Attack Digital Studio

Ahad, 31 Mac 2013

"Vocalist, persiapkan diri sebelum recording, please.." pt. 2

......sambungan  "Vocalist, persiapkan diri sebelum recording, please.."

Apakah yang akan kamu faham bila saya kata, "sudah sedia?", sebelum sesi recording bermula? Maksud sedia di sini sebenarnya luas. Bukan sekadar practice yang cukup. Bukan juga sekadar menghafal lirik dan melody. Tapi juga feel, penghayatan/penjiwaan kamu terhadap lagu. Pernah tak bila kamu dengar lagu, kamu rasa berdebar-debar? Meremang? Atau sedih? Gembira? Bersemangat? Megah? Perasaan - perasaan ini timbul adalah kerana penyanyi lagu berkenaan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan/penjiwaan. Berbeza pula bila kamu dengar lagu yang dinyanyikan oleh vocalist yang kurang atau tiada langsung penghayatan/penjiwaan dalam nyanyiannya, dimana lagu berkenaan pasti/agak kedengaran hambar dan 'tidak berjiwa'. Tak susah untuk menjiwai sesebuah lagu. Apa yang kamu harus buat ialah, kamu harus jujur.. Jadi, cuba, bukan cuba, tapi kamu harus menjiwai lagu-lagu kamu agar nyanyian/lagu kamu lebih hidup..

Ohya, bercakap tentang lirik, memang ada vocalist yang tidak menghafal lirik semasa recording.. Tak salah pun sebenarnya, cuma nanti pasti akan ada banyak kesalahan/kecacatan timbul akibat dari tidak menghafal lirik. Kerana kesalahan lirik saja, boleh mengakibatkan banyak take/tracking untuk vocal. Menghafal itu lebih baik. Menghafal juga tanda kamu practice (yeke?) Ok.. Walaupun kamu hafal setiap bait lirik lagu kamu, saya nasihatkan agar kamu bawa lirik semasa recording. Lagi elok lirik itu kamu taip (guna font besar  & font yang simple supaya nampak jelas & terang). Tulis tangan pun ok, tapi biar jelas. Bawa 2 salinan lirik, 1 salinan untuk kamu, dan 1 salinan lagi untuk recording engineer/producer/seseorang yang dipercayai/yang dipertanggungjawabkan untuk mendengar/guide nyanyian kamu (*orang disebalik cermin). Kamu perlu tahu yang bukan semua orang tahu lagu/lirik kamu. Dengan cara ini, setiap kesalahan lirik/sebutan, dapat dikesan & diperbetulkan dengan lebih mudah dan cepat. Ingat ye, 2 salinan lirik..

Saya tahu, kamu sangat bersungguh untuk recording. Tapi kamu harus faham yang recording bukan dibuat hanya sekali take (sekali record).. Tapi mungkin memakan masa 2 jam. Atau, 5 jam.. Atau, mungkin juga mengambil masa selama 2 hari. Ianya bergantung kepada kemampuan & 'kerja rumah' yang telah anda buat. Jadi, semasa sesi recording, bawalah bekalan minuman ke studio. Waktu recording pun kamu harus jaga tekak.. Bila menyanyi 1 jam tanpa henti, kamu harus berhenti seketika untuk minum air. Kamu harus basahkan tekak kamu, rehatkan tekak kamu untuk beberapa minit. Jangan sakiti tekak kamu, jangan paksa tekak kamu. Selain itu, rasa gementar/gemuruh/cuak/takut juga akan menyebabkan tekak mudah kering..Jadi, jangan lupa untuk bawa air. Air kosong lebih baik, tapi terpulanglah. Masing-masing ada pilihan air sendiri..

Alatan bergerak/mesin contoh seperti kereta, perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum guna/bergerak. Kenapa? Supaya perjalanan kereta itu lebih lancar & lebih lama.. Sama juga vocal. Kamu harus panas/warm-up terlebih dahulu.  Dengan ini, vocal kamu akan mampu bertahan lebih lama, dan kamu akan lebih mudah untuk hit note yang paling tinggi/note yang paling rendah dalam lagu kamu dengan lebih mudah & rilex. Tekanan pada tekak juga akan lebih kurang (kurang sakit tekak) kerana vocal warm-up dapat membantu kamu untuk mendapatkan vocal placement dengan betul. Jika tidak mampu untuk upah/hire vocal coach, cari saja video-video tentang teknik warm-up dan pembelajaran vocal di youtube.. Mudahkan.. Tapi, kamu harus berhati-hati kerana mungkin kamu akan ke arah tidak menggunakan teknik vocal yang betul.. Jadi, jika ada sebarang kemusykilan, rujuklah pada yang pakar..

