Attack Digital Studio

Jumaat, 8 Mac 2013

Satu Langkah Penting Dalam Proses Recording

Kamu punyai lagu. Kamu rasa lagu kamu ni best gile. Kamu rasa teruja dan tak sabar-sabar nak kasi orang dengar.

Bila kamu berada dalam situasi seperti di atas, apa yang akan kamu buat seterusnya? Masuk studio dan mula tracking guitar, drum, bla bla bla..?? Sebelum kamu ambil keputusan ini, saya nak tanya, adakah kamu benar-benar bersedia untuk melangkah masuk ke studio? Sabar.. Jangan terlalu ghairah.. Jangan abaikan satu proses yang penting sebelum memulakan sesi recording iaitu pre production, atau bahasa melayunya pra produksi..

Setiap perkara/aktiviti/kerja yang dilakukan, perlu dirancang/dirangka. Macam buat kertas kerja.. Pre production nilah yang menentukan arah/direction sesebuah lagu tu, juga album.. Kamu perlu tentukan banyak perkara sebelum ambil keputusan untuk record.. Yang utama sudah tentu arrangement lagu tu. Kamu kena plan tentang tempo, chord progression, instrument, bla,bla,bla.. Ok, benda-benda ni kamu mesti tahu punya. Yang saya nak cakap di sini ialah benda yang kamu pikir tak penting, atau mungkin kamu tak pernah terfikirkannya pun. Tapi sebenarnya, ini antara terpenting kamu kena plan.

Kamu perlu plan sound band/lagu kamu. Ada antara band yang saya jumpa tak tahu sound mereka sendiri, tak tahu apa yang mereka nak. Mereka bulat-bulat mengharapkan sound mereka sedap masa proses mixing nanti. Ini sebenarnya satu kesilapan yang besar jika kamu turut pikir macam ni. Untuk pengetahuan, proses mixing yang baik, adalah apabila proses recording dijalankan dengan baik. Oleh itu, jangan malas-malas mencari sound yang baik. Berbincang, tanya pendapat orang yang lebih tahu. Secara tidak langsung, sound untuk persembahan live kamu akan improve..

Kalau ini pertama kali kamu nak rekod, saya sekadar nak ingatkan, recording bukan senang. Tak sama macam kamu main live atas pentas. Dalam recording, permainan ko perlu perfect. Takdelah nak perfect sangat. Asal kamu boleh main dengan tempo yang betul, permainan kamu clean/bersih itu sudah cukup bagus. Kalau kamu rasa permainan kamu teruk, saya sarankan kamu suruh orang lain main/record/tracking part kamu. Jangan terlalu ego untuk nak gak main. Kamu hanya akan membuang masa saja. Dan final product kamu pasti akan mengecewakan. Jadi langkah yang bijak, suruh bandmate kamu yang lebih baik permainannya dari kamu, untuk record/tracking part kamu. Ini bukan cara menipu. Pedulikan saja apa orang luar cakap sebab orang lain tak tahu apa yang sedang berlaku/macamana proses recording ini berjalan. Tapi kalau kamu ego juga, masih mahu main, saya nasihatkan agar kamu practice lebih gigih sebelum recording...

Bab instrument mudah, sebab boleh minta orang lain record/tracking. Kalau tak boleh langsung, pakai MIDI, abis cerita.. Sekarang zaman teknologi, bro. Apa nak malu? Dalam dunia recording, ini bukan cara menipu. Diulangi, INI BUKAN CARA MENIPU. Setakat ini, tracking gitar, bass tak berapa ada masalah. Ada pun sedikit. Tapi bab vocal memang masalah. Rata-rata/kebanyakan vocalist yang datang untuk recording kurang bersedia Lagu/lirik tak hafal, Tiada/kurang stamina. Ada yang nyanyi lagu english tapi pronunciation tak betul (hampir 80% tak betul pun ada). Alah, jangankan lagu english, lagu melayu pun sama, diction tak betul. kenapa 'te-ta-pi' jadi 'the-tha-phi'?? Tempo out. Pitching out.. Pergh.. Senang cerita buang masa. Sebelum masuk studio, pastikan kamu 'bersedia'. 'Bersedia' tu, bukan hanya pada hafal lagu dan lirik saja, tapi feel/mood lagu tu.. Rata-rata vocalist langsung tak ambil berat hal ni. Sebagai frontman, perhatian/tumpuan penonton/pendengar lebih kepada kamu. Mereka dengar album kamu nanti pun, yang mereka paling nak dengar  ialah melody nyanyi/vocal. Dan mereka mengharapkan sesuatu yang memberi impak. Kamu penah tak dengar lagu sampai kamu rasa meremang, berdiri bulu roma? Pernah tak dengar sampai kamu rasa nak nangis? Kenapa terjadi begitu? Ianya sebab mereka sangat menjiwai lagu/permainan mereka. Bukan pada vocal saja, pada instrument pun harus menjiwai. Barulah lagu akan kedengaran hidup. Macam saya, sebagai recording engineer, saya bukan nak dengar suara yang sedap. Bab tempo dan pitching tu saya letak no. 2. Sikit-sikit tu, dimaafkanlah. Tapi kalau teruk sangat 'out'nya, "Pergi balik practice, berambus!" No. 1 yang saya nak dengar ialah feel/mood. Macamana vocalist bawa lagu tu. Bagi saya, penyanyi yang bagus bukan kerana suara dia sedap atau pitching dia bagus. Walaupun suara kamu sesedap/sebagus 'Mariah Carey' ke, 'Siti Nurhaliza' ke, kalau kamu tak mampu nak menjiwai lagu yang kamu nyanyi/main, nyanyian/lagu tu akan kedengaran hambar.. Jadi,cuba.. Bukan cuba.. Kamu HARUS jiwai lagu tu. Buat sampai recording engineer dan sesiapa pun yang dengar waktu recording tu nanti, meremang, berdebar-debar dan kagum. Pada yang rasa tempo/pitching out tu pulak, practice lebih kuat.  Pergi belajar dengan orang yang lebih tahu, atau belajar melalui 'Youtube', cara-cara/teknik vocal yang betul. Tak guna bodoh sombong. Tak perlulah ghairah sangat nak record. Ia hanya memalukan diri sendiri je. sabar..  

