Attack Digital Studio

Rabu, 3 April 2013

Orang Disebalik Cermin Recording pt 3

............. sambungan  Orang Disebalik Cermin Recording pt 2

Dalam tajuk-tajuk yang lepas, kamu sudah tahu antara *orang disebalik cermin adalah recording engineer dan producer. Siapa lagi selain mereka? Mereka, yang ingin saya ceritakan kali ini adalah orang yang terpenting yang HARUS ada disebalik cermin semasa kamu recording..

Orang itu adalah, ORANG-ORANG YANG TERDEKAT DENGAN KAMU, iaitu :


  • AHLI BAND KAMU SENDIRI
                            (atau)
  • RAKAN - RAKAN KAMU
                            (atau)
  •  AHLI KELUARGA KAMU

Bila kamu sedang recording (tracking guitar, bass, drum atau vocal) pasti bermacam-macam perasaan akan kamu alami. Kamu akan rasa teruja, puas dan gembira. Selain itu, kamu turut akan rasa takut, cuak, gementar, blur, resah, emo, marah dan kurang stabil. Nampak tak, betapa banyaknya perasaan negatif berbanding perasaan yang positif. Ini sesuatu yang biasa berlaku. Apatah lagi jika kamu baru pertama kali menjalani proses recording. Malah, yang lebih teruk pun ada. Bergantung kepada ketahanan diri seseorang itu. Kamu bayangkanlah jika kamu sedang recording, dan sesi recording kamu dikendalikan oleh orang asing (bermakna kamu kurang mengenali recording engineer berkenaan). Bagaimana ye keadaan kamu ketika itu? Lebih-lebih lagi, recording engineer berkenaan kurang bercakap/tidak peramah dan kurang mesra.... Hmm.. Mesti kamu nak cepat balik, kan?

Sebab itulah orang-orang yang terdekat dengan kamu perlu berada disekeliling, apabila kamu sedang recording. Begitu juga sebaliknya, apabila ahli band kamu yang lain sedang recording, kamu perlu ada. Berilah sokongan pada mereka. Ini tidak, bila drummer kamu tracking drum berjam - jam, kamu hilang. Bosan lama menunggu turn kamu. Janganlah begitu.. Kamu dan ahli band kamu saling memerlukan antara satu sama lain. Bukan hanya semasa persembahan live saja, tapi semasa sesi recording pun kamu dan ahli band kamu saling memerlukan antara satu sama lain.. 

 Seseorang pernah bertanya kepada saya, bagaimana untuk mengatasi rasa takut semasa recording? Saya jawab senang saja, bawalah TEMAN.. Tapi, jangan pula kamu bawa girlfriend/boyfriend kamu. Kalau dia dapat/boleh bantu kamu dalam sesi recording, takpalah. Tapi, kalau dia hanya akan membebankan/menyusahkan kamu sepanjang sesi recording nanti, baik kamu jangan bawa.

Selain itu, orang-orang yang terdekat dengan kamu ni juga, merupakan peminat kamu (pendengar setia). Dia tahu kelebihan kamu. Jadi, semasa sesi recording, orang-orang yang terdekat dengan kamu ini akan perasan jika permainan/nyanyian kamu hambar, tidak bertenaga dan kurang menarik. Tidak sama seperti persembahan live kamu yang hebat, bertenaga, dan membuatkan semua penonton yang hadir terpukau. Seperti yang telah saya nyatakan di atas, mereka ini adalah PENDENGAR & PEMINAT SETIA kamu. Mereka inilah yang akan membantu kamu memperbetulkan segala kekurangan kamu semasa sesi recording. Secara tidak langsung, mereka mampu guide kamu,  terutama sekali dari segi feel/penghayatan/penjiwaan. Mungkin ada diantara mereka yang tidak mahir mengendalikan alat muzik, tetapi, mereka adalah PENDENGAR yang baik. Mereka mahu dengar sesuatu yang bagus, sedap dan terbaik dari kamu.

