Attack Digital Studio

Jumaat, 12 April 2013

Guide track?? Guide track tu apa?

Jika kamu sudah membaca entry blog saya yang bertajuk Persediaan Recording, pasti kamu tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apakah itu guide track. Baiklah, saya akan memberi serba sedikit penerangan agar kamu nampak dan mempunyai idea tentang guide track.

Guide track adalah alat bantuan/track bantuan. Ia boleh juga dianggap sebagai dummy track. Ia dibuat adalah untuk membantu kamu semasa kamu sedang tracking (drum/gitar/bass/vocal). Bermakna, semasa kamu sedang tracking (drum/bass/gitar/vocal), kamu akan record mengikut/berpandukan tempo dan melodi dari guide track.

Sebelum memulakan recording, ambillah sedikit masa untuk membuat guide track yang baik kerana guide track adalah rangka/peta kepada lagu kamu. Kamu perlu pastikan yang tempo dan arrangement lagu kamu betul semasa buat/record guide track. Ia tidak perlu perfect, kerana guide track tidak akan digunakan semasa proses mixing nanti (tapi mungkin juga akan digunakan).

 Guide track ini penting kerana ia adalah asas kepada proses recording, dan ia bertindak sebagai panduan kepada kamu (juga kepada recording engineer). Semua kerja/perkara/aktiviti (apa-apa saja) perlu ada asas.. Memulakan setiap kerja/perkara/aktiviti dengan asas yang baik dan kukuh mampu menghasilkan final product yang berkualiti, selamat, tahan lama, cantik dan teratur. Ianya juga mampu menjimatkan masa, tenaga dan wang. Contohnya, seorang pelukis akan membuat lakaran terlebih dahulu sebelum melukis. Seorang pembuat tembikar akan membuat acuan terlebih dahulu sebelum membuat tembikar. Seorang tukang jahit akan mengukur dan melukis/melakar garisan di atas kain dengan menggunakan kapur sebelum memotong dan menjahit sehingga menjadi sehelai baju.. Nampakkan? Sama juga untuk proses recording, perlu ada asas.. Kamu perlu buat guide track terlebih dahulu, sebelum recording sebenar kamu bermula..

Mungkin ada di antara kamu yang merasakan guide track ni hanya membuang masa. Tapi percayalah, guide track mampu menjimatkan masa kamu, dan proses recording kamu akan berjalan dengan lebih teratur.. Proses recording yang baik, akan menjadikan final product kamu bagus dan berkualiti.. 

Kamu tahu apa itu metronome? Metronome atau click adalah satu alat yang mengeluarkan bunyi (rentak) mengikut tempo yang dikehendaki. Metronome mengeluarkan bunyi seperti tik....tik....tik.... atau tak....tak....tak... (kamu boleh set bunyi apa yang kamu nak).

Walaupun ada musician yang benci dengan metronome, tetapi recording memerlukan metronome agar tempo lagu kamu konsisten.. Kamu digalakkan untuk bermain dengan metronome semasa recording. Bermain dalam/dengan tempo yang tepat/betul bukan saja memudahkah kamu semasa sesi recording, malah ia juga akan memudahkan engineer untuk proses editing dan mixing. Ramai musician yang agak takut untuk bermain mengikut metronome (yang takut ni sebab mereka tidak biasa). Jika tidak biasa bermain mengikut metronome, ia memang agak mencabar. Jadi, untuk membiasakan diri kamu dengan metronome, kamu digalakkan untuk menggunakan metronome semasa sesi latihan kamu. Ianya bukan untuk persiapan recording, tetapi untuk playing kamu.. Playing kamu pasti lebih bersih, teratur dan terkawal..

Sebelum recording, pastikan yang kamu sudah tahu tempo lagu kamu. Jika kamu tidak tahu, maknanya kamu belum benar-benar bersedia untuk sesi recording. (sila rujuk Satu Langkah Penting Dalam Proses Recording). Tempo inilah yang akan kamu set di metronome semasa recording. Kamu mungkin akan berfikir tak perlu menggunakan metronome semasa recording kerana band kamu sudah 5 tahun bermain gig.. Jangan terlalu megah dengan 5 tahun bermain gig itu. Kamu tidak tahu adakah band kamu benar-benar bermain ikut tempo atau tidak.. Cuba bayangkan, kamu recording secara track by track, dan drummer kamu tracking drum tanpa menggunakan metronome (main ikut tempo sendiri/by heart).  Adakah drummer kamu mampu mengawal tempo dengan konsisten? Atau adakah drummer kamu tidak mampu kawal di mana temponya sekejap laju, sekejap perlahan (senang cerita tempo ke laut/out of tempo). Bila turn kamu untuk tracking guitar pula, adakah kamu benar-benar mampu dapat bermain ikut tempo drummer kamu tadi... (tempo yang ke laut tu)?
(Tapi kalau temponya benar-benar konsisten tanpa menggunakan metronome, syabas saya ucapkan!!)