Semasa recording, kamu harus berinteraksi dengan recording engineer/producer/atau siapa-siapalah yang dipertanggungjawabkan untuk mendengar/guide nyanyian kamu tu. Kamu perlu professional. Perlu terima sebarang teguran. Mereka yang berada disebalik cermin itu, merupakan pendengar. Mereka ingin mendengar yang terbaik dari kamu. Jadi, tak perlu melawan andai mereka memaksa/meminta kamu record berulang kali. Ada sebabnya mereka berbuat demikian. Jangan pula rasa mengalah apabila berada dalam situasi begini. Anda harus terus yakin, dan harus terus berani untuk buat yang terbaik. Kamu juga harus terima kesalahan. Suara kamu, kamulah yang lebih mengerti. Apabila kamu dengar ianya tidak bagus, mintalah untuk di-recordkan semula. Jangan letakkan 100% keputusan kepada *orang disebalik cermin. Kamu yang sepatutnya berpuas hati dulu. Jangan takut/malu/malas untuk meminta. Kamu ada hak. Kalau kamu suka dengan apa yang telah kamu dengar/record pun, kamu harus cakap yang kamu suka.. Semua itu pasti akan dipertimbangkan. Saya ingin ingatkan kamu, buat sesuatu biar hingga kamu puas..

* Orang disebalik cermin - Siapakah mereka? Apakah tugas mereka? Siapakah yang sepatutnya berada disebalik cermin itu?

bersambung......

Orang Disebalik Cermin Recording

Aphabetical theory recording session di Attack Digital Studio

Jumaat, 29 Mac 2013

"Vocalist, persiapkan diri sebelum recording, please.."

Kamu vocalist? Kamu hebat di atas pentas? Bagaimana dalam studio (recording)? Adakah kamu sehebat di atas pentas? Jawapannya adalah '"tidak,".. Kenapa?? KERANA, selesai recording/tracking vocal, 80% vocalist tidak puas hati vocal mereka/nyanyian mereka, dan mereka ini (mungkin) mengambil keputusan untuk record/tracking semula. 10% pula menerima dengan redha, kerana rasa kemampuan hanya setakat itu. 7% pula, tak kisah. Sedap atau tidak belakang cerita, janji siap.. Dan, hanya 3% sahaja yang benar-benar puas hati. Tapi KENAPA? Ini adalah kerana kamu, vocalist, tidak mempersiapkan diri sebelum recording..

Ada orang kata musician ni sombong.. Ini adalah kerana separuh masa dalam sehari hidup musician itu adalah untuk music, atau, bersama instrument-nya. Untuk jadi musician, kamu harus rela/sanggup korbankan masa kamu bersama kawan-kawan, masa untuk berparti, masa untuk membuang masa bla, bla, bla.. Kalau kamu tak sanggup/tak mampu/tak rela, saya nasihatkan kamu pilih bidang lain sebab music memang memerlukan 'masa yang lebih' untuk mahir. Maknanya, kamu harus practice.. MESTI!! Paling malas pun, sehari sejam pun ok..

P/S : Sebenarnya kamu harus practice dengan teknik yang betul, baru betul.. Tanpa teknik yang betul, walaupun kamu practice 6 jam sehari pun, belum tentu kamu boleh bagus.. (Yang sedia bagus tu, lain ceritalah)

2 minggu sebelum recording atau lebih elok sebulan sebelum recording (lagi elok kalau kamu jadikan amalan sehari - hari), Elakkan minum minuman yang berais. Ais batu tu bukan saja tak elok untuk tekak, tapi juga badan.. Badan akan cepat lemah.. Amalkanlah minum air panas atau air suam.. Kalau nak minum minuman sejuk juga, minum air yang disejukkan dalam peti sejuk.. Nak makan aiskrim pun boleh, ada kajian kata aiskrim elok untuk tekak.. Tapi jangan pula kamu cari aiskrim 'Mat Kool'.. Cari aiskrim yang berlemak berkrim macam 'Magnum' ke..

