Attack Digital Studio

Khamis, 4 April 2013

SOALAN: "Kenapa kena ada producer? Apa tugas tugas sebenar producer ni? Sebab semua lagu lagu band kami yang cipta sendiri.. Penting sangat ke?"

Untuk entry blog saya (yang lepas) yang bertajuk Orang Disebalik Cermin Recording pt 2, saya telah mendapat soalan dari seorang pembaca. Soalannya berbunyi begini:

"Kenapa kena ada producer? Apa tugas tugas sebenar producer ni? Sebab semua lagu lagu band kami yang cipta sendiri.. Penting sangat ke?"  - TANPA NAMA/ANONYMOUS

Soalan ini agak bagus, dan ianya memberi idea kepada saya untuk menyambung penulisan tentang *orang disebalik cermin - producer. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjadikan soalan ini sebagai tajuk entry kali ini.

Antara tugas-tugas producer, sudah saya nyatakan dalam Orang Disebalik Cermin Recording pt 2. Penting atau tidak producer untuk album, adalah bergantung kepada kamu. Jika kamu yakin yang kamu tidak memerlukan producer untuk album kamu, tidak mengapa.. Teruskan saja.. Tapi, jika kamu ingin album kamu bagus, CARILAH SESEORANG YANG BAGUS UNTUK PRODUCE ALBUM KAMU.

Band masakini semua hebat-hebat. Kini mereka lebih berani, kreatif dan mampu membuat/menulis lagu sendiri. Tapi, percaya atau tidak kamu tidak mampu untuk menilai lagu ciptaan kamu sendiri. Kamu tidak mampu menilai, adakah ianya bagus/sedap/menarik atau tidak.. Malah, lagu ciptaan kamu yang tak sedap pun, kamu akan kata yang lagu itu sangat sedap. Betul tak? Betul.... Hakikatnya betul.. Tiada siapa yang akan kata lagu ciptaan mereka sendiri tak sedap/tak bagus.. Semuanya bagus belaka.. Tapi itu, kamu yang kata.. Bagaimana dengan orang lain? Adakah mereka setuju dengan pendapat kamu?

"Band aku kata ok je lagu-lagu yang aku buat..!! sedap je!!"

Mestilah ahli band kamu kata ok, sebab dia cuma nak ambil hati kamu saja.. Atau, ahli band kamu yang lain tidak pandai buat/tulis lagu, dan mereka hanya mengharapkan kamu untuk membuat/menulis lagu. (Tapi, kalau ianya benar bagus/sedap, baguslah. Syabas saya ucapkan..!!)

Untuk pengetahuan kamu, selalunya penulis lagu jarang arrange lagu ciptaan mereka sendiri. Untuk arrangement lagu ciptaan mereka, mereka akan menggunakan khidmat arranger.. Arranger inilah yang menentukan rentak lagu tu, tempo lagu tu, penggunaan chord, susunan part dalam lagu (seperti verse, corus,verse, corus), perlu ke ada music bridge dalam lagu tu, intro nak panjang mana, instrument apa nak pakai, dan lain-lain. Arranger yang bagus mampu menjadikan lagu yang kurang sedap menjadi sangat sedap & bagus.

Tapi, selalunya band-band yang membuat/menulis lagu sendiri tidak menggunakan khidmat arranger. Samalah seperti kamu. Kamu lebih selesa dan yakin dengan hasil sendiri (kamu buat/arrange sendiri). Bagus, kerana kamu berfikir begitu. Saya tak nafikan ada diantara kamu yang mampu buat arrangement yang bagus. Tapi ada diantara kamu yang main hentam je.. Kamu malas/takut untuk mencuba buat kelainan dalam lagu kamu. Sebab itulah lagu kamu kedengaran biasa dan membosankan.

Lirik pun main hentam je. Tunggang-langgang. Patutlah lagu kamu susah untuk dimainkan diradio (khas untuk pop music kerana pop music lebih berpeluang untuk keluar radio). Sebab itulah kamu dianaktirikan oleh DJ - DJ radio. Sebab itulah juga, album kamu tidak/sukar diterima oleh label-label besar yang kamu hantar. Kamu pasti kecewa, bukan? Malah ada yang sampai berputus asa..

Jangan mengalah.. Perbaikilah segala kekurangan penghalang kamu untuk berjaya. Kamu perlukan seseorang yang akan bantu kamu memperbetulkan setiap kesalahan, menilai lagu kamu (adakah ianya bagus & akan menepati citarasa pendengar), memberi tunjuk ajar, memberi idea, dan seterusnya menjadikan album kamu bagus.. Orang itu adalah PRODUCER. Kamu lihat sendiri band-band luar, album mereka bagus dan berjaya. Kerana apa? Bagaimana mereka boleh berjaya? Kerana mereka mempunyai producer yang bagus untuk album mereka.. Mereka sanggup cari producer yang bagus agar album mereka bagus malah SEMAKIN BAGUS! Bagaimana pula dengan album kamu. Sudah cukup bagus ke??

Orang Disebalik Cermin Recording pt. 3 

Penjaga Bugera di Attack Digital Studio

11 ulasan:

  1. Wah, bagus sungguh.. Tapi, ia memberi aku masalah untuk cari produser yang bagus. Macam mana nak cari?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha... betul! bukan mudah untuk cari producer yang bagus.. 1 cara, kamu beli album artis kesukaan kamu, kamu tgoklah siapa producernya.. tak pun, kamu boleh datang terus ke Attack Digital Studio kerana kami ada in-house producer yang hebat.. :)

      Padam
  2. Comel nye kucing tu!!!

    BalasPadam
  3. makasih gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua salam kenal aja yah dari aku

    BalasPadam
  4. Terima kasih..sangat bermanfaat.tp saya nak tanya..producer ne skali buat recording ka??maksud saya yang memainkan instrument..atau sekadar memberi pendapat sahaja..terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana beri feedback..
      terpulang.. tapi, selalunya produser hanya bertindak sebagai pemberi pendapat, dan pemerhati sebelum / semasa recording.. ahli band kamulah yg akan rekod instrument.. sebab seorang produser tidak semestinya seorang yg mahir bermain alat muzik.. tapi 'tahu' bagaimana untuk jadikan kamu lebih bagus..

      kalau produser kamu bagus, Insya Allah kamu akan 2kali ganda bagus..

      tak salah jika kamu sendiri yang menjadi produser untuk album kamu,jika kamu mampu.. :)

      Padam
  5. Bugera dari Behringer kan?

    BalasPadam
  6. Saya boleh produce. Lulusan degree audio engineering major in recording arts UK. Pernah bekerjasama dengan beberapa artis, producers, syarikat, musicians etc. Sila ke efektiveproductions.webs.com utk details. Studio di shah alam selangor. Tq.

    BalasPadam
  7. Untuk seseorang yg first time nk keluarkan lagu..nk cari producer kat mana. Tak kan nk cari producer yg hebat..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...