Attack Digital Studio

Selasa, 16 April 2013

Sudah bersediakah kamu untuk recording secara professional?

Dalam entry blog yang lepas yang bertajuk Guide track tu apa? pt.2, saya sudah terangkan sedikit sebanyak tentang guide track.. Saya harap penulisan saya itu dapat memberi input kepada kamu agar proses recording kamu bertambah baik..

Seperti yang terkandung dalam entry yang lepas, semua guide track yang telah saya terangkan itu dibuat/di-rekod di studio recording. Guide track nampak mudah, namun untuk menghasilkan guide track yang baik, ia agak memakan masa.. Mungkin kamu terpaksa menghabiskan masa sehari suntuk semata-mata untuk menyiapkan guide track kamu di studio.. Tidakkah itu hanya merugikan masa, malah memanjangkan jam recording kamu?

Jangan salah faham, apa yang ingin saya katakan ialah walaupun kamu cuma hanya record guide track, dan recording sebenar kamu belum pun bermula, kamu harus tahu yang jam recording kamu tetap berjalan.  Kamu booking studio atas jam bukan? 1 jam kamu harus bayar berapa? RM 50? RM 90? Atau harga pakej RM 800 untuk 1 lagu? Kamu jangan mudah tertipu dengan harga pakej ni. Cuba kamu baca betul-betul apa yang ditawarkan dalam harga pakej tu.. Maximum jam recording kamu hanya 12 jam. Sebagai contoh, jika kamu sudah menggunakan 1 jam untuk menyiapkan guide track, berapa jam lagi yang tinggal untuk kamu recording....? Hanya 11 jam.. Kamu bahagi - bahagikanlah jam tu kepada setiap instrument. Contoh band kamu ada 5 orang. Maknanya 11 jam bahagi 5. Berapa jam setiap ahli band kamu dapat...? 2 jam lebih saja.... Cukup ke 2 jam untuk kamu recording? Mampu ke kamu buat yang terbaik dalam masa 2 jam tu?
Tapi, bagaimana pula jika guide track kamu mengambil masa 5 jam untuk disiapkan? Adakah kamu masih setia dengan harga pakej RM800 (max 12 jam), atau kamu ingin menambah jam recording kamu? (maknanya kamu perlu bayar untuk setiap jam yang telah kamu tambah)

Sekali lagi, jangan salah faham... Tidak salah sebenarnya buat/record guide track di studio. Memang itulah cara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan studio.. Kamu pergilah mana-mana studio, pasti itulah yang akan kamu buat.. (record guide track terlebih dahulu). Untuk pengetahuan kamu, ada lagi cara untuk membuat guide track ini, dan ia tidak akan menganggu jam recording kamu. Caranya adalah dengan menyiapkannya di rumah. Ya, Kamu Buat Guide Track Di Rumah..! Jadi, apabila kamu ingin memulakan recording kamu (di studio), kamu tidak perlu risau lagi memikirkan tentang guide track, kerana kamu sudah pun menyiapkannya dirumah. Apa yang perlu kamu buat ialah bawa file guide track yang telah kamu siapkan itu dan serahkannya kepada recording engineer. Selepas itu, kamu boleh terus mulakan sesi recording kamu.. Nampak.. Kamu telah berjaya menyelamatkan jam recording kamu..! Kan ianya lebih baik.. Lebih cepat dan menjimatkan masa..  Wah! Seperti professional...

Sudah bersediakah kamu untuk recording secara professional?

Ok, apa yang akan saya terangkan di sini, bukan saja ianya baik untuk recording, tapi banyak kebaikan yang kamu akan dapat. Kamu akan temui jawapannya setelah kamu khatam tajuk ini...

Proses recording terbahagi kepada 3 peringkat iaitu
Untuk pengetahuan kamu,  guide track termasuk di dalam peringkat di mana kamu membuat persediaan (pre production). Sebab itu, seelok-eloknya guide track ini dibuat/disiapkan sebelum hari recording kamu bermula. Tapi malangnya, band-band seperti kamu tidak mengetahui/arif tentang hal ini. Sebab itulah ada diantara kamu yang tidak tahu apa itu guide track.. Dan, kamu tidak ada idea bagaimana recording kamu bermula/bagaimana kamu harus memulakan sesi recording kamu.. Betul? Hal ini telah menyebabkan kamu sering membuang masa dalam studio.. Hasilnya, lagu/album/final product kamu menghampakan... Siapa yang akan kamu persalahkan? Diri sendiri? Tidak, sebab kamu akan salahkan studio recording tempat kamu record tu..

