Attack Digital Studio

Rabu, 7 Mac 2012

Sesi Ngorat Mengorat pt.3

Bila Stripe nak ngorat Tompi...

Tompi: Grrr...!

Stripe: Err, jangan rogol aku..

Tompi: Ingat aku nak sangat ke?!

Tompi: Hambik ni! Dish! Dish!

Stripe: Aa.. Ok! ok...! Sorry! Sorry....!

Tompi: Huh...!

Tompi: Tak guna betul..!

Stripe: ...........

Stripe: Fuh... Selamat...

*Bersambung...

Khamis, 1 Mac 2012

Hilangnya Bunga Raya

Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, masa mak hantar aku ke sekolah. Aku suka melihat ke luar tingkap kereta, melihat bunga-bunga yang kembang mekar di sepanjang jalan. Ada warna merah saga, merah jambu, putih dan kuning. Bunga itu adalah bunga raya, yang juga bunga kebangsaan Malaysia. Banyak tertanam di sepanjang jalan di Shah Alam. senang jumpa, dimana-mana.

Kini, baru aku perasan. Aku hampir melupakan tentang kewujudan bunga raya. Masih banyak tertanam ke? Aku macam dah tak nampak kelibat bunga raya di sepanjang jalan. Entah.. Mungkin aku tak perasan, atau mungkin, tiada lagi kebanggaan bunga raya? 

Kalau bukan kerana abah aku tanam bunga raya di laman rumah, mungkin aku terus masih lupa. Tapi bunga raya yang ada kat laman rumah ni rupanya lain sikit. Belum pernah aku jumpa sebelum-sebelum ni rasanya. Keluarga bunga raya, tapi bukan jenis bunga kebangsaan.

bunga raya

Tak berapa nampak? Aku zoom sket..

bunga raya 

Lain? Memanglah lain. Bunga raya ada bermacam-macam jenis, bentuk dan warna. Tengok ni..

nampak stigma bunga raya?

tengok  pemegang kelopak bunga tu
Haa.. Walaupun rupa dan bentuknya lain , tapi ciri-cirinya tetap sama. Cantik... Tapi sayang, kebanggaan dan kemegahan bunga raya kini hanya nampak lebih pada lagu, dan lukisan.




Manja Tetapi Bahaya

Manja beruang ni (tak ingat nama) bila tuan dia bagi susu campur madu untuk waktu minum. Aku pun sempat juga belai-belai badan dia, bulu dia kasar

Tetapi dalam manja-manja, beruang ini tetap bahaya, tengoklah kuku dia. Eee..

Ayat 'Siapa Terasa Padan Muka' hari ini


" Anda nasihati saya dengan membuka aib dia, untuk dijadikan 'contoh'.. Apakah niat anda sebenarnya? Ingin nasihati atau membuka aib orang? "

Rabu, 29 Februari 2012

Sesi Ngorat Mengorat pt.2

Bila Stripe nak ngorat Tompi..

Stripe: Tukar strategi, hehe..

Stripe: Err..Hai, hai...

Stripe: Er.. Marah lagi ke?

Stripe: Tak comel ke macam ni...?

Stripe: ....

Stripe: Eee!.. Aku terkam juga kang..

Stripe: Alamak! Eh! Hai..

*Bersambung...

Selasa, 28 Februari 2012

Busuk

Kumbang Busuk atau Pinacate Beetles (kalau tak silaplah) sememangnya berbau busuk!

Ahad, 26 Februari 2012

Sesi Ngorat Mengorat pt.1

Bila Stripe nak ngorat Tompi..

Stripe: Hai, adik manis..

Tompi: Berambus ko..!! 

Stripe: Adeh.. Garangnya..

* Bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...