Attack Digital Studio

Rabu, 10 April 2013

Persediaan Mental: "Halau keluar semua yang menggangu konsentrasi kamu semasa sesi recording.."

Dalam entry blog lepas yang bertajuk, Persediaan Mental: "Saya masih ingat pengalaman recording pertama saya dimana saya maki semua *orang disebalik cermin....", saya ada beri beberapa tips yang kamu boleh amalkan sebagai persiapan/persediaan mental kamu sebelum hari recording.. Saya harap, penulisan saya itu dapat memberi kamu idea bagaimana untuk merehatkan minda kamu, dan mengurangkan rasa tekanan kamu untuk recording..

Ok, apa yang telah kamu baca itu adalah persediaan mental sebelum hari recording kamu. Kali ini pula, saya akan beri beberapa tips untuk mengurangkan rasa takut, gementar, cuak, cepat marah atau tekanan semasa sesi recording kamu sedang berjalan.

Jika kamu sudah baca entry blog saya yang bertajuk Orang Disebalik Cermin Recording pt 3, saya ada mengatakan yang kamu harus bawa teman. Ya, ianya mampu mengurangkan rasa tekanan kamu itu. Kamu pasti akan rasa lebih selesa jika orang-orang yang terdekat dengan kamu ini berada disekeliling kamu semasa kamu sedang dalam sesi recording. Kehadiran mereka walaupun hanya sekadar melihat, akan memberi keyakinan kepada kamu untuk membuat yang terbaik.

Tapi, bergantung juga. Tak semua orang selesa untuk membawa teman apabila sesi recording mereka. Tak semua orang selesa melihatkan ramai orang yang memerhati dirinya sedang recording, terutama sekali vocalist. Vocalist memerlukan penghayatan/penjiwaan/feel yang lebih semasa recording. Ada juga antara mereka yang request supaya tutup lampu dan ingin menyanyi dalam gelap. Elok juga sebab vocalist dapat menyanyi dengan lebih baik (penghayatan/penjiwaan/feel mereka lebih baik) bila lampu dipadam. Kalau hendak dibandingkan dengan guitarist, bassist atau drummer, vocalist lah yang paling mudah terasa (sensitif), terutama sekali jika ditegur kesalahan yang telah dia lakukan. Benar.. Walaupun kita cuba untuk memperbetulkan kesalahan mereka dan mengatakan yang nyanyian mereka agak sumbang (dimana nyanyian mereka memang sumbang), mereka akan mudah berkecil hati.

Tak salah untuk bawa teman semasa recording. Walaupun saya kata yang ianya perlu dan bagus, tapi ianya atas kehendak kamu sendiri juga. Dalam dunia recording, tidak ada peraturan khas yang menyuruh kamu membawa teman ketika sesi recording kamu. Jika kamu rasa kehadiran rakan-rakan kamu atau ahli band kamu sendiri hanya mengganggu konsentrasi kamu semasa recording, kamu halau saja mereka keluar. Kadang-kadang mereka ini (rakan-rakan dan ahli band kamu) suka main cakap je.. Kata-kata mereka (walaupun tujuan mereka untuk beri semangat) hanya menyakitkan hati kamu. Lagi-lagi mereka yang suka buat lawak bodoh.. Kalau ia mampu buat kamu ketawa, bagus juga. Tapi ia hanya menyakitkan hati kamu. Ianya hanya buat kamu cepat marah dan tertekan. Ada juga kata-kata mereka seolah-olah ingin memalukan kamu. Jika kamu rasa begitu, jangan takut-takut untuk menghalau mereka keluar dari studio. Tapi jangan pula kamu halau recording engineer dan producer kamu.. Siapa nak record untuk kamu nanti??

P/S: Dah memang macam tu perangai rakan-rakan/ahli band kamu... Bukan mereka sengaja.. Kamu je yang rasa begitu.. Emosi kamu memang akan mudah terganggu semasa sesi recording..

Dari apa yang saya lihat, selalunya, semasa kamu sedang tracking (contoh) vocal, kamu lebih mudah terima/dengar teguran dari recording engineer dan producer kamu.. Namun, kamu agak sukar untuk terima/dengar teguran yang datangnya dari ahli band kamu, atau rakan-rakan kamu sendiri. Sekali dua mereka tegur kamu boleh terima. Tetapi bila dah terlalu banyak, emosi kamu mula terganggu.. Kamu mula rasa tertekan dan cepat marah.. Jika kamu berada dalam situasi begini, ambillah beberapa masa untuk kamu bertenang.. Selepas kamu rasa kamu sudah tenang, berbincang dengan mereka, dan minta mereka terangkan dengan jelas apa yang kamu patut buat. Dan, pastikan kamu faham.. Tapi jika emosi kamu tetap terganggu dan kamu masih tidak selesa dengan teguran dari ahli band kamu/rakan-rakan kamu, kamu halau saja mereka keluar..

Tapi, apa -apa pun, yang paling penting sekali ialah kamu harus makan. Pastikan semasa sesi recording kamu, kamu tidak lapar.. Jangan abaikan waktu makan kamu.. Jangan kamu terlalu mengejar masa, sehingga sanggup berlapar.. Perut yang lapar boleh melambatkan proses recording kamu, dimana kamu akan mudah hilang fokus dan emosi kamu akan lebih mudah terganggu, contoh seperti kamu akan cepat marah, cepat tertekan, bingung, menggeletar, mengantuk dan lain-lain..

Recording merupakan satu proses yang menyeronokkan. Ia bukan seperti exam SPM kamu (yang membosankan). Cuma tekanan itu datang sebab kamu inginkan yang terbaik. Itu saja.. Sebab itulah selain dari practice & Persediaan Recording, kamu juga harus mempersiapkan mental kamu. Cari cara untuk mengatasi dan mengurangkan rasa tekanan, cuak, takut atau gementar yang bakal/sedang kamu alami semasa recording.

"Makan dulu!!"-  Alphabetical Theory di Attack Digital Studio



1 ulasan:

  1. makasih gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua salam kenal aja deh

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...