Ok, Kalau kamu ada baca entry yang bertajuk SOALAN: "Kenapa kena ada producer? Apa tugas tugas sebenar producer ni? Sebab semua lagu lagu band kami yang cipta sendiri.. Penting sangat ke?", pasti kamu ada perasan yang saya ada menyentuh sedikit tentang arranger. Saya kata,

"Penulis lagu jarang arrange lagu ciptaan mereka sendiri. Untuk arrangement lagu ciptaan mereka, mereka akan menggunakan khidmat arranger.."

"Selalunya band-band yang membuat/menulis lagu sendiri tidak menggunakan khidmat arranger."

Betul, macam kamu juga, kamu lebih selesa/suka arrange lagu kamu sendiri. Bukan murah untuk menggunakan khidmat arranger. Paling kurang pun RM 1,000 untuk 1 lagu. (ni paling murah tau..) Ala, lebih baik kamu arrange sendiri, lebih puas hati.. Saya tak nafikan ramai di antara kamu yang sangat berbakat dalam membuat lagu.. Cuma, kurang/tak ada sistematik dalam kerja kamu, dan akhirnya kamu berputus asa.. 

Ok, untuk memulakan tajuk ini,

"Apa??!! Baru nak mula??!!"

Soalan saya untuk kamu, bagaimana kamu arrange lagu kamu?

....bersambung

Guide Track: "Satu lagi cara untuk buat Guide Track; siapkannya dirumah.."
Producer di Attack Digital Studio

Isnin, 15 April 2013

Guide track tu apa? pt. 2

Dalam entry blog yang bertajuk Guide track? Guide track tu apa?, saya telah menceritakan serba sedikit tentang pentingnya penggunaan metronome untuk/semasa recording.. Saya tahu masih ramai di antara kamu yang confuse dan belum benar-benar memahami dengan jelas tentang guide track.. Sabar...... Tajuk ini belum abis lagi, malah ianya baru saja bermula..

Sebelum sesi recording kamu bermula, recording engineer akan tanya tempo lagu kamu. Recording engineer akan set metronome mengikut tempo yang kamu berikan itu (atau mungkin dia akan record metronome tu). Penting kamu harus tahu awal-awal (sebelum recording!) tempo lagu kamu untuk mengelakkan kamu terkial-kial mengira-ngira berapa tempo lagu kamu depan recording engineer.. Bukan semua recording engineer mahu membantu kamu mengira-ngira tempo lagu kamu. Mereka ni sebenar - benarnya malas nak menunggu.. Sebab itulah mereka akan kata, "OK la tu....". Bila recording engineer kata begitu, kamu pun ok kan saja.. Tapi adakah ianya benar-benar ok? Adakah tempo "OK lah tu" itu benar-benar sesuai untuk lagu kamu?
Sila rujuk Satu Langkah Penting Dalam Proses Recording sebagai persediaan recording kamu.

Selepas siap metronome/click track, kamu pasti tak sabar-sabar untuk memulakan sesi recording. Dengan pantas, kamu suruh drummer kamu tracking drum. Tapi, macamana drummer kamu nak tracking drum sedangkan gitar dan bass belum record lagi? Boleh ke drummer kamu tracking drum dengan hanya mendengar/ikut metronome (tanpa muzik)? Drummer kamu ingat ke arrangement lagu yang nak record tu?

Untuk memudahkan drummer kamu, kamu pun berfikir untuk main gitar sekali/serentak. Maknanya semasa tracking drum, kamu akan bermain gitar untuk guide drummer kamu.. Hm.. bagus juga idea kamu tu.. Idea kamu mampu membantu melancarkan proses recording.. Tapi, masalah akan timbul bila drummer kamu salah main, dan perlu record semula. Bukan sekali dua, tapi berulang-ulang kali.. Jadi, kamu juga terpaksa berulang-ulang kali main benda yang sama.. Saya jamin kamu pasti akan fed-up punya.. Tak pasal-pasal kamu dan drummer kamu bergaduh.. Lebih teruk lagi, recording engineer pun kamu turut maki sebab kamu rasa recording engineer sengaja suruh record berulang-ulang kali.

Kadang-kadang, kesalahan (dalam permainan) bukan saja datangnya dari drummer, tapi dari kamu! Kamu juga berpotensi untuk melakukan kesilapan/kesalahan dalam permainan kamu. Seharusnya sebagai guitar guide, permainan kamu harus sekurang-kurangnya 80% betul. Tapi macamana nak 80% betul, sebab kamu pasti akan senang terleka kerana bosan/fed-up sebab terpaksa main benda yang sama berulang kali.. Kamu main pun tidak serius kerana bukan record pun gitar kamu tu..
Nampak kan? Cara ini boleh diguna pakai tapi ianya tidak practical..

