Attack Digital Studio

Isnin, 29 April 2013

Muzik itu Percuma?

Manusia...... Bila bosan, dengar muzik. Bila mahu lari dari sebarang tekanan, dengar muzik. Bila buat sebarang majlis, selitkan persembahan kumpulan muzik, atau sekadar pasang muzik latar kat PA system. Hendak hilangkan mengantuk semasa bawa kereta, dengar muzik (radio). Hendak menarik minat pelanggan datang ke hotel, upah kumpulan muzik untuk hiburan. Hebatnya permintaan terhadap muzik. Kalau dari sudut ekonomi, bila permintaan meningkat, secara tidak langsung, harga pun turut meningkat. Tapi sayang, muzik dianggap percuma. Dari mana datangnya muzik ni? Punca muzik ini tidak dipeduli dan tidak dihargai.

Hotel - hotel dan kelab - kelab marah isu royalti. Tidak adil, kata mereka. Tapi mereka tidak sedar muzik membantu menarik pelanggan datang ke tempat mereka. Bayangkan hotel - hotel dan kelab - kelab ini senyap sunyi tanpa muzik, dan tanpa live band. Bagus juga, semua pengunjung hotel dapat nyenyak tidur..

Pemuzik - pemuzik kelab dalam negara terpaksa bersaing. Bukan saja dengan band senegara tapi juga dengan band negara lain. Hotel - hotel dan kelab - kelab lebih suka mengupah band - band dari luar kerana lebih murah, berbanding band dalam negara. Jadi pemuzik - pemuzik ini terpaksa menurunkan harga. Yang penyanyi wanitanya pula, perlu kelihatan seksi sebagai daya tarikan. Mendengar muzik dengan mata?

Majlis makan malam, atau kenduri - kendara tak meriahlah tanpa muzik. Panggil kumpulan muzik, dengan bajet RM500.. Instrument dan PA system tidak disediakan. Malah, transportation juga tidak disediakan.. Tak ada bajet, kata mereka. Dah tahu tak ada bajet, tak payah panggil kumpulan muzik. Pasang lagu kat mini compo sudah..

Mahukan muzik tanpa perlu mengeluarkan wang ?

Dengarlah bunyi - bunyian alam -  bunyi angin, desiran ombak, burung - burung berkicau, unggas dihutan, kambing mengembek.. Tak perlu keluar wang. Letak saja sekumpulan kambing di atas pentas. Atau, cari unggas, cengkerik, riang - riang di dalam hutan. Carilah 50 ke 100 ekor, dan letakkakn ia di sekitar majlis / kenduri / hotel / kelab.

Tak pun buat kenduri / majlis / hotel / kelab berdekatan jalan raya. Dengar bunyi deruan kereta dan motorsikal. Atau, buat majlis / kenduri / hotel / kelab di kawasan pembinaan atau  di kawasan kilang. Dengar bunyi mesin - mesin dan jentera - jentera mereka.

Tapi kamu tetap tak nampak, yang sebenarnya ia juga datang bukan dengan percuma..

1 ulasan:

  1. makasih gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua salam kenal aja yah sob dari saya pribadi

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...