Seperti yang terkandung dalam entry yang lepas, semua guide track yang telah saya terangkan itu dibuat/di-rekod di studio recording. Guide track nampak mudah, namun untuk menghasilkan guide track yang baik, ia agak memakan masa.. Mungkin kamu terpaksa menghabiskan masa sehari suntuk semata-mata untuk menyiapkan guide track kamu di studio.. Tidakkah itu hanya merugikan masa, malah memanjangkan jam recording kamu?
Jangan salah faham, apa yang ingin saya katakan ialah walaupun kamu cuma hanya record guide track, dan recording sebenar kamu belum pun bermula, kamu harus tahu yang jam recording kamu tetap berjalan. Kamu booking studio atas jam bukan? 1 jam kamu harus bayar berapa? RM 50? RM 90? Atau harga pakej RM 800 untuk 1 lagu? Kamu jangan mudah tertipu dengan harga pakej ni. Cuba kamu baca betul-betul apa yang ditawarkan dalam harga pakej tu.. Maximum jam recording kamu hanya 12 jam. Sebagai contoh, jika kamu sudah menggunakan 1 jam untuk menyiapkan guide track, berapa jam lagi yang tinggal untuk kamu recording....? Hanya 11 jam.. Kamu bahagi - bahagikanlah jam tu kepada setiap instrument. Contoh band kamu ada 5 orang. Maknanya 11 jam bahagi 5. Berapa jam setiap ahli band kamu dapat...? 2 jam lebih saja.... Cukup ke 2 jam untuk kamu recording? Mampu ke kamu buat yang terbaik dalam masa 2 jam tu?
Tapi, bagaimana pula jika guide track kamu mengambil masa 5 jam untuk disiapkan? Adakah kamu masih setia dengan harga pakej RM800 (max 12 jam), atau kamu ingin menambah jam recording kamu? (maknanya kamu perlu bayar untuk setiap jam yang telah kamu tambah)
Sekali lagi, jangan salah faham... Tidak salah sebenarnya buat/record guide track di studio. Memang itulah cara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan studio.. Kamu pergilah mana-mana studio, pasti itulah yang akan kamu buat.. (record guide track terlebih dahulu). Untuk pengetahuan kamu, ada lagi cara untuk membuat guide track ini, dan ia tidak akan menganggu jam recording kamu. Caranya adalah dengan menyiapkannya di rumah. Ya, Kamu Buat Guide Track Di Rumah..! Jadi, apabila kamu ingin memulakan recording kamu (di studio), kamu tidak perlu risau lagi memikirkan tentang guide track, kerana kamu sudah pun menyiapkannya dirumah. Apa yang perlu kamu buat ialah bawa file guide track yang telah kamu siapkan itu dan serahkannya kepada recording engineer. Selepas itu, kamu boleh terus mulakan sesi recording kamu.. Nampak.. Kamu telah berjaya menyelamatkan jam recording kamu..! Kan ianya lebih baik.. Lebih cepat dan menjimatkan masa.. Wah! Seperti professional...
Sudah bersediakah kamu untuk recording secara professional?
Ok, apa yang akan saya terangkan di sini, bukan saja ianya baik untuk recording, tapi banyak kebaikan yang kamu akan dapat. Kamu akan temui jawapannya setelah kamu khatam tajuk ini...
Proses recording terbahagi kepada 3 peringkat iaitu
- PRE-PRODUCTION - Peringkat di mana kamu membuat persediaan.. Sila rujuk Satu Langkah Penting Dalam Proses Recording
- PRODUCTION - Sesi tracking/take/record
- POST PRODUCTION - editing, mixing, mastering
Ok, Kalau kamu ada baca entry yang bertajuk SOALAN: "Kenapa kena ada producer? Apa tugas tugas sebenar producer ni? Sebab semua lagu lagu band kami yang cipta sendiri.. Penting sangat ke?", pasti kamu ada perasan yang saya ada menyentuh sedikit tentang arranger. Saya kata,
"Penulis lagu jarang arrange lagu ciptaan mereka sendiri. Untuk arrangement lagu ciptaan mereka, mereka akan menggunakan khidmat arranger.."
"Selalunya band-band yang membuat/menulis lagu sendiri tidak menggunakan khidmat arranger."
Betul, macam kamu juga, kamu lebih selesa/suka arrange lagu kamu sendiri. Bukan murah untuk menggunakan khidmat arranger. Paling kurang pun RM 1,000 untuk 1 lagu. (ni paling murah tau..) Ala, lebih baik kamu arrange sendiri, lebih puas hati.. Saya tak nafikan ramai di antara kamu yang sangat berbakat dalam membuat lagu.. Cuma, kurang/tak ada sistematik dalam kerja kamu, dan akhirnya kamu berputus asa..
Ok, untuk memulakan tajuk ini,
"Apa??!! Baru nak mula??!!"
Soalan saya untuk kamu, bagaimana kamu arrange lagu kamu?
....bersambung
Guide Track: "Satu lagi cara untuk buat Guide Track; siapkannya dirumah.."
Producer di Attack Digital Studio |
Good info..
BalasPadamTerima kasih atas feedback..
Padammakasih gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua dan alam kenal aja yah dari saya
BalasPadam