Jadi, apa yang perlu kamu buat? Senang saja.. Kamu record-lah gitar untuk dijadikan build-in guide track.. Sekurang-kurangnya drummer kamu dapat dengar gitar  kamu (dan yang paling penting sekali ialah kamu tak perlu untuk main sekali/serentak dengan drummer kamu). Tapi atas drummer kamu juga, kerana mungkin dia nak dengar bass dan vocal juga.. Kalau tak dengar bass dan vocal rasa tak best main dan tak feel, kata drummer kamu.. Haaaaa.... Kamu mahu final product/lagu/album kamu bagus bukan? Jadi, tunaikanlah permintaan drummer kamu tu, agar drummer kamu selesa dan dapat menjiwai/feel semasa tracking drum..

INGAT!!
KAMU PERLU BUAT GUIDE TRACK TERLEBIH DAHULU, SEBELUM RECORDING SEBENAR KAMU BERMULA..!!

Ambillah sedikit masa untuk buat/record guide track yang baik.. Terpulang pada kamu nak record guitar, bass, atau keyboard. Tidak mengapa jika guide track kamu tidak perfect asalkan kamu main dalam tempo yang betul dan arrangement lagu kamu betul. Untuk vocal guide pula, kalau kamu malas sangat, kamu sekadar 'hummm' saja pun boleh.. Tapi agak-agaklah, kalau lagu sendiri pun kamu malas nak nyanyi, macamana orang lain nak nyanyi lagu kamu? Jadi, bersemangat sikit..!! Nyanyi betul - betul..!! Tak kisahlah walaupun kamu record dengan mic jenama 'Misha' yang harganya cuma RM70 pun, kamu harus nyanyi dengan lirik yang betul..

"Err... tapi guide track tu kene record ikut metronome juga ke? Aku tak biasalah pakai metronome ni.... Cane?"

Oh.. Nampaknya masalah belum selesai.. Ok, kalau tadi drummer kamu nak dengar gitar/bass/vocal.. Sekarang, kamu nak rekod guitar guide, tetapi kamu nak dengar drum.. Ayak! Terbalik pula.... Kalau begitu, maknanya, kamu kena record drum jugalah untuk dijadikan guide (kahkahkah...).

Jangan risau, teknologi ada untuk membantu.. Mudah saja.. Kamu minta pada recording engineer untuk buka track baru dan letak saja drum loop.. Siap sudah drum guide kamu.. Mudah kan? Sekarang kamu boleh record guitar guide sambil bernyanyi-nyanyi kecil dengan hanya sekali take.. Vocalist kamu pun pasti lebih bersemangat untuk record vocal guide dengan adanya drum loop ni...

Nampak tak, Metronome/Click Track + Drum Loop + Guide Track = Asas Recording Yang Kukuh.. Selepas itu, barulah kamu boleh mulakan recording kamu yang sebenar!! Anggaplah guide track ini sebagai 'rakan baik' kamu sepanjang sesi recording... Jangan sesekali kamu melupakan atau meninggalkan 'rakan baik' kamu ni.. 'Rakan baik' kamu inilah rahsia lagu/album/final product kamu bagus dan berjaya.. Kerana 'rakan baik' kamu ini bukan saja membantu semasa proses recording, tetapi juga dalam proses editing dan mixing..

Untuk pengetahuan kamu, ada satu lagi cara untuk buat guide track ini.. Malah, kamu boleh siapkannya di rumah...Wah! seperti professional..!! Adakah kamu sudah bersedia?

bersambung.............

Sudah bersediakah kamu untuk recording secara professional?

Attack Digital Studio

Jumaat, 12 April 2013

Guide track?? Guide track tu apa?

Jika kamu sudah membaca entry blog saya yang bertajuk Persediaan Recording, pasti kamu tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apakah itu guide track. Baiklah, saya akan memberi serba sedikit penerangan agar kamu nampak dan mempunyai idea tentang guide track.

Guide track adalah alat bantuan/track bantuan. Ia boleh juga dianggap sebagai dummy track. Ia dibuat adalah untuk membantu kamu semasa kamu sedang tracking (drum/gitar/bass/vocal). Bermakna, semasa kamu sedang tracking (drum/bass/gitar/vocal), kamu akan record mengikut/berpandukan tempo dan melodi dari guide track.

Sebelum memulakan recording, ambillah sedikit masa untuk membuat guide track yang baik kerana guide track adalah rangka/peta kepada lagu kamu. Kamu perlu pastikan yang tempo dan arrangement lagu kamu betul semasa buat/record guide track. Ia tidak perlu perfect, kerana guide track tidak akan digunakan semasa proses mixing nanti (tapi mungkin juga akan digunakan).