Malam sebelum recording, pastikan kamu cukup tidur. Pastikan kamu dapat tidur yang berkualiti. Tidur yang cukup & berkualiti ini dapat beri stamina pada badan. Vocal memerlukan stamina yang baik. Tiada stamina, macamana kamu nak lontar vocal kamu? Tiada stamina, macamana kamu nak berhadapan dengan/berdiri di depan mic yang terkenal sebagai 'Mic Yang Ditakuti Vocalist'? Bila stamina kurang, secara tak langsung kamu akan mudah (ayat sebenarnya kamu AKAN  LEBIH MUDAH) stress, marah, emo, takut, dan lain-lain. Perasaan negatif ini akan mudah timbul semasa recording. (tak kira cukup tidur, atau tidak cukup tidur perasaan ini akan wujud. Bezanya jika kamu cukup tidur, kamu mampu atasi perasaan negatif ini dengan baik)  Jadi, pastikan tidur cukup ye.. Yang mana aktif bersukan tu, lagi bagus.. Bagus juga kalau sebelum recording, kamu lari pusing satu taman dulu.

Mudah bukan? Ini merupakan perkara asas yang harus kamu titikberatkan..

bersambung........

  "Vocalist, persiapkan diri sebelum recording, please.." pt. 2

199X recording session di Attack Digital Studio

Jumaat, 8 Mac 2013

Satu Langkah Penting Dalam Proses Recording

Kamu punyai lagu. Kamu rasa lagu kamu ni best gile. Kamu rasa teruja dan tak sabar-sabar nak kasi orang dengar.

Bila kamu berada dalam situasi seperti di atas, apa yang akan kamu buat seterusnya? Masuk studio dan mula tracking guitar, drum, bla bla bla..?? Sebelum kamu ambil keputusan ini, saya nak tanya, adakah kamu benar-benar bersedia untuk melangkah masuk ke studio? Sabar.. Jangan terlalu ghairah.. Jangan abaikan satu proses yang penting sebelum memulakan sesi recording iaitu pre production, atau bahasa melayunya pra produksi..

Setiap perkara/aktiviti/kerja yang dilakukan, perlu dirancang/dirangka. Macam buat kertas kerja.. Pre production nilah yang menentukan arah/direction sesebuah lagu tu, juga album.. Kamu perlu tentukan banyak perkara sebelum ambil keputusan untuk record.. Yang utama sudah tentu arrangement lagu tu. Kamu kena plan tentang tempo, chord progression, instrument, bla,bla,bla.. Ok, benda-benda ni kamu mesti tahu punya. Yang saya nak cakap di sini ialah benda yang kamu pikir tak penting, atau mungkin kamu tak pernah terfikirkannya pun. Tapi sebenarnya, ini antara terpenting kamu kena plan.

Kamu perlu plan sound band/lagu kamu. Ada antara band yang saya jumpa tak tahu sound mereka sendiri, tak tahu apa yang mereka nak. Mereka bulat-bulat mengharapkan sound mereka sedap masa proses mixing nanti. Ini sebenarnya satu kesilapan yang besar jika kamu turut pikir macam ni. Untuk pengetahuan, proses mixing yang baik, adalah apabila proses recording dijalankan dengan baik. Oleh itu, jangan malas-malas mencari sound yang baik. Berbincang, tanya pendapat orang yang lebih tahu. Secara tidak langsung, sound untuk persembahan live kamu akan improve..

Kalau ini pertama kali kamu nak rekod, saya sekadar nak ingatkan, recording bukan senang. Tak sama macam kamu main live atas pentas. Dalam recording, permainan ko perlu perfect. Takdelah nak perfect sangat. Asal kamu boleh main dengan tempo yang betul, permainan kamu clean/bersih itu sudah cukup bagus. Kalau kamu rasa permainan kamu teruk, saya sarankan kamu suruh orang lain main/record/tracking part kamu. Jangan terlalu ego untuk nak gak main. Kamu hanya akan membuang masa saja. Dan final product kamu pasti akan mengecewakan. Jadi langkah yang bijak, suruh bandmate kamu yang lebih baik permainannya dari kamu, untuk record/tracking part kamu. Ini bukan cara menipu. Pedulikan saja apa orang luar cakap sebab orang lain tak tahu apa yang sedang berlaku/macamana proses recording ini berjalan. Tapi kalau kamu ego juga, masih mahu main, saya nasihatkan agar kamu practice lebih gigih sebelum recording...

