Attack Digital Studio

Selasa, 6 Ogos 2013

Origami Terapi: 3D Hearts

Pernah tak kamu berasa sedih? Apa yang kamu lakukan tika kamu bersedih? Bagaimana kamu menangani rasa sedih itu?
Satu hari tu saya sedih.. Saya pun buat banyak hati, dengan harapan kesedihan saya hilang.. Walaupun hampir ribu, sedih saya tidak hilang, kahkah..

Lucky Hearts

Comelkan? Macam gula - gula.. Tujuan sebenar saya buat beribu hati ini adalah sebagai perhiasan untuk hantaran kahwin adik saya.. Mudah saja cara buatnya, macam lucky star juga.. Tapi saya rasa mudah lagi lucky heart ni.. Apa lagi, jom buat..

Bahan - bahan

Bahan yang diperlukan ialah kertas seperti di atas.. Ada jual kertas yang sudah siap potong begini. Tapi kalau nak jimat guna kertas A4, keratlah sendiri..

Lipat segitiga
Ulang-ulang lipat segitiga tu sampai ke ujung..
Kemaskan segitiga

Cara kemaskan segitiga itu mudah saja, kalau kamu perhatikan segitiga kamu akan ada poket. Jadi, lebihan ujung kertas tadi, kamu selitkan saja ke dalam poket tersebut..

Bahagian tengah garisan yang panjang, tekan dengan kuku
Tekan dengan jari setiap hujung 'v'
Hujung 'v' yang tajam tadi, potong ia secara melengkung
Siap!!

*Untuk tutorial, sila rujuk How to Fold: (origami) 3D Hearts

Ahad, 19 Mei 2013

Origami Terapi: Shuriken 8 bintang

Saya tak berminat dengan shuriken 4 bintang. Biasa dilihat masa sekolah dulu.. Saya tertarik untuk buat shuriken 8 bintang.. Sangat awesome..!!

Shuriken 8 bintang

Apa yang menarik tentang shuriken 8 bintang ini ialah, dia boleh bertukar kepada bentuk yang macam di bawah ini..

Bertukar...!!

Wow..! Saya agak kagum, lantas saya terus belajar cara membuatnya.. Lepas berjaya buat shuriken 8 bintang ni, saya 200 kali ganda kagum..!! Tapi masa mula - mula saya buat shuriken 8 bintang ni, saya tak ada kertas berwarna.. Ada kertas warna biru saje.. Bosan tengok satu warna saja.. Tapi sekarang saya sudah ada kertas berwarna.. Jom buat shuriken 8 bintang berwarna - warni..!!

Bahan - bahan
2 warna sudah cukup, tetapi saya guna 4 warna...

Step 1
Tolak ke dalam..
Siap...!!
Kesemuanya 8..

Step 1 sudah siap.. Sekarang, sambung kelapan - lapan ini..

Step 2..
Sambung mengikut arah jam..
Siap...!!

Mari tengok bagaimana ia bertukar dari bentuk yang sudah siap ini...


Bertukar..!! Shuriken 8 bintang..!! Yeay..!
*Untuk tutorial, sila rujuk How to make a transforming ninja star (8-pointed)

Sabtu, 18 Mei 2013

Origami Terapi: Bunga Tulip

Dulu, abah ada dua orang anak angkat Jepun.. Nama mereka ialah Noriyuku Satoru dan Kobayashi. Mereka ada ajar saya origami, tapi masa itu saya kecil lagi dan saya susah nak tangkap/faham apa yang mereka ajar.. Saya tak rasa seronok pun origami ni..

Tapi entah mengapa, sejak akhir-akhir ini saya sangat berminat dengan origami.. Origami telah menjadi hobi saya.. Rasa bosan saya hilang dengan origami..

Ini antara koleksi origami yang saya suka.. Iaitu bunga tulip.. Saya teringat dulu seseorang pernah bertanya, adakah saya suka bunga? Saya jawab, "Kalau nak kasi aku bunga, kasi bunga tulip." Kenapa? Sebab Saya tak pernah tengok bunga tulip...

Hm.. tak dapat tengok bunga tulip betul, buat sendiri pun jadilah..hehe..

Origami Bunga Tulip

Semalam, ada orang request bunga tulip kaler biru.. Ok, jom buat...!!

Bahan-bahan.

Step 1: buat bunga dulu..






Nampak lubang kecil di tengah-tengah tu? tiup..