 Guide track ini penting kerana ia adalah asas kepada proses recording, dan ia bertindak sebagai panduan kepada kamu (juga kepada recording engineer). Semua kerja/perkara/aktiviti (apa-apa saja) perlu ada asas.. Memulakan setiap kerja/perkara/aktiviti dengan asas yang baik dan kukuh mampu menghasilkan final product yang berkualiti, selamat, tahan lama, cantik dan teratur. Ianya juga mampu menjimatkan masa, tenaga dan wang. Contohnya, seorang pelukis akan membuat lakaran terlebih dahulu sebelum melukis. Seorang pembuat tembikar akan membuat acuan terlebih dahulu sebelum membuat tembikar. Seorang tukang jahit akan mengukur dan melukis/melakar garisan di atas kain dengan menggunakan kapur sebelum memotong dan menjahit sehingga menjadi sehelai baju.. Nampakkan? Sama juga untuk proses recording, perlu ada asas.. Kamu perlu buat guide track terlebih dahulu, sebelum recording sebenar kamu bermula..

Mungkin ada di antara kamu yang merasakan guide track ni hanya membuang masa. Tapi percayalah, guide track mampu menjimatkan masa kamu, dan proses recording kamu akan berjalan dengan lebih teratur.. Proses recording yang baik, akan menjadikan final product kamu bagus dan berkualiti.. 

Kamu tahu apa itu metronome? Metronome atau click adalah satu alat yang mengeluarkan bunyi (rentak) mengikut tempo yang dikehendaki. Metronome mengeluarkan bunyi seperti tik....tik....tik.... atau tak....tak....tak... (kamu boleh set bunyi apa yang kamu nak).

Walaupun ada musician yang benci dengan metronome, tetapi recording memerlukan metronome agar tempo lagu kamu konsisten.. Kamu digalakkan untuk bermain dengan metronome semasa recording. Bermain dalam/dengan tempo yang tepat/betul bukan saja memudahkah kamu semasa sesi recording, malah ia juga akan memudahkan engineer untuk proses editing dan mixing. Ramai musician yang agak takut untuk bermain mengikut metronome (yang takut ni sebab mereka tidak biasa). Jika tidak biasa bermain mengikut metronome, ia memang agak mencabar. Jadi, untuk membiasakan diri kamu dengan metronome, kamu digalakkan untuk menggunakan metronome semasa sesi latihan kamu. Ianya bukan untuk persiapan recording, tetapi untuk playing kamu.. Playing kamu pasti lebih bersih, teratur dan terkawal..

Sebelum recording, pastikan yang kamu sudah tahu tempo lagu kamu. Jika kamu tidak tahu, maknanya kamu belum benar-benar bersedia untuk sesi recording. (sila rujuk Satu Langkah Penting Dalam Proses Recording). Tempo inilah yang akan kamu set di metronome semasa recording. Kamu mungkin akan berfikir tak perlu menggunakan metronome semasa recording kerana band kamu sudah 5 tahun bermain gig.. Jangan terlalu megah dengan 5 tahun bermain gig itu. Kamu tidak tahu adakah band kamu benar-benar bermain ikut tempo atau tidak.. Cuba bayangkan, kamu recording secara track by track, dan drummer kamu tracking drum tanpa menggunakan metronome (main ikut tempo sendiri/by heart).  Adakah drummer kamu mampu mengawal tempo dengan konsisten? Atau adakah drummer kamu tidak mampu kawal di mana temponya sekejap laju, sekejap perlahan (senang cerita tempo ke laut/out of tempo). Bila turn kamu untuk tracking guitar pula, adakah kamu benar-benar mampu dapat bermain ikut tempo drummer kamu tadi... (tempo yang ke laut tu)?
(Tapi kalau temponya benar-benar konsisten tanpa menggunakan metronome, syabas saya ucapkan!!)

"Takpa.. Kami dah 5 tahun main bersama...."

Wah... Senang dan laju betul jawapan kamu. Ok, jika kamu masih berfikiran begitu, kamu teruskan.. Tak salah jika kamu memilih untuk tidak menggunakan metronome semasa sesi recording. Tapi ianya akan melambatkan proses recording kamu, kerana kamu terpaksa bersungguh-sungguh  untuk bermain ikut tempo (mengejar tempo yang sekejap laju dan sekejap perlahan) drummer kamu tadi.
Atau kamu tak kisah untuk record dengan tempo yang lari?? Terpulang pada kamu....

"Apa kena mengena metronome dengan guide track??"

Untuk pengetahuan kamu, Guide track juga dikenali sebagai click track. Click adalah nama lain bagi metronome. Fungsi metronome dalam recording adalah untuk memastikan tempo kamu betul dan konsisten semasa kamu tracking (drum/gitar/bass/vocal)... Nampak?

Tapi... adakah kamu benar-benar mampu recording dengan hanya berpandukan metronome saja?

bersambung.......

Guide Track tu apa? pt. 2


STRUCTURED di Attack Digital Studio

Rabu, 10 April 2013

Persediaan Mental: "Halau keluar semua yang menggangu konsentrasi kamu semasa sesi recording.."

