Attack Digital Studio

Selasa, 2 April 2013

Orang Disebalik Cermin Recording pt 2

................. sambungan   Orang Disebalik Cermin Recording

Dalam tajuk yang lepas, Orang Disebalik Cermin Recording, kamu sudah tahu bahawa recording engineer merupakan salah seorang *orang disebalik cermin. Siapa lagi yang berada (harus berada) disebalik cermin itu?

Kamu perasan tak di setiap kulit album/cover album ada tertulis produced by..... Atau producer. Untuk memastikan album (EP/DEMO termasuk juga) kamu bagus, kamu perlu ada producer. Carilah seseorang yang layak untuk menjadi producer untuk album kamu. Maksud layak di sini, bukannya dia harus ada nama, terkenal atau kaya. Tak perlu pun semua tu. (Mungkin dia berada dikalangan rakan-rakan kamu). Producer perlu berfikiran kreatif, innovatif, berani, dan unik. Kalau dalam bisnes, dia adalah seperti seorang usahawan. Dialah mastermind untuk album kamu. Producer yang bagus dapat membentuk seseorang (artiste/band) itu sehingga berjaya. Dia tahu bagaimana untuk mencungkil bakat/kebolehan kamu ke tahap yang tertinggi. Dia juga tahu apa kehendak pendengar/kehendak muzik semasa. Dia tahu serba-sedikit selok-belok perniagaan (dia tahu bagaimana untuk menjual bakat kamu). Dia tahu tentang music. Dia tahu tentang sound. Malahan, dia sebenarnya adalah orang yang lebih tahu dari kamu. (sila baca & fahamkan betul - betul ye, TAHU) Mungkin dia tidak sehebat kamu bermain alat muzik, atau, mungkin juga dia tak pandai langsung untuk bermain alat muzik. Tapi dia TAHU tentang alat muzik itu..

!!! ORANG BEGINILAH YANG HARUS KAMU CARI UNTUK PRODUCE ALBUM KAMU !!!

Contoh dalam 1 band ada 5 orang. Bermakna ada 5 kepala. Saya tak nafikan, musician egonya sangat tinggi. Sebab itulah banyak band yang berpecah akibat sifat ego ini. Selain ego, musician juga terkenal dengan sifat malas (liat), dan ada diantaranya yang tamak. Tak perlulah kamu menafikan yang kamu tidak tergolong dalam kelompok manusia seperti di atas ni. Itu pun sudah cukup untuk menunjukkan yang kamu ni ego (huahua...). Tak salah sifat ego. Cuma, jangan berlebihan.

 Sebab itulah, perlu ada seseorang untuk guide, dan membentuk band kamu. Itulah gunanya ada producer. Macam saya katakan tadi, dialah mastermind untuk album kamu. Kalau dia dengar lagu kamu (lagu yang kamu nak record tu) tu kurang sedap/kurang bagus/kurang menarik, dialah orang yang akan suruh kamu ubah/arrange semula lagu kamu sampai dia puas hati (percaya atau tidak, walaupun kamu kurang bersetuju dengan pendapat producer kamu, tapi akhirnya pendapat dialah yang paling berkesan). Kalau kamu malas semasa sesi recording, dialah orang yang akan paksa kamu. Kalau kamu kurang stamina semasa sesi recording, dialah orang yang akan marah kamu, dan suruh kamu lari satu taman. Kalau kamu se-band tiada kata sepakat (dalam hal pembikinan lagu/recording), dialah yang akan menentukan keputusan untuk kamu se-band. Kadang-kadang, memang ada band yang bertengkar dengan producer mereka (mungkin sebab tidak bersetuju atas hal-hal berkaitan album/recording). Bertengkar itu biasa bagi producer, sebab dia bukan tak tahu bagaimana sifat kamu, musician.. :)

Kenapa saya cerita tentang producer? Kerana, dia adalah salah seorang *orang disebalik cermin. Sebab tu dalam tajuk yang lepas, saya ada kata jangan terlalu bergantung harap pada recording engineer. Tugas recording engineer cuma 'record'. Dia bukan tahu apa intipati band kamu. (Malah, mungkin dia tak peduli pun lagu kamu bagus ke tidak). Orang yang tahu intipati band kamu adalah producer kamu. Dialah yang akan memastikan lagu & album kamu bagus/berkualiti. Orang pertama (TELINGA PERTAMA) yang harus dengar semasa sesi recording adalah producer. Manakala, recording engineer pula adalah telinga yang TERAKHIR.. Semasa sesi recording, Producerlah yang menentukan adakah take/tracking itu diterima/ok. Kalau dia tak suka dengar apa yang kamu main/rekod, bermakna kamu harus rekod/take/tracking semula, sampailah dia puas hati. Kamu kena ingat, producer adalah mastermind untuk album kamu. Dia tahu apa yang terbaik untuk album kamu..

Telinga? Apa telinga-telinga ni?

Recording ni melibatkan telinga/pendengaran. *orang disebalik cermin ni juga membawa maksud PENDENGAR (telinga) semasa sesi recording berjalan. Sekarang, kamu sudah tahu telinga pertama (producer) dan telinga terakhir (recording engineer). Eh, tapi kenapa recording engineer telinga terakhir? kenapa tak kata telinga kedua, kan 2 orang je *orang disebalik cermin? Haaaa.... Siapa kata ada 2 orang je? Bermakna, ada lagi telinga-telinga yang sepatutnya berada disebalik cermin tu... siapa ye...? Intai kejap....

bersambung....................

Orang Disebalik Cermin Recording pt 3 

SOALAN: "Kenapa kena ada producer? Apa tugas tugas sebenar producer ni? Sebab semua lagu lagu band kami yang cipta sendiri.. Penting sangat ke?"

Attack Digital Studio

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. er..produser dalam malaysia er... sapa ye yang bagus? (haha)

      Padam
    2. urmmm.. dalam malaysia? kalo typical ,M.Nasir lah kot. wahahaha

      Padam
  2. Kenapa kena ada producer? Apa tugas tugas sebenar producer ni? Sebab semua lagu lagu band kami yang cipta sendiri.. Penting sangat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas feedback..
      tugas produser ni besar, iaitu MEMBANTU kamu untuk menjadikan album kamu bagus. Ya.. sudah tentu semua lagu band kamu yang cipta. tapi percaya atau tidak, kamu tidak mampu untuk menilai lagu ciptaan sendiri. Sebab tu kamu perlukan produser.. Dia orang yang bijak menilai lagu kamu..

      Kamu lihat band-band luar, album mereka sangat bagus & berjaya. kenapa? kerana adanya producer yang bagus dibelakang mereka. penting atau tidak producer ni bergantung kepada kamu. kalau kamu yakin yang kamu tidak memerlukan khidmat producer, teruskan.. :)

      Padam
  3. makasih banyak gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua dan salam kenal aja yah dari aku

    BalasPadam
  4. makasih banyak yah sob buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kta semua salam kenal aja yah dari saya

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...