Attack Digital Studio

Selasa, 30 April 2013

Muzik dan Politik

Pengaruh, kuasa, nama dan wang. Tipulah kalau semua ini tidak perlu dalam politik.

Kamu benci politik? Kamu malas nak mencampuri urusan politik? Tapi, adakah benar kamu tidak mengamalkan sistem politik ini dalam bidang kamu?

Tengok saja bidang muzik. Mana pergi seninya? Semua lebih kepada pengaruh, nama, kecantikan, tarikan dan wang. Bakat, letaknya di tangga yang terakhir. Idea, tidak lagi dihargai.

Masakan tidak, idea juga boleh dibeli. Bila tak ada idea nak karang lagu, pergi negara jiran, cari pemuzik - pemuzik jalanan di kaki lima. Beli lagu dari mereka. Tak mahal, beli secara borong mungkin RM 2 saja untuk satu lagu. Bawa balik, arrange sedap - sedap, record, jual.. Aduhai... Bak kata pepatah, lembu punya susu, sapi dapat nama..

Kurangkah pemuzik / komposer yang berbakat dalam negara?

Ada, tapi mereka kurang menonjol (kurang publisiti). Walaubagaimanapun, mereka sangat dihormati dan dikagumi. Kebanyakan mereka berkelulusan dalam bidang muzik. Mereka sangat hebat.. Mereka sering membuat persembahan solo, sebagai pemuzik pengiring (band / orkestra), dan sebagai sessionist musician. Ada juga diantara mereka yang memilih untuk mengajar. Tapi kenapa mereka tidak merakamkan album?
Contoh tengok saja pemuzik luar seperti Mike Mangini. Beliau bukan saja drummer kepada band progressive metal terkenal iaitu Dream Theater, tetapi beliau juga merupakan salah seorang daripada penasihat pelajar percussion di Berklee College of Music.

Pernah suatu ketika sebuah band (pelajar) dikatakan membawa budaya buruk ke dalam Fakulti Muzik kerana perform lagu 2112 - RUSH untuk subjek Forum. Alasan yang diberi ialah lagu ini, band ini, dan genre ini bukan educated music / educated musician. Tak sangka, muzik pun mengamalkan 'sistem piramid', dimana setiap genre muzik berada dikelas - kelas tertentu seperti kelas atasan, kelas pertengahan dan kelas bawahan. Di mana 'seni' muzik itu?
 
Kurangkah pemuzik / komposer yang berbakat dalam negara?

Ada, tapi mereka tiada pengaruh, tiada nama, tiada tarikan, tiada wang.. Mereka cuma ada bakat. Tapi bakat ialah anak tiri. Jadi, mereka tidak dipandang. Bukan tiada usaha. Sudah banyak CD / DEMO / material mereka edarkan ke semua Record Label, mahupun radio. Tapi sayang, semuanya terus ke tong sampah, atau masih kekal di dalam sampul surat / kotak. Mungkin tahun depan baru dibuka, itu pun sebab terjumpa semasa mengemas bawah meja.
Kalaulah mereka - mereka ini terkenal dan punyai pengaruh, tak perlu tunggu esok, hari ini juga kontrak siap, hari ini juga lagu terus disiarkan di radio.

Tapi mereka tidak berputus asa.. Mereka cari jalan sendiri bagaimana untuk promote diri / band / lagu. Cari lubang - lubang gig, jual DEMO / CD / material sendiri, promote di facebook & youtube, menyertai pertandingan kugiran / battle of the band dan lain - lain. Mungkin lambat sedikit untuk dikenali, diterima oleh masyarakat. Tapi tidak mengapa, tiada apa yang mematahkan semangat mereka.

Nak kata sukar, tak sukar. Nak kata mudah, tak juga mudah. Semua perlu usaha, perlu berkorban, malah perlu berlumba. Nak masuk radio pun perlu berusaha, perlu berkorban, perlu berlumba. Perlu meminta, memaksa, menagih simpati orang untuk undi lagu mereka agar masuk carta.
  • 60% pengundi mengundi tanpa mendengar lagu tersebut (maknanya tak pernah dengar lagu tersebut). 
  • 30% pengundi mengundi kerana sukakan lagu tersebut. 
Oklah, sekurang - kurangnya mereka sudi membantu. Masuk carta, bermakna lagu akan dimainkan diradio. Bila lagu dimainkan diradio, bermakna ramai yang akan mendengar lagu mereka dan mengenali mereka. 
Jalan mudah beli topup banyak - banyak dan undi diri sendiri / band sendiri. Bukan kemaruk nak keluar radio, tapi usaha perlu datang dari diri sendiri.. Lagipun inilah motif pertandingan, supaya undi / sms banyak - banyak.. Bisnes.... Hm, bijak......

Bagaimana nak survive dalam bidang muzik? Kena pandai mengampu? Tikam belakang orang? Menjatuhkan orang lain? Hipokrit? Menipu? Tamak? Rasuah?

1 ulasan:

  1. makasih banyak sob buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...