Attack Digital Studio

Selasa, 14 Ogos 2012

Karya aku yang bertajuk 'Natijah Jiwa' terpilih dan telah disiarkan di akhbar harian metro bertarikh 14 Ogos 2012

Natijah Jiwa

Tanpa ku sedari dunia berputar dan berubah
mata menyaksikan semua tak terwujud kekal
aku manusia melayang bebas tanpa arah
sedarku tertunduk malu kerna tak bersyukur

Matahari pasti menangis
melihat insan sepertiku
hidup dalam gelita
hidup dalam gelap gelita

Andainya
kesalku membisu
tak mungkin ku tahu
siapakah sebenar-benarnya diri ini
sedang ku tersungkur di tempat berteduh
sedarku harus rubah semua mimpi

Kini aku benar bersungguh
kerna hati kian keliru
memilih jalan indah
memilih jalan hidup indah



5 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...