Attack Digital Studio

Isnin, 15 April 2013

Guide track tu apa? pt. 2

Dalam entry blog yang bertajuk Guide track? Guide track tu apa?, saya telah menceritakan serba sedikit tentang pentingnya penggunaan metronome untuk/semasa recording.. Saya tahu masih ramai di antara kamu yang confuse dan belum benar-benar memahami dengan jelas tentang guide track.. Sabar...... Tajuk ini belum abis lagi, malah ianya baru saja bermula..

Sebelum sesi recording kamu bermula, recording engineer akan tanya tempo lagu kamu. Recording engineer akan set metronome mengikut tempo yang kamu berikan itu (atau mungkin dia akan record metronome tu). Penting kamu harus tahu awal-awal (sebelum recording!) tempo lagu kamu untuk mengelakkan kamu terkial-kial mengira-ngira berapa tempo lagu kamu depan recording engineer.. Bukan semua recording engineer mahu membantu kamu mengira-ngira tempo lagu kamu. Mereka ni sebenar - benarnya malas nak menunggu.. Sebab itulah mereka akan kata, "OK la tu....". Bila recording engineer kata begitu, kamu pun ok kan saja.. Tapi adakah ianya benar-benar ok? Adakah tempo "OK lah tu" itu benar-benar sesuai untuk lagu kamu?
Sila rujuk Satu Langkah Penting Dalam Proses Recording sebagai persediaan recording kamu.

Selepas siap metronome/click track, kamu pasti tak sabar-sabar untuk memulakan sesi recording. Dengan pantas, kamu suruh drummer kamu tracking drum. Tapi, macamana drummer kamu nak tracking drum sedangkan gitar dan bass belum record lagi? Boleh ke drummer kamu tracking drum dengan hanya mendengar/ikut metronome (tanpa muzik)? Drummer kamu ingat ke arrangement lagu yang nak record tu?

Untuk memudahkan drummer kamu, kamu pun berfikir untuk main gitar sekali/serentak. Maknanya semasa tracking drum, kamu akan bermain gitar untuk guide drummer kamu.. Hm.. bagus juga idea kamu tu.. Idea kamu mampu membantu melancarkan proses recording.. Tapi, masalah akan timbul bila drummer kamu salah main, dan perlu record semula. Bukan sekali dua, tapi berulang-ulang kali.. Jadi, kamu juga terpaksa berulang-ulang kali main benda yang sama.. Saya jamin kamu pasti akan fed-up punya.. Tak pasal-pasal kamu dan drummer kamu bergaduh.. Lebih teruk lagi, recording engineer pun kamu turut maki sebab kamu rasa recording engineer sengaja suruh record berulang-ulang kali.

Kadang-kadang, kesalahan (dalam permainan) bukan saja datangnya dari drummer, tapi dari kamu! Kamu juga berpotensi untuk melakukan kesilapan/kesalahan dalam permainan kamu. Seharusnya sebagai guitar guide, permainan kamu harus sekurang-kurangnya 80% betul. Tapi macamana nak 80% betul, sebab kamu pasti akan senang terleka kerana bosan/fed-up sebab terpaksa main benda yang sama berulang kali.. Kamu main pun tidak serius kerana bukan record pun gitar kamu tu..
Nampak kan? Cara ini boleh diguna pakai tapi ianya tidak practical..

Jadi, apa yang perlu kamu buat? Senang saja.. Kamu record-lah gitar untuk dijadikan build-in guide track.. Sekurang-kurangnya drummer kamu dapat dengar gitar  kamu (dan yang paling penting sekali ialah kamu tak perlu untuk main sekali/serentak dengan drummer kamu). Tapi atas drummer kamu juga, kerana mungkin dia nak dengar bass dan vocal juga.. Kalau tak dengar bass dan vocal rasa tak best main dan tak feel, kata drummer kamu.. Haaaaa.... Kamu mahu final product/lagu/album kamu bagus bukan? Jadi, tunaikanlah permintaan drummer kamu tu, agar drummer kamu selesa dan dapat menjiwai/feel semasa tracking drum..

