERPOOL??

YNWA dalam hutan paya bakau di Tanjung Piai, Johor

Ayat 'Siapa Terasa Padan Muka' hari ini


"Jangan kau pengaruh aku untuk membenci, sepertimana engkau membenci dia.."

Kucingku Menangis pt.1

Cerita tentang kucing aku yang bernama Aminah, yang ku bela masa aku darjah 4...

Satu pagi sedang aku sidai baju, aku terdengar kucing mengiau-ngiau. Dengar sayup-sayup, dan tak henti-henti. Aku cuba cari dari mana arah suara tu namun gagal. Sambil tu, aku terus sidai baju. Suara mengiau-ngiau tu masih aku dengar. Macam tadi gak, tak henti-henti, seperti meminta tolong. Aku pandang sekeliling dan aku terperasan sesuatu. Tersentuh aku lihat kucing aku Aminah, mengiau-ngiau dan melambai-lambaikan tangannya memanggil aku. Ketika itu Aminah berada di longkang rumah.

Aku pun terus pergi dekat Aminah. Kesian Aminah, dia tak mampu nak gerak. Kaki dia patah aku rasa. Terjelepuk dalam longkang pulak tu, dan dia basah kena air longkang. Aku angkat Aminah dan letak dia ke atas. Pelik gak, sebab longkang tu bukan besar sangat. Aku rasa bukan sengaja Aminah patah kaki dan jatuh dalam longkang tu. Aku rasa mesti Aminah dikejar, dan mungkin digigit anjing. (sebab kebelakangan hari tu ada seekor anjing hitam masuk ke kawasan rumah). Disebabkan aku fikir macam tu, aku kene sucikan Aminah dari najis berat tu. (najis mughallazah). Aku terus cari tanah bersih, letak ia dalam baldi dan campurkan air. Aku jirus kaki Aminah, bersihkan kaki Aminah, dan tuang je suma air tanah dalam baldi tadi kat kaki Aminah.

Selama aku bela Aminah, aku tak pernah mandikan Aminah. Masa aku bersihkan kaki Aminah ni, dia tengok je. Macam tau-tau je apa yang sedang aku lakukan. Lepas aku yakin bersih, aku lap-lap badan Aminah. Aku mencari bakul dan letak sebelah Aminah. Belum sempat aku nak angkat Aminah untuk letak dia dalam bakul tu, Aminah sendiri merangkak masuk ke dalam bakul tersebut dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Tersentuh aku lihat. Kaki Aminah aku taruk ubat. Tiap-tiap hari taruk ubat. Akhirnya, AlhamduLillah, Aminah yang tidak mampu berjalan walau untuk menggerakkan kakinya pun, sudah mampu berjalan (walaupun agak kengkang)

*bersambung....

INFO

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampurkan dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

Rabu, 8 Februari 2012

Ayat 'Siapa Terasa Padan Muka' hari ini


"Andai tidak mampu membuatnya gembira, janganlah kau tambah duka hatinya.."

Awan Ribena Bukan Awan Nano

Bila hari sudah senja.....

Ayat 'Siapa Terasa Padan Muka' hari ini


"Kawan mendekati kekayaanku.. Kemiskinanku tidak kawan peduli.."

"Jom kita main satu permainan.."


kisah ini diceritakan dari seorang sahabat kepada sahabatnya..
(di hujung minggu,pasangan suami isteri yang sudah berkahwin selama hampir 10tahun sedang lepak2 kat ruang tamu..)
isteri: abang, jom kita main satu permainan?
suami: permainan apa?
isteri: senang je permainan ni..
(lalu si isteri mengambil 2 helai kertas A4 dan 2batang pen, lalu diserahkan sehelai kertas A4 dan sebatang pen kepada suaminya)
isteri: ok cani..abang senaraikan semua tentang ayang yang abg tak suka..yang abg nak ayang ubah.. ayang lak senaraikan suuuuumee tentang abg yg ayang xsuka n ayang nak abang ubah..ok?
suami: nak buat apa?
isteri: ala..buat jela..xpe..abg tulis je apa2 yg abg rasa abg xsuka..ayang tak marah..
suami: btol ayang xmarah?
isteri: btol..dah,cepat..mula sekarang..
(sejam kemudian..)
isteri: siap bang?apa yg abg tulis tu?
suami: eh..ayang la baca dulu..
isteri: ok..tp abg jgn marah ek? ayang sayang abg...
suami: ye..abg xmarah..abg pun sayang ayang gak..dah, bacala..
(si isteri pun bacalah sume tentang suaminya yg tidak disukainya tu..panjangnya berjela-jela..si suami hanya diam mendengar..)
isteri: ok,ayang da selesai..giliran abg lak..
(si suami diam membisu)
isteri: baca la apa yg abg tulis tu..xpe,ayang xmarah la..ayang nak tau juga apa yg abg xsuka tentang ayang..
(si suami terus mengalirkan air matanya seraya berkata)
suami: bukan abg xnak baca..abg xtulis pun senarai yg abg xsuka tentang ayang..macamana abg nak tulis,xde langsung tentang ayang yg abg xsuka..sumenya abg suka..
(lepas saja mendengar kata2 suaminya,si isteri terus menangis dan meminta ampun dan maaf dari suaminya.hidup mereka lebih bahgia selepas itu)