Dalam entry blog lepas yang bertajuk, Persediaan Mental: "Saya masih ingat pengalaman recording pertama saya dimana saya maki semua *orang disebalik cermin....", saya ada beri beberapa tips yang kamu boleh amalkan sebagai persiapan/persediaan mental kamu sebelum hari recording.. Saya harap, penulisan saya itu dapat memberi kamu idea bagaimana untuk merehatkan minda kamu, dan mengurangkan rasa tekanan kamu untuk recording..

Ok, apa yang telah kamu baca itu adalah persediaan mental sebelum hari recording kamu. Kali ini pula, saya akan beri beberapa tips untuk mengurangkan rasa takut, gementar, cuak, cepat marah atau tekanan semasa sesi recording kamu sedang berjalan.

Jika kamu sudah baca entry blog saya yang bertajuk Orang Disebalik Cermin Recording pt 3, saya ada mengatakan yang kamu harus bawa teman. Ya, ianya mampu mengurangkan rasa tekanan kamu itu. Kamu pasti akan rasa lebih selesa jika orang-orang yang terdekat dengan kamu ini berada disekeliling kamu semasa kamu sedang dalam sesi recording. Kehadiran mereka walaupun hanya sekadar melihat, akan memberi keyakinan kepada kamu untuk membuat yang terbaik.

Tapi, bergantung juga. Tak semua orang selesa untuk membawa teman apabila sesi recording mereka. Tak semua orang selesa melihatkan ramai orang yang memerhati dirinya sedang recording, terutama sekali vocalist. Vocalist memerlukan penghayatan/penjiwaan/feel yang lebih semasa recording. Ada juga antara mereka yang request supaya tutup lampu dan ingin menyanyi dalam gelap. Elok juga sebab vocalist dapat menyanyi dengan lebih baik (penghayatan/penjiwaan/feel mereka lebih baik) bila lampu dipadam. Kalau hendak dibandingkan dengan guitarist, bassist atau drummer, vocalist lah yang paling mudah terasa (sensitif), terutama sekali jika ditegur kesalahan yang telah dia lakukan. Benar.. Walaupun kita cuba untuk memperbetulkan kesalahan mereka dan mengatakan yang nyanyian mereka agak sumbang (dimana nyanyian mereka memang sumbang), mereka akan mudah berkecil hati.

Tak salah untuk bawa teman semasa recording. Walaupun saya kata yang ianya perlu dan bagus, tapi ianya atas kehendak kamu sendiri juga. Dalam dunia recording, tidak ada peraturan khas yang menyuruh kamu membawa teman ketika sesi recording kamu. Jika kamu rasa kehadiran rakan-rakan kamu atau ahli band kamu sendiri hanya mengganggu konsentrasi kamu semasa recording, kamu halau saja mereka keluar. Kadang-kadang mereka ini (rakan-rakan dan ahli band kamu) suka main cakap je.. Kata-kata mereka (walaupun tujuan mereka untuk beri semangat) hanya menyakitkan hati kamu. Lagi-lagi mereka yang suka buat lawak bodoh.. Kalau ia mampu buat kamu ketawa, bagus juga. Tapi ia hanya menyakitkan hati kamu. Ianya hanya buat kamu cepat marah dan tertekan. Ada juga kata-kata mereka seolah-olah ingin memalukan kamu. Jika kamu rasa begitu, jangan takut-takut untuk menghalau mereka keluar dari studio. Tapi jangan pula kamu halau recording engineer dan producer kamu.. Siapa nak record untuk kamu nanti??

P/S: Dah memang macam tu perangai rakan-rakan/ahli band kamu... Bukan mereka sengaja.. Kamu je yang rasa begitu.. Emosi kamu memang akan mudah terganggu semasa sesi recording..

Dari apa yang saya lihat, selalunya, semasa kamu sedang tracking (contoh) vocal, kamu lebih mudah terima/dengar teguran dari recording engineer dan producer kamu.. Namun, kamu agak sukar untuk terima/dengar teguran yang datangnya dari ahli band kamu, atau rakan-rakan kamu sendiri. Sekali dua mereka tegur kamu boleh terima. Tetapi bila dah terlalu banyak, emosi kamu mula terganggu.. Kamu mula rasa tertekan dan cepat marah.. Jika kamu berada dalam situasi begini, ambillah beberapa masa untuk kamu bertenang.. Selepas kamu rasa kamu sudah tenang, berbincang dengan mereka, dan minta mereka terangkan dengan jelas apa yang kamu patut buat. Dan, pastikan kamu faham.. Tapi jika emosi kamu tetap terganggu dan kamu masih tidak selesa dengan teguran dari ahli band kamu/rakan-rakan kamu, kamu halau saja mereka keluar..