Bab instrument mudah, sebab boleh minta orang lain record/tracking. Kalau tak boleh langsung, pakai MIDI, abis cerita.. Sekarang zaman teknologi, bro. Apa nak malu? Dalam dunia recording, ini bukan cara menipu. Diulangi, INI BUKAN CARA MENIPU. Setakat ini, tracking gitar, bass tak berapa ada masalah. Ada pun sedikit. Tapi bab vocal memang masalah. Rata-rata/kebanyakan vocalist yang datang untuk recording kurang bersedia Lagu/lirik tak hafal, Tiada/kurang stamina. Ada yang nyanyi lagu english tapi pronunciation tak betul (hampir 80% tak betul pun ada). Alah, jangankan lagu english, lagu melayu pun sama, diction tak betul. kenapa 'te-ta-pi' jadi 'the-tha-phi'?? Tempo out. Pitching out.. Pergh.. Senang cerita buang masa. Sebelum masuk studio, pastikan kamu 'bersedia'. 'Bersedia' tu, bukan hanya pada hafal lagu dan lirik saja, tapi feel/mood lagu tu.. Rata-rata vocalist langsung tak ambil berat hal ni. Sebagai frontman, perhatian/tumpuan penonton/pendengar lebih kepada kamu. Mereka dengar album kamu nanti pun, yang mereka paling nak dengar  ialah melody nyanyi/vocal. Dan mereka mengharapkan sesuatu yang memberi impak. Kamu penah tak dengar lagu sampai kamu rasa meremang, berdiri bulu roma? Pernah tak dengar sampai kamu rasa nak nangis? Kenapa terjadi begitu? Ianya sebab mereka sangat menjiwai lagu/permainan mereka. Bukan pada vocal saja, pada instrument pun harus menjiwai. Barulah lagu akan kedengaran hidup. Macam saya, sebagai recording engineer, saya bukan nak dengar suara yang sedap. Bab tempo dan pitching tu saya letak no. 2. Sikit-sikit tu, dimaafkanlah. Tapi kalau teruk sangat 'out'nya, "Pergi balik practice, berambus!" No. 1 yang saya nak dengar ialah feel/mood. Macamana vocalist bawa lagu tu. Bagi saya, penyanyi yang bagus bukan kerana suara dia sedap atau pitching dia bagus. Walaupun suara kamu sesedap/sebagus 'Mariah Carey' ke, 'Siti Nurhaliza' ke, kalau kamu tak mampu nak menjiwai lagu yang kamu nyanyi/main, nyanyian/lagu tu akan kedengaran hambar.. Jadi,cuba.. Bukan cuba.. Kamu HARUS jiwai lagu tu. Buat sampai recording engineer dan sesiapa pun yang dengar waktu recording tu nanti, meremang, berdebar-debar dan kagum. Pada yang rasa tempo/pitching out tu pulak, practice lebih kuat.  Pergi belajar dengan orang yang lebih tahu, atau belajar melalui 'Youtube', cara-cara/teknik vocal yang betul. Tak guna bodoh sombong. Tak perlulah ghairah sangat nak record. Ia hanya memalukan diri sendiri je. sabar..  

Ok, sekarang lagu pun kamu da confirm. kamu da berpuas hati dengan arrangement, tempo, sound semua. Tapi ada satu yang kamu terlupa iaitu background vocal, atau orang singkatkan pada bgv/bv. Kamu mesti pikir part ni tak pentingkan? Mesti kamu pikir bgv ni mudah. By heart sajalah nanti time recording. Tapi bila sampai waktunya, terkial-kial nak cari part, terkial-kial nak pikir kat mana nak back-up. Dah buang masa.. Disebabkan terkial-kial ini, kamu akan tiba mula rasa fed-up/give-up, lalu ambil keputusan "tak payah bgv"... Aduhai.. Untuk pengetahuan kamu, menurut kajian, bgv sebenarnya mampu menghidupkan lagu. Ia mampu menghidupkan feel/mood sesebuah lagu tu. selain itu, bgv juga mampu memenuhi ruang-ruang kosong dalam lagu kamu. Tak percaya? Cuba kamu dengar balik lagu-lagu yang kamu suka dengar selama ni, yang kamu rasa lagu tu best gile. Semua ada bgv yang baik, kan? Yeah....! Inilah rahsia dia sebenarnya, SECRET RECIPE! Tak kisahlah kalau masa kamu main live tak pernah pun bassist atau guitarist kamu back-up vox kamu/vocalist kamu. Tapi ini recording weh.. Sukahati kamu lah nak buat macamana pun. Kamu kena sedapkan lagu kamu, baru orang suka dengar. Kamu kena create sesuatu yang menarik perhatian pendengar. Sebab tu, jangan tak peduli bgv. Kalau sebelum ni kamu tak pedulikan bgv, mulai sekarang kamu kena ambil peduli. Jangan risau, kalau kamu main konsert besar nanti kamu boleh guna khidmat back-up singer, kahkah..

