Attack Digital Studio

Khamis, 1 Mac 2012

Hilangnya Bunga Raya

Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, masa mak hantar aku ke sekolah. Aku suka melihat ke luar tingkap kereta, melihat bunga-bunga yang kembang mekar di sepanjang jalan. Ada warna merah saga, merah jambu, putih dan kuning. Bunga itu adalah bunga raya, yang juga bunga kebangsaan Malaysia. Banyak tertanam di sepanjang jalan di Shah Alam. senang jumpa, dimana-mana.

Kini, baru aku perasan. Aku hampir melupakan tentang kewujudan bunga raya. Masih banyak tertanam ke? Aku macam dah tak nampak kelibat bunga raya di sepanjang jalan. Entah.. Mungkin aku tak perasan, atau mungkin, tiada lagi kebanggaan bunga raya? 

Kalau bukan kerana abah aku tanam bunga raya di laman rumah, mungkin aku terus masih lupa. Tapi bunga raya yang ada kat laman rumah ni rupanya lain sikit. Belum pernah aku jumpa sebelum-sebelum ni rasanya. Keluarga bunga raya, tapi bukan jenis bunga kebangsaan.

bunga raya

Tak berapa nampak? Aku zoom sket..

bunga raya 

Lain? Memanglah lain. Bunga raya ada bermacam-macam jenis, bentuk dan warna. Tengok ni..

nampak stigma bunga raya?

tengok  pemegang kelopak bunga tu
Haa.. Walaupun rupa dan bentuknya lain , tapi ciri-cirinya tetap sama. Cantik... Tapi sayang, kebanggaan dan kemegahan bunga raya kini hanya nampak lebih pada lagu, dan lukisan.




1 ulasan:

  1. makasih gan buat informsainya yah semoga bermanfaat buat kita semua salam kenal aja yah dari saya

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...