Ok, sekarang lagu pun kamu da confirm. kamu da berpuas hati dengan arrangement, tempo, sound semua. Tapi ada satu yang kamu terlupa iaitu background vocal, atau orang singkatkan pada bgv/bv. Kamu mesti pikir part ni tak pentingkan? Mesti kamu pikir bgv ni mudah. By heart sajalah nanti time recording. Tapi bila sampai waktunya, terkial-kial nak cari part, terkial-kial nak pikir kat mana nak back-up. Dah buang masa.. Disebabkan terkial-kial ini, kamu akan tiba mula rasa fed-up/give-up, lalu ambil keputusan "tak payah bgv"... Aduhai.. Untuk pengetahuan kamu, menurut kajian, bgv sebenarnya mampu menghidupkan lagu. Ia mampu menghidupkan feel/mood sesebuah lagu tu. selain itu, bgv juga mampu memenuhi ruang-ruang kosong dalam lagu kamu. Tak percaya? Cuba kamu dengar balik lagu-lagu yang kamu suka dengar selama ni, yang kamu rasa lagu tu best gile. Semua ada bgv yang baik, kan? Yeah....! Inilah rahsia dia sebenarnya, SECRET RECIPE! Tak kisahlah kalau masa kamu main live tak pernah pun bassist atau guitarist kamu back-up vox kamu/vocalist kamu. Tapi ini recording weh.. Sukahati kamu lah nak buat macamana pun. Kamu kena sedapkan lagu kamu, baru orang suka dengar. Kamu kena create sesuatu yang menarik perhatian pendengar. Sebab tu, jangan tak peduli bgv. Kalau sebelum ni kamu tak pedulikan bgv, mulai sekarang kamu kena ambil peduli. Jangan risau, kalau kamu main konsert besar nanti kamu boleh guna khidmat back-up singer, kahkah..

Saya rasa, kalau kamu record masa jamming pun ada baiknya. record bodoh-bodoh je pakai recorder ke, hp ke. Sebab kamu boleh dengar apa yang kamu da plan. Sempat lagi kalau kamu nak buat apa-apa perubahan. Jadi, apa yang saya nak tegaskan, pre-production ni  adalah satu langkah yang penting, dan ianya dapat melancarkan proses recording nanti. Ianya mampu menjimatkan masa recording, dimana kamu takkan lagi nak terkial-kial mencari, atau pikir macamana nak buat sebab awal-awal kamu dah plan semua. Mudahkan kerja?

"Vocalist, persiapkan diri sebelum recording, please.." 

maklumat lanjut sila lawati http://www.facebook.com/attackdigitalstudio

5 ulasan:

  1. tulisan yg informatif....sangat2 memberi input.terima kasih penulis kerana mewujudkan "recording overview" dlm tulisan beliau....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi baca.. teruskan membaca ye..

      Padam
  2. Em.. Jarang sekali dapat membaca hal- hal yang seperti ini. Yang kita tahu, alih-alih dah siap dah satu album.. Tapi tak tahu cerita "di sebalik tabir".. Terus kan ya!! \m/

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana membaca..teruskan membaca ye..

      Padam
  3. makasih gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua dan salam kenal aja dari saya

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...