Tapi, apa -apa pun, yang paling penting sekali ialah kamu harus makan. Pastikan semasa sesi recording kamu, kamu tidak lapar.. Jangan abaikan waktu makan kamu.. Jangan kamu terlalu mengejar masa, sehingga sanggup berlapar.. Perut yang lapar boleh melambatkan proses recording kamu, dimana kamu akan mudah hilang fokus dan emosi kamu akan lebih mudah terganggu, contoh seperti kamu akan cepat marah, cepat tertekan, bingung, menggeletar, mengantuk dan lain-lain..

Recording merupakan satu proses yang menyeronokkan. Ia bukan seperti exam SPM kamu (yang membosankan). Cuma tekanan itu datang sebab kamu inginkan yang terbaik. Itu saja.. Sebab itulah selain dari practice & Persediaan Recording, kamu juga harus mempersiapkan mental kamu. Cari cara untuk mengatasi dan mengurangkan rasa tekanan, cuak, takut atau gementar yang bakal/sedang kamu alami semasa recording.

"Makan dulu!!"-  Alphabetical Theory di Attack Digital Studio



Selasa, 9 April 2013

Persediaan Mental: "Saya masih ingat pengalaman recording pertama saya dimana saya maki semua *orang disebalik cermin...."

Apakah pengalaman pertama recording kamu yang masih kamu ingat? Saya masih ingat pengalaman recording pertama saya dimana saya maki semua *orang disebalik cermin (control room).. (kahkahkah..)
KERANA saya rasa sangat tertekan ketika itu. Adakah kamu juga rasa begitu?

Untuk memastikan recording kamu berjaya, bukan bermakna kamu harus practice berjam-jam dalam sehari untuk memastikan yang nyanyian/playing kamu bagus. Kamu bagus macamana pun tapi jika mental dan emosi kamu tidak dalam keadaan yang baik, tak guna juga. Nampak macam mengarut, kan? Jangan sesekali kamu ambil mudah. Kadang-kadang, recording kamu tidak berjalan dengan lancar bukan kerana nyanyian/playing kamu tidak bagus, tapi kerana mental dan emosi kamu tidak berada dalam keadaan yang baik. Jangan risau, sebenarnya ianya normal. Saya akui, bukan mudah untuk singkirkan terus perasaan seperti gementar, takut, tertekan dan cuak semasa recording. Tapi kamu harus cari jalan bagaimana untuk mengurangkan rasa gementar, takut, tertekan dan cuak semasa recording kamu, agar recording kamu berjalan dengan lancar..

Bagaimana ye..? Hmm.. Apa yang penting, kamu harus RILEKS..

Sehari sebelum hari recording, tak perlulah kamu berkurung dalam rumah atau studio untuk practice. Kamu harus KELUAR DARI TEMPAT PERSEMBUNYIAN KAMU TU. Pergilah beriadah dengan keluarga atau dengan rakan-rakan kamu.  Lakukan aktiviti yang mampu menenangkan kamu seperti berbasikal, memancing, berkelah, shopping, tengok wayang (di panggung wayang), atau menanam bunga di halaman rumah. Atau kamu boleh memilih untuk pergi ke spa...

Selain itu, kamu digalakkan untuk lakukan aktiviti yang tidak pernah kamu buat sebelum ini seperti menganyam tikar mengkuang, bermain wau atau membakar ikan di halaman rumah. Melakukan aktiviti yang tidak pernah kamu lakukan sebelum ini, dapat memberi kamu lebih kepuasan. Selepas kamu melaluinya, atau selepas kamu berjaya melakukannya pasti kamu akan berkata, "Wow.. kenapa aku tak pernah buat sebelum ni?"
Percayalah, tahap keyakinan kamu pasti akan bertambah.

Jika kamu masih lagi tidak dapat melenyapkan bayangan ketakutan recording hari esok, carilah teman untuk berbual. Kongsi perasaan takut kamu dengan rakan kamu tu. Lagi bagus jika rakan kamu tu ialah ahli band kamu sendiri.. Mungkin mereka juga sama seperti kamu, sedang membayangkan ketakutan recording hari esok. Kamu pasti akan lega dan pasti kamu akan dapat membina keyakinan dan keberanian selepas kamu meluahkan rasa takut kamu itu kepada rakan kamu. Lagi satu, bila kamu tahu yang ada orang lain tahu yang kamu takut, gementar atau tertekan untuk recording esok, secara automatik semasa sesi recording nanti, perasaan takut, gementar dan tertekan kamu akan hilang..

Lagi satu, berbual saja tak guna, ajak rakan kamu/ahli band kamu makan. Makan di restoran kegemaran kamu.. Makan sepuas-puasnya. Lupakan seketika yang kamu ada sesi recording esok hari.. Makan terbukti dapat mengurangkan tekanan yang sedang kamu alami. Kamu bukan saja akan rasa kenyang, malah kamu juga akan rasa puas.. Seperti sedang meraikan sesuatu. 

