Eh, kejap.... Sebelum kamu melangkah masuk studio recording, kamu perlu buat beberapa persediaan.. Macam nak berperang jugalah, takkan main redah je... Persediaan ini perlu supaya sesi recording kamu berjalan dengan lancar dan sempurna...
Malam sebelum recording (sepanjang sesi recording kamu), pastikan kamu cukup rehat/tidur.. Lupakan aktiviti malam kamu. Semasa recording, fizikal dan emosi kamu perlu berada dalam keadaan yang segar dan tenang. Janganlah datang ke studio dengan muka yang mengantuk, gigi tak bergosok, mandi pun tak mau.. Tapi, kalau kamu kata kamu lebih mudah feel/menghayati permainan/nyanyian kamu jika kamu tak mandi, tiada apa yang saya boleh kata.
Pastikan juga instrument kamu dalam keadaan yang baik. Lap sikit gitar kamu tu. Buang semua habuk yang ada. Jika ada kerosakan, repair dulu! Pastikan yang instrument kamu dalam keadaan yang benar-benar baik. Tuning dan intonation harus betul/tak lari. Jangan ambil risiko dengan menggunakan instrument yang rosak/dalam keadaan yang tidak baik untuk recording. Mixing tidak dapat membantu kamu...
Pada yang bermain gitar & bass, pastikan kamu tukar semua tali gitar/bass kamu. Jangan kedekut dan malas nak tukar. Walaupun kamu suka sound gitar/bass kamu dengan tali yang berkarat tu, kamu perlu tukar. Percayalah, kamu pasti akan berpuas hati dengan sound gitar kamu nanti selepas recording... Jangan lupa juga, bawa spare tali gitar/bass kamu. Nanti tak pasal-pasal tengah-tengah recording kamu kena keluar cari kedai muzik untuk beli tali gitar/bass.
Pada yang main drum pula, bawa stick sendiri. Jangan fikir kamu boleh pinjam drumstick kat studio recording tu sebab studio recording tidak menyediakan drumstick. Kamu harus bawa sendiri. Pastikan drumstick kamu dalam keadaan yang elok. Lagi bagus jika kamu beli baru drumstick untuk recording nanti. Seperti juga guitarist & bassist, bawa drumstik spare..
Pada vocalist pula, jagalah tekak kamu tu. Minum air suam/panas. Jangan minum ais.. Print siap-siap lirik kamu. Pastikan kamu buat 2 salinan untuk setiap lirik kamu. 1 salinan adalah untuk kamu, manakala 1 salinan lagi adalah untuk recording engineer.
Akhir sekali, sebelum kamu melangkah masuk studio recording, pastikan kamu sudah tahu, apa instrument yang kamu perlu record dulu. Terpulang kepada kamu, yang mana kamu selesa. Nak record drum dulu ke, gitar dulu ke, vocal dulu ke. Terpulang pada kamu.
Jika kamu tanya saya instrument apa yang patut kamu record dulu, saya akan sarankan agar kamu record/buat guide track terlebih dahulu sebelum kamu mula sesi recording.
Guide track?? Guide track tu apa?
bersambung................
Guide track?? Guide track tu apa?
Attack Digital Studio |
aaaaa...guidetrack...apa mende tu ye?
BalasPadamowh.. pasal guide track tu, nanti ek.. aku buat tajuk khas untuk itu..hehe..
PadamEh, macam susah je rekoding ni. Tensen pula aku dengar
BalasPadampadan muka..
PadamYang dalam gambar itu, penulis kah?
BalasPadamDalam gambar tu bukan saya, sebab saya yang tangkap gambar tu.. :)
PadamSalam,
BalasPadamKami berminat untukmemulakan sesi recording untuk band kami. Soalan kami, bagaimana jika kami tidak mempunyai instrument sendiri? Adakah studio dapat provide?
Terima kasih.
terima kasih kerana feedback..!
Padamkamu survey dulu studio yang kamu nak record tu.. tanya, apa barang yang mereka pakai, instrument apa yang ada, amp dan lain-lain... jika kamu berpuas hati, baru kamu booking..