Tiup sampai kembung..

Bunga sudah siap...!

Step 2: buat tangkai dan daun..





Sudah siap tangkai dan daun..

Yeay..!!
(Untuk tutorial, sila rujuk Origami Tulip)

Selasa, 30 April 2013

Muzik dan Politik

Pengaruh, kuasa, nama dan wang. Tipulah kalau semua ini tidak perlu dalam politik.

Kamu benci politik? Kamu malas nak mencampuri urusan politik? Tapi, adakah benar kamu tidak mengamalkan sistem politik ini dalam bidang kamu?

Tengok saja bidang muzik. Mana pergi seninya? Semua lebih kepada pengaruh, nama, kecantikan, tarikan dan wang. Bakat, letaknya di tangga yang terakhir. Idea, tidak lagi dihargai.

Masakan tidak, idea juga boleh dibeli. Bila tak ada idea nak karang lagu, pergi negara jiran, cari pemuzik - pemuzik jalanan di kaki lima. Beli lagu dari mereka. Tak mahal, beli secara borong mungkin RM 2 saja untuk satu lagu. Bawa balik, arrange sedap - sedap, record, jual.. Aduhai... Bak kata pepatah, lembu punya susu, sapi dapat nama..

Kurangkah pemuzik / komposer yang berbakat dalam negara?

Ada, tapi mereka kurang menonjol (kurang publisiti). Walaubagaimanapun, mereka sangat dihormati dan dikagumi. Kebanyakan mereka berkelulusan dalam bidang muzik. Mereka sangat hebat.. Mereka sering membuat persembahan solo, sebagai pemuzik pengiring (band / orkestra), dan sebagai sessionist musician. Ada juga diantara mereka yang memilih untuk mengajar. Tapi kenapa mereka tidak merakamkan album?
Contoh tengok saja pemuzik luar seperti Mike Mangini. Beliau bukan saja drummer kepada band progressive metal terkenal iaitu Dream Theater, tetapi beliau juga merupakan salah seorang daripada penasihat pelajar percussion di Berklee College of Music.

Pernah suatu ketika sebuah band (pelajar) dikatakan membawa budaya buruk ke dalam Fakulti Muzik kerana perform lagu 2112 - RUSH untuk subjek Forum. Alasan yang diberi ialah lagu ini, band ini, dan genre ini bukan educated music / educated musician. Tak sangka, muzik pun mengamalkan 'sistem piramid', dimana setiap genre muzik berada dikelas - kelas tertentu seperti kelas atasan, kelas pertengahan dan kelas bawahan. Di mana 'seni' muzik itu?
 
Kurangkah pemuzik / komposer yang berbakat dalam negara?

Ada, tapi mereka tiada pengaruh, tiada nama, tiada tarikan, tiada wang.. Mereka cuma ada bakat. Tapi bakat ialah anak tiri. Jadi, mereka tidak dipandang. Bukan tiada usaha. Sudah banyak CD / DEMO / material mereka edarkan ke semua Record Label, mahupun radio. Tapi sayang, semuanya terus ke tong sampah, atau masih kekal di dalam sampul surat / kotak. Mungkin tahun depan baru dibuka, itu pun sebab terjumpa semasa mengemas bawah meja.
Kalaulah mereka - mereka ini terkenal dan punyai pengaruh, tak perlu tunggu esok, hari ini juga kontrak siap, hari ini juga lagu terus disiarkan di radio.

Tapi mereka tidak berputus asa.. Mereka cari jalan sendiri bagaimana untuk promote diri / band / lagu. Cari lubang - lubang gig, jual DEMO / CD / material sendiri, promote di facebook & youtube, menyertai pertandingan kugiran / battle of the band dan lain - lain. Mungkin lambat sedikit untuk dikenali, diterima oleh masyarakat. Tapi tidak mengapa, tiada apa yang mematahkan semangat mereka.