Bila saya kata kamu perlu rileks, maknanya kamu perlu benar-benar rileks.. Maknanya kamu perlu TIDUR.. Pastikan kamu tidur pada malam sebelum recording. Lupakan aktiviti malam kamu. Lagi bagus jika kamu tidur awal malam itu. Emosi dan mental kamu akan berada dalam keadaan yang baik jika kamu mendapatkan tidur yang cukup. Jika kamu tidak mendapat tidur yang cukup/rehat yang secukupnya, pasti semasa sesi recording kamu pada esok hari, kamu akan jadi mudah marah, mudah tertekan, dan emosi kamu mudah terganggu.. Jika kamu cukup rehat/cukup tidur, pasti kamu dapat mengawal/mengatasi perasaan-perasaan atau gangguan-gangguan negatif terhadap emosi dan mental kamu dengan baik..

.......bersambung

199X recording session di Attack Digital Studio

Jumaat, 5 April 2013

Persediaan Recording

Dalam entry blog yang bertajuk Satu Langkah Penting Dalam Proses Recording, kamu sudah faham apakah itu pre production, dan pentingnya pre production ini sebelum memulakan proses recording. Jadi, kamu sudah bersedia? Apa tunggu lagi, JOM RECORDING...!!

Eh, kejap.... Sebelum kamu melangkah masuk studio recording, kamu perlu buat beberapa persediaan.. Macam nak berperang jugalah, takkan main redah je... Persediaan ini perlu supaya sesi recording kamu berjalan dengan lancar dan sempurna...

Malam sebelum recording (sepanjang sesi recording kamu), pastikan kamu cukup rehat/tidur.. Lupakan aktiviti malam kamu. Semasa recording, fizikal dan emosi kamu perlu berada dalam keadaan yang segar dan tenang. Janganlah datang ke studio dengan muka yang mengantuk, gigi tak bergosok, mandi pun tak mau.. Tapi, kalau kamu kata kamu lebih mudah feel/menghayati permainan/nyanyian kamu jika kamu tak mandi, tiada apa yang saya boleh kata.

Pastikan juga instrument kamu dalam keadaan yang baik. Lap sikit gitar kamu tu. Buang semua habuk yang ada. Jika ada kerosakan, repair dulu! Pastikan yang instrument kamu dalam keadaan yang benar-benar baik. Tuning dan intonation harus betul/tak lari. Jangan ambil risiko dengan menggunakan instrument yang rosak/dalam keadaan yang tidak baik untuk recording. Mixing tidak dapat membantu kamu...

Pada yang bermain gitar & bass, pastikan kamu tukar semua tali gitar/bass kamu. Jangan kedekut dan malas nak tukar. Walaupun kamu suka sound gitar/bass kamu dengan tali yang berkarat tu, kamu perlu tukar. Percayalah, kamu pasti akan berpuas hati dengan sound gitar kamu nanti selepas recording...  Jangan lupa juga, bawa spare tali gitar/bass kamu. Nanti tak pasal-pasal tengah-tengah recording kamu kena keluar cari kedai muzik untuk beli tali gitar/bass.

Pada yang main drum pula, bawa stick sendiri. Jangan fikir kamu boleh pinjam drumstick kat studio recording tu sebab studio recording tidak menyediakan drumstick. Kamu harus bawa sendiri. Pastikan drumstick kamu dalam keadaan yang elok. Lagi bagus jika kamu beli baru drumstick untuk recording nanti. Seperti juga guitarist & bassist, bawa drumstik spare..

Pada vocalist pula, jagalah tekak kamu tu. Minum air suam/panas. Jangan minum ais.. Print siap-siap lirik kamu. Pastikan kamu buat 2 salinan untuk setiap lirik kamu. 1 salinan adalah untuk kamu, manakala 1 salinan lagi adalah untuk recording engineer.

Akhir sekali, sebelum kamu melangkah masuk studio recording, pastikan kamu sudah tahu, apa instrument yang kamu perlu record dulu. Terpulang kepada kamu, yang mana kamu selesa. Nak record drum dulu ke, gitar dulu ke, vocal dulu ke. Terpulang pada kamu.

Jika kamu tanya saya instrument apa yang patut kamu record dulu, saya akan sarankan agar kamu record/buat guide track terlebih dahulu sebelum kamu mula sesi recording.

Guide track?? Guide track tu apa?

bersambung................

Guide track?? Guide track tu apa?

Attack Digital Studio

Khamis, 4 April 2013

SOALAN: "Kenapa kena ada producer? Apa tugas tugas sebenar producer ni? Sebab semua lagu lagu band kami yang cipta sendiri.. Penting sangat ke?"