Nampakkan? Siapa kata orang-orang yang terdekat dengan kamu (ahli band kamu, rakan-rakan kamu atau ahli keluarga kamu) tak boleh/tidak dapat bantu kamu semasa sesi recording? Banyak sebenarnya yang mereka dapat bantu. Selain dari menjadi pendengar yang baik, mereka dapat membantu melegakan emosi kamu, menenteramkan kamu, menyenangkan kamu, belikan kamu air & makanan (betul ni..), buat lawak kasi kamu ketawa dan mewujudkan suasana yang santai agar kamu selesa semasa sesi recording kamu berjalan. Pasti, kamu akan berterima kasih kepada mereka ini, kerana tanpa mereka kamu pasti tidak mampu untuk buat yang terbaik semasa sesi recording.. 

Kesimpulannya, kejayaan album kamu bergantung kepada orang-orang yang berada dibelakang kamu..

Kamu masih faham dengan konsep telinga, bukan? Konsep telinga di sini membawa maksud pendengar.. Jika producer merupakan TELINGA PERTAMA dan recording engineer pula merupakan TELINGA TERAKHIR semasa sesi recording, TELINGA SELEPAS PRODUCER dan TELINGA SEBELUM RECORDING ENGINEER adalah orang-orang yang terdekat dengan kamu..


Alphabetical Theory recording session di Attack Digital Studio

9 ulasan:

  1. hahaha.drummer ditinggalkan berjam-jam.kurang kasih sayang tu.ahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. da la xde melody..bising lak tu..sian drummer...

      Padam
    2. huhu.kalo drummer yg tak prepare,mmg bising campur bengang ah.tapi utk drummer yg well prepared,tracking drum can be an awesome and enjoyful moment.hahaha

      Padam
    3. haha.. dlm recording drum paling kritikal.. bukan semua drummer boleh main untuk recording. sbb kene jaga tempo, hit drum (sound) kene consistent (ni antara yg paling susah)

      untuk album artis dlm malaysia ni, berapa ramai je drummer(sessionist) yg main untuk album. Artis sendiri tak mampu main untuk recording.. kebanyakan dorg pakai khidmat sessionist.. Gta & bass sama gak.. tp drum ni cam malapetaka sket la..

      Padam
  2. Memang bagus bila ada orang terdekat yang bagi support.. Tapi risau juga jika ruang di bilik tu sempit ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana feedback..
      memang...! bukan semua studio menyediakan ruang yang besar.. bawa 2-3 orang teman sudah cukup..terlalu ramai takut rimas pula..
      tapi terpulanglah.. kalau kamu rasa kamu HANYA BOLEH buat yang terbaik jika ramai org tgok kamu masa sesi recording, bawalah satu kampung kamu datang.. :p

      Padam
  3. hurmmm..aku baru tahu yg ada band gunakan khidmat sessionist utk mainkan lagu mereka.kalau utk mainstream maybe ok sbb lagu nak masuk radio.tapi kalo underground pakai sessionist gak ade ke? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan setakat ada,tapi banyak.. sebab recording memerlukan ketepatan.. bukan semua org boleh main ikut metronome (apa-apa instrument). metronome 1 hal, playing pun nak kene bersih.. cuma vocal jela yg xdpt nak guna khidmat sessionist.. nak cari celah mana org yg vox sama.. huahua...

      bukan murah nak byr sessionist.. untuk 1 instrument/seorang sessionist saja lebih kurang rm500 (ada yg lebih mahal).. ni untuk 1 lagu je,bukan 1 album..

      tapi selalunya band underground ni lebih suka buat sendiri/main sendiri. Ramai antara dorg ni mmg bagus..tapi ada gak yg kurang bagus.. bila yang kurang bagus ni nak gak main untuk recording, tu yang masalah tu.. final product confirm dgr bermasalah.. Betul..

      Padam
  4. makasih gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua dan salam kenal aja yah dari aku

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...