Nak kata sukar, tak sukar. Nak kata mudah, tak juga mudah. Semua perlu usaha, perlu berkorban, malah perlu berlumba. Nak masuk radio pun perlu berusaha, perlu berkorban, perlu berlumba. Perlu meminta, memaksa, menagih simpati orang untuk undi lagu mereka agar masuk carta.
  • 60% pengundi mengundi tanpa mendengar lagu tersebut (maknanya tak pernah dengar lagu tersebut). 
  • 30% pengundi mengundi kerana sukakan lagu tersebut. 
Oklah, sekurang - kurangnya mereka sudi membantu. Masuk carta, bermakna lagu akan dimainkan diradio. Bila lagu dimainkan diradio, bermakna ramai yang akan mendengar lagu mereka dan mengenali mereka. 
Jalan mudah beli topup banyak - banyak dan undi diri sendiri / band sendiri. Bukan kemaruk nak keluar radio, tapi usaha perlu datang dari diri sendiri.. Lagipun inilah motif pertandingan, supaya undi / sms banyak - banyak.. Bisnes.... Hm, bijak......

Bagaimana nak survive dalam bidang muzik? Kena pandai mengampu? Tikam belakang orang? Menjatuhkan orang lain? Hipokrit? Menipu? Tamak? Rasuah?

Isnin, 29 April 2013

Muzik itu Percuma?

Manusia...... Bila bosan, dengar muzik. Bila mahu lari dari sebarang tekanan, dengar muzik. Bila buat sebarang majlis, selitkan persembahan kumpulan muzik, atau sekadar pasang muzik latar kat PA system. Hendak hilangkan mengantuk semasa bawa kereta, dengar muzik (radio). Hendak menarik minat pelanggan datang ke hotel, upah kumpulan muzik untuk hiburan. Hebatnya permintaan terhadap muzik. Kalau dari sudut ekonomi, bila permintaan meningkat, secara tidak langsung, harga pun turut meningkat. Tapi sayang, muzik dianggap percuma. Dari mana datangnya muzik ni? Punca muzik ini tidak dipeduli dan tidak dihargai.

Hotel - hotel dan kelab - kelab marah isu royalti. Tidak adil, kata mereka. Tapi mereka tidak sedar muzik membantu menarik pelanggan datang ke tempat mereka. Bayangkan hotel - hotel dan kelab - kelab ini senyap sunyi tanpa muzik, dan tanpa live band. Bagus juga, semua pengunjung hotel dapat nyenyak tidur..

Pemuzik - pemuzik kelab dalam negara terpaksa bersaing. Bukan saja dengan band senegara tapi juga dengan band negara lain. Hotel - hotel dan kelab - kelab lebih suka mengupah band - band dari luar kerana lebih murah, berbanding band dalam negara. Jadi pemuzik - pemuzik ini terpaksa menurunkan harga. Yang penyanyi wanitanya pula, perlu kelihatan seksi sebagai daya tarikan. Mendengar muzik dengan mata?

Majlis makan malam, atau kenduri - kendara tak meriahlah tanpa muzik. Panggil kumpulan muzik, dengan bajet RM500.. Instrument dan PA system tidak disediakan. Malah, transportation juga tidak disediakan.. Tak ada bajet, kata mereka. Dah tahu tak ada bajet, tak payah panggil kumpulan muzik. Pasang lagu kat mini compo sudah..

Mahukan muzik tanpa perlu mengeluarkan wang ?

Dengarlah bunyi - bunyian alam -  bunyi angin, desiran ombak, burung - burung berkicau, unggas dihutan, kambing mengembek.. Tak perlu keluar wang. Letak saja sekumpulan kambing di atas pentas. Atau, cari unggas, cengkerik, riang - riang di dalam hutan. Carilah 50 ke 100 ekor, dan letakkakn ia di sekitar majlis / kenduri / hotel / kelab.

Tak pun buat kenduri / majlis / hotel / kelab berdekatan jalan raya. Dengar bunyi deruan kereta dan motorsikal. Atau, buat majlis / kenduri / hotel / kelab di kawasan pembinaan atau  di kawasan kilang. Dengar bunyi mesin - mesin dan jentera - jentera mereka.

Tapi kamu tetap tak nampak, yang sebenarnya ia juga datang bukan dengan percuma..

Ahad, 28 April 2013

Siput Babi Gergasi?

Siput babi paling besar yang kamu pernah jumpa besar mana?

Pernah jumpa siput babi sebesar tapak tangan? BESAR OOO...!! Tengok ni..