Untuk entry blog saya (yang lepas) yang bertajuk Orang Disebalik Cermin Recording pt 2, saya telah mendapat soalan dari seorang pembaca. Soalannya berbunyi begini:

"Kenapa kena ada producer? Apa tugas tugas sebenar producer ni? Sebab semua lagu lagu band kami yang cipta sendiri.. Penting sangat ke?"  - TANPA NAMA/ANONYMOUS

Soalan ini agak bagus, dan ianya memberi idea kepada saya untuk menyambung penulisan tentang *orang disebalik cermin - producer. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjadikan soalan ini sebagai tajuk entry kali ini.

Antara tugas-tugas producer, sudah saya nyatakan dalam Orang Disebalik Cermin Recording pt 2. Penting atau tidak producer untuk album, adalah bergantung kepada kamu. Jika kamu yakin yang kamu tidak memerlukan producer untuk album kamu, tidak mengapa.. Teruskan saja.. Tapi, jika kamu ingin album kamu bagus, CARILAH SESEORANG YANG BAGUS UNTUK PRODUCE ALBUM KAMU.

Band masakini semua hebat-hebat. Kini mereka lebih berani, kreatif dan mampu membuat/menulis lagu sendiri. Tapi, percaya atau tidak kamu tidak mampu untuk menilai lagu ciptaan kamu sendiri. Kamu tidak mampu menilai, adakah ianya bagus/sedap/menarik atau tidak.. Malah, lagu ciptaan kamu yang tak sedap pun, kamu akan kata yang lagu itu sangat sedap. Betul tak? Betul.... Hakikatnya betul.. Tiada siapa yang akan kata lagu ciptaan mereka sendiri tak sedap/tak bagus.. Semuanya bagus belaka.. Tapi itu, kamu yang kata.. Bagaimana dengan orang lain? Adakah mereka setuju dengan pendapat kamu?

"Band aku kata ok je lagu-lagu yang aku buat..!! sedap je!!"

Mestilah ahli band kamu kata ok, sebab dia cuma nak ambil hati kamu saja.. Atau, ahli band kamu yang lain tidak pandai buat/tulis lagu, dan mereka hanya mengharapkan kamu untuk membuat/menulis lagu. (Tapi, kalau ianya benar bagus/sedap, baguslah. Syabas saya ucapkan..!!)

Untuk pengetahuan kamu, selalunya penulis lagu jarang arrange lagu ciptaan mereka sendiri. Untuk arrangement lagu ciptaan mereka, mereka akan menggunakan khidmat arranger.. Arranger inilah yang menentukan rentak lagu tu, tempo lagu tu, penggunaan chord, susunan part dalam lagu (seperti verse, corus,verse, corus), perlu ke ada music bridge dalam lagu tu, intro nak panjang mana, instrument apa nak pakai, dan lain-lain. Arranger yang bagus mampu menjadikan lagu yang kurang sedap menjadi sangat sedap & bagus.

Tapi, selalunya band-band yang membuat/menulis lagu sendiri tidak menggunakan khidmat arranger. Samalah seperti kamu. Kamu lebih selesa dan yakin dengan hasil sendiri (kamu buat/arrange sendiri). Bagus, kerana kamu berfikir begitu. Saya tak nafikan ada diantara kamu yang mampu buat arrangement yang bagus. Tapi ada diantara kamu yang main hentam je.. Kamu malas/takut untuk mencuba buat kelainan dalam lagu kamu. Sebab itulah lagu kamu kedengaran biasa dan membosankan.

Lirik pun main hentam je. Tunggang-langgang. Patutlah lagu kamu susah untuk dimainkan diradio (khas untuk pop music kerana pop music lebih berpeluang untuk keluar radio). Sebab itulah kamu dianaktirikan oleh DJ - DJ radio. Sebab itulah juga, album kamu tidak/sukar diterima oleh label-label besar yang kamu hantar. Kamu pasti kecewa, bukan? Malah ada yang sampai berputus asa..

Jangan mengalah.. Perbaikilah segala kekurangan penghalang kamu untuk berjaya. Kamu perlukan seseorang yang akan bantu kamu memperbetulkan setiap kesalahan, menilai lagu kamu (adakah ianya bagus & akan menepati citarasa pendengar), memberi tunjuk ajar, memberi idea, dan seterusnya menjadikan album kamu bagus.. Orang itu adalah PRODUCER. Kamu lihat sendiri band-band luar, album mereka bagus dan berjaya. Kerana apa? Bagaimana mereka boleh berjaya? Kerana mereka mempunyai producer yang bagus untuk album mereka.. Mereka sanggup cari producer yang bagus agar album mereka bagus malah SEMAKIN BAGUS! Bagaimana pula dengan album kamu. Sudah cukup bagus ke??

Orang Disebalik Cermin Recording pt. 3 

Penjaga Bugera di Attack Digital Studio

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...