Selasa, 7 Februari 2012

Itu Burung

Gambar ni aku ambil masa aku study dulu, time lecturer bagi assigment. Lokasi dan tajuk adalah Taman Burung Kuala Lumpur dekat area Tasik Perdana (kalau tak silaplah huhuhu). Aku bersama member kelas aku bersiap-sedia dengan peralatan kami untuk menembak burung-burung yang ada dalam taman tu. Jalan punya jalan, penat dia tak payah cakaplah, then aku terpandang seekor burung yang aku tak tahu spesis ape, (maaf ye) statik je kat atas satu sign board kecil depan aku.

Serangga pelik dan menakutkan aku

Aku dibesarkan di bandar..  Di bandar, serangga seperti lipas, lebah, tebuan dan kumbang besar kalau aku jumpa memang aku cabut lari dulu..heh.. Sekarang, hampir 3 bulan aku menetap di kawasan kampung.. Kat kampung ni jangan cakaplah, lagi banyak serangga yang aku jumpa.. Tapi satu hari tu aku jumpa serangga yang aku pun tak pasti apa dia.. Tengok ni..

pelik dan menakutkan

Nampak tak? Jap, aku zoom sket lagi..


apakah??

Apakah itu? Anda tau? Ianya pelik dan menakutkan aku.. Walaupun begitu, indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Isnin, 6 Februari 2012

Ayat 'Siapa Terasa Padan Muka' hari ini..

"Perempuan bukan diperbuat dari tulang kaki untuk dipijak.. Bukan juga dari tengkorak untuk disanjung.. Tapi dari tulang rusuk di dada kiri laki-laki untuk dijaga,dekat dgn hati untuk disayangi.."

Bunga Apakah Ini?

Baru - baru ni, aku ikut abah aku ke kebun.. kebun ni dalam hutan.. first time aku pergi.. banyak pokok - pokok besar.. Ada pokok getah, pokok pisang, macam - macam lah.. Antara banyak - banyak pokok/tumbuhan yang ada kat kebun tu, aku tertarik dengan satu tumbuhan.. Lihat ini..



Bunga?.. Tapi bunga apakah ini? Anda tahu? Ia tumbuh di atas tanah, tidak diranting/dahan.. Aku jumpa satu ni je, dikelilingi pokok - pokok pisang dengan pokok apatah aku tak pasti..  Nak tengok lebih dekat? 

dari pandangan atas

pandangan sisi.. 
Bungakah? Cendawankah? Kulatkah? Indahnya ciptaan Allah yang Esa..






Ahad, 5 Februari 2012

Selamat Tinggal Joni..


Aku sangat sukakan kucing.. Antara kucing yang pernah aku kenal ialah Joni (Joni bukan kucing aku.. aku jumpa dia kat studio tempat aku lepak-lepak) ..  Mula-mula aku jumpa Joni, Joni main sorok-sorok..joni datang dekat-dekat tapi bila aku nak pegang dia, dia lari dan sorok..hampeh Joni..

Aku tak pernah jumpa kucing senakal,  seganas dan seaktif joni .. banyak da aku bela..tapi joni ni ganas yang amat..setiap masa gigit tangan dan kaki..gigit bukan gigit manja-manja, tapi gigit betul-betul punya.. abis belubang-lubang dan bercalar-balar tangan dan kaki ku,huhu.. tak reti duduk diam pulak tu..24jam berlari-lari keliling bilik, melompat sana-sini..bila penat dia tidur..bangun-bangun je dari tidur dia mengganas balik..tak pernah aku tengok joni duduk-duduk santai rehat macam kucing-kucing lain..

Lagi satu menarik tentang Joni ialah, dia sangat sensitif dengan bunyi..ketuk meja sket dia terus pandang dan datang dekat.. untuk apa lagi,dia nak tangkap dan gigit tangan la..bunyi kunci, bunyi kertas, bunyi plastik, apa-apa bunyila, Joni akan kasi respond..aku cuba praktikkan dengan kucing-kucing lain,tapi pendengaran mereka tidak sesensitif Joni.. ada orang tegur, "telinga Joni besar..kucing telinga besar ni memang agak nakal dan sangat sensitif dengan bunyi"..
A'ah la..telinga dia besar..!! macam kucing spynx..

Si Joni yang Ganas..Si Joni Telinga Besar..

Joni teman yang baik.. dia takut duduk sensorang.. tapi Joni tak boleh jadi teman aku berlatih drum.. sebab bila aku ketuk drum je Joni terus lari keluar dari studio dan sorok kat memana.. macam yang aku cakap tadi, Joni sangat sensitif dengan bunyi.. ketuk meja sket pun boleh dengar, kasi respond, inikan pulak bunyi ketukan drum.. mesti Joni dengar kuat gile kan?

Tapi, aku kenal Joni tak lama.. 2 minggu saja.. da lama aku tak jumpa Joni.. ntah hidup,ntah mati.... selamat tinggal Joni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...