Attack Digital Studio

Ahad, 21 September 2014

Aku, Dia & Pinky Promise OST - Bai Syed Alwi

Ini lagu terbaru aku cipta, khas untuk novel Aku, Dia dan Pinky Promise. Wah, baca novel kini siap ada background music. Tapi manual la, letak kat Itunes, repeat mode on!

Boleh dikatakan ini merupakan pertama kali aku cipta lagu dimana liriknya ditulis oleh orang lain. Lirik lagu ini ditulis oleh penulis novel ini sendiri iaitu Anna Lee. Agak sukar untuk menjiwai pada permulaannya, sebab aku masih tak jelas apa sebenarnya kisah disebalik lirik ini. Tapi Alhamdulillah, aku berpeluang untuk membaca novel ini..
Aku, Dia & Pinky Promise
Bagi aku Aku, Dia & Pinky Promise ni sebuah karya yang jujur. Jalan cerita tidak ringan seperti yang disangka, tidak juga berat. Jalan cerita agak menarik, sebab ia menarik-narik untuk aku terus membaca. Banyak terselit teka-teki, itu yang membuat kan aku ingin tahu. Dalam teka-teki itu terselit beberapa klu, yang aku anggap "oooo.. patutlah.." Dan ada satu part hingga buat aku menitis air mata. Aku pun tak pasti kerana apa. Kerana sedih ke, teruja ke, gembira ke... Yang pastinya, Aku, Dia & Pinky Promise banyak bermain dengan emosi.

Akhirnya, aku tahu bagaimana untuk menjiwai lagu ini. Jadi kepada pendengar yang ingin tahu kisah lanjut, kisah disebalik lagu ini, dapatkan segera novel Aku, Dia & Pinky Promise.. :)


Isnin, 1 September 2014

Kebosanan yang menyebabkan aku buat benda alah ni,,,
 tapi hasil tidak memuaskan kerana sudah lame xedit gamba walaupun dulu pon same je,, 
hahaha,,,, 
okey,,, gamba ku yang latest,,,

Selasa, 18 Februari 2014

Hasil dari kebun

 Buah kedondong (atas) dan buah letup (bawah) hasil dari kebun,,, 
Walaupun rasanya masam tapi layan...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...