Saya rasa, kalau kamu record masa jamming pun ada baiknya. record bodoh-bodoh je pakai recorder ke, hp ke. Sebab kamu boleh dengar apa yang kamu da plan. Sempat lagi kalau kamu nak buat apa-apa perubahan. Jadi, apa yang saya nak tegaskan, pre-production ni  adalah satu langkah yang penting, dan ianya dapat melancarkan proses recording nanti. Ianya mampu menjimatkan masa recording, dimana kamu takkan lagi nak terkial-kial mencari, atau pikir macamana nak buat sebab awal-awal kamu dah plan semua. Mudahkan kerja?

"Vocalist, persiapkan diri sebelum recording, please.." 

maklumat lanjut sila lawati http://www.facebook.com/attackdigitalstudio

Selasa, 5 Mac 2013

Seni

seni..seni itu ada pada lukisan, pembuatan, foto, muzik, tarian dan lain-lain aktiviti manusia.. seni tidak terbatas atas satu bentuk saja, kerana terjadinya seni  adalah atas daya kreativiti.. anda kreatif? bermakna anda berseni? tapi apa yang anda kreatif sangat tu? dan apa yang seninya anda itu?

sebenarnya bukan senang nak beri jawapan jelas apa itu seni, bagaimana untuk memperolehi seni, dari mana datangnya seni. kita lihat sekeliling..lihat pokok-pokok, gunung- ganang, tanah, air laut.. sangat cukup seni.. terlalu indah seni ciptaan Maha Pencipta..

bagaimana dengan manusia? manusia punya seni sendiri, yang cukup indah.. ada diantaranya punya seni (ulang sekali lagi) dalam lukisan, pembuatan arca, batu atau seramik, batik, anyaman, kulinari, foto, muzik atau tarian.. bidang seperti yang disebut di atas, walaupun ada diantaranya nampak mudah, bukan kebanyakan orang mampu buat atau mampu melaksanakannya. Atau sekadar untuk belajar saja pun, bukan mudah. ini adalah kerana orang-orang yang berada dalam bidang di atas adalah mereka yang telah dikurniakan bakat, iaitu bakat seni..

disebabkan seni ni sesuatu yang tak boleh nampak, kita tak tahu adakah kita memiliki daya seni.. mungkin kita rasa kita ada seni, kerana kita ada minat. tapi, andai cuma punya ada minat, tapi bakat tiada, susah sebenarnya untuk meletakkan kita dalam bidang-bidang seperti di atas ni.. mungkin juga kesilapan kita yang memikirkan yang bidang ini, adalah bidang yang senang.. tak seperti perubatan, bisnes, akaun.. kalau anda berfikir begini, inilah kesilapan terbesar anda..

jangan kuatir, manusia dilahirkan berlainan seni.. setiap manusia tu ada seni.. seni bukan terbatas pada bidang-bidang di atas saja.. bidang-bidang lain pun memerlukan daya seni juga, tapi mungkin dalam cara yang berlainan..ntah, aku main cakap je, tapi aku rasakan begitu.. contoh seperti berkebun, mengemas rumah, menjaga kedai, menangkap ikan, membasuh kereta, buat kuih semua ini perlu daya kreativiti dengan kata lain 'ada seni'.. boleh dikatakan setiap aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja itu, adalah satu seni, tapi dengan cara/kaedah yang berlainan...

ok,itu tentang aktiviti.. macam aku cakap dari mula tadi, seni ni tak terbatas atas satu bentuk je.. cuba anda lihat diri anda di hadapan cermin, apa yang anda nampak? diri anda? sekarang lihat diri anda yang anda tidak nampak.. lihat diri anda yang pernah menipu, pernah mengutuk, pernah cakap besar, pernah bangga/riak, pernah menjatuhkan orang lain, pernah memutar belit kata - dan semua ini anda lakukan diluar jangkaan orang, dengan erti kata lain, orang tak sedar (mungkin ada yang sedar).. kalau anda nampak diri anda begitu, tahniah.......!! anda cukup seni...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...