INGAT!!
KAMU PERLU BUAT GUIDE TRACK TERLEBIH DAHULU, SEBELUM RECORDING SEBENAR KAMU BERMULA..!!

Ambillah sedikit masa untuk buat/record guide track yang baik.. Terpulang pada kamu nak record guitar, bass, atau keyboard. Tidak mengapa jika guide track kamu tidak perfect asalkan kamu main dalam tempo yang betul dan arrangement lagu kamu betul. Untuk vocal guide pula, kalau kamu malas sangat, kamu sekadar 'hummm' saja pun boleh.. Tapi agak-agaklah, kalau lagu sendiri pun kamu malas nak nyanyi, macamana orang lain nak nyanyi lagu kamu? Jadi, bersemangat sikit..!! Nyanyi betul - betul..!! Tak kisahlah walaupun kamu record dengan mic jenama 'Misha' yang harganya cuma RM70 pun, kamu harus nyanyi dengan lirik yang betul..

"Err... tapi guide track tu kene record ikut metronome juga ke? Aku tak biasalah pakai metronome ni.... Cane?"

Oh.. Nampaknya masalah belum selesai.. Ok, kalau tadi drummer kamu nak dengar gitar/bass/vocal.. Sekarang, kamu nak rekod guitar guide, tetapi kamu nak dengar drum.. Ayak! Terbalik pula.... Kalau begitu, maknanya, kamu kena record drum jugalah untuk dijadikan guide (kahkahkah...).

Jangan risau, teknologi ada untuk membantu.. Mudah saja.. Kamu minta pada recording engineer untuk buka track baru dan letak saja drum loop.. Siap sudah drum guide kamu.. Mudah kan? Sekarang kamu boleh record guitar guide sambil bernyanyi-nyanyi kecil dengan hanya sekali take.. Vocalist kamu pun pasti lebih bersemangat untuk record vocal guide dengan adanya drum loop ni...

Nampak tak, Metronome/Click Track + Drum Loop + Guide Track = Asas Recording Yang Kukuh.. Selepas itu, barulah kamu boleh mulakan recording kamu yang sebenar!! Anggaplah guide track ini sebagai 'rakan baik' kamu sepanjang sesi recording... Jangan sesekali kamu melupakan atau meninggalkan 'rakan baik' kamu ni.. 'Rakan baik' kamu inilah rahsia lagu/album/final product kamu bagus dan berjaya.. Kerana 'rakan baik' kamu ini bukan saja membantu semasa proses recording, tetapi juga dalam proses editing dan mixing..

Untuk pengetahuan kamu, ada satu lagi cara untuk buat guide track ini.. Malah, kamu boleh siapkannya di rumah...Wah! seperti professional..!! Adakah kamu sudah bersedia?

bersambung.............

Sudah bersediakah kamu untuk recording secara professional?

Attack Digital Studio

3 ulasan:

  1. Salam,
    Kami satu band nak buat recording. Kami tak pernah masuk ke studio recording. Apa yang kami ingin tahu, adakah sesiapa di studio akan mengajar kami bagaimana merekod lagu? Kami sungguh tiada idea.... Tak ada sesiapa di antara kami yang tahu.. Kami tak mampu untuk membayar khidmat professional.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana feedback..
      saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat untuk soalan kamu.
      sebab saya tidak tahu studio mana yang bakal kamu pergi.. lainlah jika kamu bercadang untuk recording di ATTACK DIGITAL STUDIO.. kerana kami di ATTACK DIGITAL STUDIO, sedia membantu kamu.. :)

      sebenarnya kamu tidak perlu menggunakan khidmat professional untuk recording. tentu ada dikalangan rakan-rakan kamu yang pernah recording.. jadi, kamu cari mereka ini. tanya apa pengalaman mereka, apa yang mereka lalui, kerana banyak yang dapat kamu belajar melalui pengalaman mereka..

      Padam
  2. makasih gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua ...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...