"Takpa.. Kami dah 5 tahun main bersama...."

Wah... Senang dan laju betul jawapan kamu. Ok, jika kamu masih berfikiran begitu, kamu teruskan.. Tak salah jika kamu memilih untuk tidak menggunakan metronome semasa sesi recording. Tapi ianya akan melambatkan proses recording kamu, kerana kamu terpaksa bersungguh-sungguh  untuk bermain ikut tempo (mengejar tempo yang sekejap laju dan sekejap perlahan) drummer kamu tadi.
Atau kamu tak kisah untuk record dengan tempo yang lari?? Terpulang pada kamu....

"Apa kena mengena metronome dengan guide track??"

Untuk pengetahuan kamu, Guide track juga dikenali sebagai click track. Click adalah nama lain bagi metronome. Fungsi metronome dalam recording adalah untuk memastikan tempo kamu betul dan konsisten semasa kamu tracking (drum/gitar/bass/vocal)... Nampak?

Tapi... adakah kamu benar-benar mampu recording dengan hanya berpandukan metronome saja?

bersambung.......

Guide Track tu apa? pt. 2


STRUCTURED di Attack Digital Studio

6 ulasan:

  1. oooo..so guidetrack ni kene rekod guna metronome lah ye? guidetrack ni kalau dah buat,kena bagi pada engineer ke? maknanya guidetrack dan rekoding sebenar duduk sebelah menyebelah untuk di 'compare' kan lah ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana2 DAW (logic,cubase,pro tools, etc) mmg ada metronome (built in). jd, set je tempo kt metronome dlm DAW tu...

      Dulu aku pernah pakai digital recorder (maknanya aku rekod pakai digital recorder tu, xsambung ngn pc) digital recorder ni agak gak build-in metronome.. tp bila kita rekod atau play back music, metronome ni tak ikut sama.. so, metronome tu kene rekod dulu..

      betul, guide track seelok2nya buat dulu, pastu kasi kat engineer. Lagi bagus rekod guna metronome sbb contohlah ko buat guide track dgn tempo 120.. pastu ko bounce/mixdown guide track tu jd mp3. ko kasi kt engineer.. bila engineer import guide track tu dlm DAW (xkira logic,cubase, pro tools etc) tempo automatic jd 120.. kalu tempo x tukar secara automatic, set je secara manual 120 tu.. pastu bila playback guide track td dgn metronome, mmg tak lari.. (tp make sure masa rekod tu jatuh on the beat la...)

      Oh,bukan...guide track bukan untuk di compare kan ngn recording sebenar.. masa recording, guide track ni akan dimainkan sama-sama,maknanya ko follow guide track tu.. Guide track ni sesuai untuk recording secara track by track.. contoh kalu nak rekod drum dulu, drummer tu nak dgr gta, padahal gta tak rekod lagi.. so, rekod la gta dulu sebagai guide track..ha... mesti macam pernah buatkan? hahaha...

      tajuk ni tak abis lagi sbnarnya.. panjang lak..(hehe)

      Padam
  2. hahaha.pernah.suffer remain mmg aku buat guide track utk bagi band members lain belajar lagu baru.ye laaa,aku duduk banting yg lain duduk kuala terengganu.kalo rekod full length tahun depan,aku akan buat guide track utk drummer aku.hahaha.thanx for the enlightment.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. bagus buat camtu.. byk band yg line up jauh buat camtu.. kalau boleh, masa recording bawa guide track tu.. so xde la nanti jd cam rekod drum aritu..hahahaha..

      Padam
    2. ohya.. benda ni aku akan cerita lebih lanjut lepas ni.. kalu ko buat guide track pakai guitar pro/sibelius, masa recording nanti, jgn export file ke wav/mp3 (untuk nak kasi engineer).. tp export midi..

      Padam
  3. makasih banyak gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua ...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...