Tak cukup besar? Besar oo...
Siput babi ni kakak saya bawa dari kebun petang tadi. Suami dia yang jumpa. Semua yang tengok semua kata, "Pergh..!! Besarnya..!!" Siput babi ni hidup lagi, dia menyorok dalam cengkerang dia. Geli pula tengok. Tak berani saya nak pegang.. Saya minta kakak saya pegangkan. Itu pun kakak saya lapik dengan surat khabar.. Saya tak tunggu siput babi ni keluar dari cengkerang, sebab tengok macam ni saja sudah cukup buat saya rasa mual / loya. ( Tahpapekan? )

Saya google pasal siput babi gergasi. Dari info yang saya baca siput gergasi terdapat di Africa. (untuk info, sila rujuk Siput Babi Terbesar Di Dunia). Tapi, saya tengok besar lagi siput yang kakak saya pegang ni.. Tengok ini pula..

Siput babi gergasi?
Saya suruh kakak saya letak atas tapak tangan, tapi dia geli. Oklah, daripada saya yang tak mahu pegang langsung.. (huahua..)

Sabtu, 27 April 2013

Guide Track: "Satu lagi cara untuk buat Guide Track; siapkannya dirumah.."

Jika kamu sudah membaca entry yang bertajuk  Sudah bersediakah kamu untuk recording secara professional?, kamu pasti tertanya - tanya dan tertunggu - tunggu, bagaimana untuk buat guide track di rumah..

Sebelum itu, apa yang perlu kamu ada ialah :
  • Komputer (desktop / laptop / Ipad / tablet
  • Music Notation Software / Scorewriter Program / Build-in MIDI-editor (Sibelius / Guitar Pro

Sibelius / Guitar Pro digunakan untuk menulis lagu / score / music. Ia digunakan oleh composer, arranger, pelajar (sudah tentu pelajar muzik) dan penghibur / musician (seperti kamu). Jika dahulu score / sheet music ditulis dengan tangan, tapi kini lebih mudah dengan adanya software ini. Selain boleh save, edit dan print score / sheet music, kamu juga boleh dengar / playback hasil kerja kamu. Sibelius / Guitar Pro menggunakan multiple instrument track (track by track), dan sound yang digunakan adalah sound synthisizer. Tidak ada audio track dalam Sibelius / Guitar Pro kerana Sibelius / Guitar Pro menggunakan virtual instrument (tidak menggunakan instrument betul). Maknanya, hanya ada MIDI track dalam Sibelius / Guitar Pro.

Banyak instrument yang kamu boleh pilih dan guna seperti gitar, bass dan drum, atau mungkin kamu ingin menggunakan instrument orkestra seperti strings (violin / cello) dan brass (trumpet / trombone), atau mungkin kamu ingin penuhkan ruang-ruang yang kosong dalam lagu kamu dengan percussion (conga / shaker).. Adakah kamu perlu mahir bermain instrument berkenaan? Tidak.. Cukup sekadar kamu tahu register / range instrument tersebut, bagaimana instrument tersebut dimainkan, dan apa yang paling penting sekali ialah imaginasi dan idea kamu.

Untuk pengetahuan kamu, kebanyakan arranger, arrange lagu dengan menggunakan Sibelius / Guitar Pro. Dengan hanya menggunakan mouse dan keyboard, mereka mampu menyiapkan full arrangement lagu tersebut. Apa yang paling menarik ialah mereka boleh mendengar dan edit hasil kerja mereka jika dirasakan tidak berpuas hati.

"Kena pandai baca note ke?"

Sudah tentu..! Kamu harus tahu baca note (nota muzik) untuk menggunakan Sibelius / Guitar Pro. Er.. Adakah ini merupakan berita buruk bagi kamu? Jangan risau, belum terlambat untuk kamu belajar.. Jika selama ini tumpuan kamu lebih kepada praktikal, apa kata kali ini kamu luangkan sedikit masa untuk belajar teori muzik pula. Belajar sekadar untuk mengenal note saja pun, sudah cukup bagus. Tapi jika kamu ingin mendalami ilmu muzik dengan lebih mendalam, apa salahnya. Itu lebih bagus. Tapi, jika ada diantara kamu yang masih rasa sukar untuk membaca nota muzik, apakata kamu belajar membaca tablature (atau singkatannya tab), kerana ianya lebih mudah. Untuk pengetahuan kamu, selain dari nota muzik (pitches),  Guitar Pro juga turut menunjukkan tab (fingering).

