Apakah yang akan kamu faham bila saya kata, "sudah sedia?", sebelum sesi recording bermula? Maksud sedia di sini sebenarnya luas. Bukan sekadar practice yang cukup. Bukan juga sekadar menghafal lirik dan melody. Tapi juga feel, penghayatan/penjiwaan kamu terhadap lagu. Pernah tak bila kamu dengar lagu, kamu rasa berdebar-debar? Meremang? Atau sedih? Gembira? Bersemangat? Megah? Perasaan - perasaan ini timbul adalah kerana penyanyi lagu berkenaan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan/penjiwaan. Berbeza pula bila kamu dengar lagu yang dinyanyikan oleh vocalist yang kurang atau tiada langsung penghayatan/penjiwaan dalam nyanyiannya, dimana lagu berkenaan pasti/agak kedengaran hambar dan 'tidak berjiwa'. Tak susah untuk menjiwai sesebuah lagu. Apa yang kamu harus buat ialah, kamu harus jujur.. Jadi, cuba, bukan cuba, tapi kamu harus menjiwai lagu-lagu kamu agar nyanyian/lagu kamu lebih hidup..
Ohya, bercakap tentang lirik, memang ada vocalist yang tidak menghafal lirik semasa recording.. Tak salah pun sebenarnya, cuma nanti pasti akan ada banyak kesalahan/kecacatan timbul akibat dari tidak menghafal lirik. Kerana kesalahan lirik saja, boleh mengakibatkan banyak take/tracking untuk vocal. Menghafal itu lebih baik. Menghafal juga tanda kamu practice (yeke?) Ok.. Walaupun kamu hafal setiap bait lirik lagu kamu, saya nasihatkan agar kamu bawa lirik semasa recording. Lagi elok lirik itu kamu taip (guna font besar & font yang simple supaya nampak jelas & terang). Tulis tangan pun ok, tapi biar jelas. Bawa 2 salinan lirik, 1 salinan untuk kamu, dan 1 salinan lagi untuk recording engineer/producer/seseorang yang dipercayai/yang dipertanggungjawabkan untuk mendengar/guide nyanyian kamu (*orang disebalik cermin). Kamu perlu tahu yang bukan semua orang tahu lagu/lirik kamu. Dengan cara ini, setiap kesalahan lirik/sebutan, dapat dikesan & diperbetulkan dengan lebih mudah dan cepat. Ingat ye, 2 salinan lirik..
Saya tahu, kamu sangat bersungguh untuk recording. Tapi kamu harus faham yang recording bukan dibuat hanya sekali take (sekali record).. Tapi mungkin memakan masa 2 jam. Atau, 5 jam.. Atau, mungkin juga mengambil masa selama 2 hari. Ianya bergantung kepada kemampuan & 'kerja rumah' yang telah anda buat. Jadi, semasa sesi recording, bawalah bekalan minuman ke studio. Waktu recording pun kamu harus jaga tekak.. Bila menyanyi 1 jam tanpa henti, kamu harus berhenti seketika untuk minum air. Kamu harus basahkan tekak kamu, rehatkan tekak kamu untuk beberapa minit. Jangan sakiti tekak kamu, jangan paksa tekak kamu. Selain itu, rasa gementar/gemuruh/cuak/takut juga akan menyebabkan tekak mudah kering..Jadi, jangan lupa untuk bawa air. Air kosong lebih baik, tapi terpulanglah. Masing-masing ada pilihan air sendiri..
Alatan bergerak/mesin contoh seperti kereta, perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum guna/bergerak. Kenapa? Supaya perjalanan kereta itu lebih lancar & lebih lama.. Sama juga vocal. Kamu harus panas/warm-up terlebih dahulu. Dengan ini, vocal kamu akan mampu bertahan lebih lama, dan kamu akan lebih mudah untuk hit note yang paling tinggi/note yang paling rendah dalam lagu kamu dengan lebih mudah & rilex. Tekanan pada tekak juga akan lebih kurang (kurang sakit tekak) kerana vocal warm-up dapat membantu kamu untuk mendapatkan vocal placement dengan betul. Jika tidak mampu untuk upah/hire vocal coach, cari saja video-video tentang teknik warm-up dan pembelajaran vocal di youtube.. Mudahkan.. Tapi, kamu harus berhati-hati kerana mungkin kamu akan ke arah tidak menggunakan teknik vocal yang betul.. Jadi, jika ada sebarang kemusykilan, rujuklah pada yang pakar..
Semasa recording, kamu harus berinteraksi dengan recording engineer/producer/atau siapa-siapalah yang dipertanggungjawabkan untuk mendengar/guide nyanyian kamu tu. Kamu perlu professional. Perlu terima sebarang teguran. Mereka yang berada disebalik cermin itu, merupakan pendengar. Mereka ingin mendengar yang terbaik dari kamu. Jadi, tak perlu melawan andai mereka memaksa/meminta kamu record berulang kali. Ada sebabnya mereka berbuat demikian. Jangan pula rasa mengalah apabila berada dalam situasi begini. Anda harus terus yakin, dan harus terus berani untuk buat yang terbaik. Kamu juga harus terima kesalahan. Suara kamu, kamulah yang lebih mengerti. Apabila kamu dengar ianya tidak bagus, mintalah untuk di-recordkan semula. Jangan letakkan 100% keputusan kepada *orang disebalik cermin. Kamu yang sepatutnya berpuas hati dulu. Jangan takut/malu/malas untuk meminta. Kamu ada hak. Kalau kamu suka dengan apa yang telah kamu dengar/record pun, kamu harus cakap yang kamu suka.. Semua itu pasti akan dipertimbangkan. Saya ingin ingatkan kamu, buat sesuatu biar hingga kamu puas..
* Orang disebalik cermin - Siapakah mereka? Apakah tugas mereka? Siapakah yang sepatutnya berada disebalik cermin itu?
bersambung......
Orang Disebalik Cermin Recording
Aphabetical theory recording session di Attack Digital Studio |
Bagus lah info ni.. Sangat berguna..
BalasPadamTapi kalau orang tu suara dah sedap, tak akan ada masalah kan?
BalasPadamterima kasih kerana feedback..!
Padamkalau orang tu suara sedap, tidak bermakna tak akan ada masalah. kalau suara sedap tapi tak practice & tidak bersedia ( seperti artikel di atas) tak guna juga..
Hai,
BalasPadamMaaf saya ingin bertanya,
Saya bukan nak jadi penyanyi. Adakah boleh jika saya ingin rekodkan nyanyian saya seperti album penyanyi- penyanyi? Sekadar ingin buat simpanan peribadi. Macam pelik pula...
Maaf mengganggu..
terima kasih atas feedback..
Padamtiada siapa yang akan menghalang..teruskan niat anda tu... :)
makasih gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua
BalasPadam