Untuk kamu yang baru pertama kali guna Sibelius / Guitar Pro, pasti ianya agak sukar. Ambillah masa untuk explore, dengan membaca manual / user guide, cari tutorial di internet dan bertanya kepada rakan-rakan kamu yang pernah / tahu menggunakan Sibelius / Guitar Pro. Bila kamu tahu bagaimana untuk menggunakannya, pasti kamu akan teruja. Dengan menggunakan Sibelius / Guitar Pro, kamu dapat dengar dengan jelas arrangement lagu kamu. Tidak seperti jika kamu arrange lagu dalam studio jamming (dengan ahli band kamu), di mana kamu dan band kamu sebenarnya tidak dapat mendengar dengan jelas arrangement lagu tersebut. Betul.... Selalunya semasa playback recording (atau semasa sesi recording) pasti ada suara-suara seperti:

"Macam ni rupanya kau main selama ni..."
"Baru aku dapat dengar gitar kau.. Sedap rupanya lagu ni.."
"Eh, memang macam ni ke kau main?"

atau..

"Rasa macam pendek pulak part solo ni. Tak puas dengar.."
"Macam tak best pula ulang chorus banyak kali.. Boleh buang tak chorus kat belakang tu?"
"Part verse macam kosong.."
"Tak laju sangat ke lagu ni? Macam kelakar pula bunyi"

Adakah kamu pernah mengalami situasi seperti di atas?

Untuk pengetahuan kamu, bila kamu mendengar lagu sambil memejamkan mata, pendengaran kamu akan menjadi lebih tajam dan lebih fokus. Kamu bukan saja mendengar, tapi dalam masa yang sama kamu turut membayangkannya. Segala kekurangan dalam lagu, kamu senang jumpa / detect. Jadi, semasa kamu mendengar lagu kamu, dengarlah sambil pejam mata. Kerana itulah kamu perlu Sibelius / Guitar Pro. Takkan kamu nak tunggu lagu kamu siap recording baru nak dengar sambil pejam mata? Jika masa itu kamu tidak suka dengan apa yang kamu dengar (kamu rasa ada kekurangan atau kecacatan dengan arrangement kamu) bukan mudah untuk buat pembetulan. Sebarang pembetulan pada audio track (recording) mungkin akan menjejaskan track - track yang lain. Silap-silap, kamu perlu record semula lagu kamu dari awal. Tapi, dengan Sibelius / Guitar Pro, jika kamu tidak suka dengan apa yang kamu dengar, kamu boleh edit atau buang part atau track yang kamu tidak suka itu tanpa mengganggu track lain.

Oh, jangan salah faham. Saya bukan menyarankan kamu agar tukar cara kamu arrange lagu kamu. Kamu gunalah kedua-dua cara ini (arrange lagu di dalam studio jamming bersama-sama dengan ahli band kamu, dan transcript ia dalam Sibelius / Guitar Pro). Ianya lebih bagus. Arrangement kamu akan semakin improve. Kamu pasti teruja kerana dapat mendengar lagu kamu sambil memejamkan mata. Tidak mustahil ianya akan menjadi salah satu aktiviti harian kamu, di mana setiap hari kamu akan mengadap Sibelius / Guitar Pro untuk menyiapkan lagu kamu. Lagipun, ianya tidaklah sesukar yang kamu sangkakan.

"Tapi apa kena mengena dengan guide track?"

Setelah arrangement lagu kamu siap (dalam Sibelius / Guitar Pro), dan kamu berpuas hati, kamu export file Sibelius / Guitar Pro itu, ke MIDI file. File inilah yang akan kamu beri kepada recording engineer kamu. Apa yang akan dibuat oleh recording engineer ialah recording engineer akan open MIDI file lagu kamu tadi dalam DAW. Dan, Taadaa....!! Kamu boleh terus mulakan sesi recording kamu...!! Nampak? Inilah GUIDE TRACK kamu. Kamu bukan sekadar buat arrangement lagu dengan Sibelius / Guitar Pro. Bukan juga sekadar transcript lagu kamu. Tapi, kamu turut buat map/rangka/asas kepada lagu kamu. Apa yang menariknya, guide track kamu ini lebih tepat dari segi tempo dan melodi.

Selain itu,  kamu tidak perlu risau jika ada track yang kamu tidak perlu kerana kamu boleh mute mana-mana track yang kamu tak perlu tadi. Contohnya bila drummer kamu tracking drum, kamu mute saja track MIDI drum (drum guide). Begitu juga apabila tracking bass, mute saja track MIDI bass (bass guide).

Mudahkan?
Alphabetical Theory recording session di Attack Digital Studio

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...