Kamu punyai lagu. Kamu rasa lagu kamu ni best gile. Kamu rasa teruja dan tak sabar-sabar nak kasi orang dengar.
Bila kamu berada dalam situasi seperti di atas, apa yang akan kamu buat seterusnya? Masuk studio dan mula
tracking guitar, drum, bla bla bla..?? Sebelum kamu ambil keputusan ini, saya nak tanya, adakah kamu benar-benar bersedia untuk melangkah masuk ke studio? Sabar.. Jangan terlalu ghairah.. Jangan abaikan satu proses yang penting sebelum memulakan sesi
recording iaitu
pre production, atau bahasa melayunya pra produksi..
Setiap perkara/aktiviti/kerja yang dilakukan, perlu dirancang/dirangka. Macam buat kertas kerja..
Pre production nilah yang menentukan arah/
direction sesebuah lagu tu, juga album.. Kamu perlu tentukan banyak perkara sebelum ambil keputusan untuk
record.. Yang utama sudah tentu
arrangement lagu tu. Kamu kena
plan tentang
tempo, chord progression, instrument, bla,bla,bla.. Ok, benda-benda ni kamu mesti tahu punya. Yang saya nak cakap di sini ialah benda yang kamu pikir tak penting, atau mungkin kamu tak pernah terfikirkannya pun. Tapi sebenarnya, ini antara terpenting kamu kena
plan.
Kamu perlu
plan sound band/lagu kamu. Ada antara
band yang saya jumpa tak tahu
sound mereka sendiri, tak tahu apa yang mereka nak. Mereka bulat-bulat mengharapkan
sound mereka sedap masa proses
mixing nanti. Ini sebenarnya satu kesilapan yang besar jika kamu turut pikir macam ni. Untuk pengetahuan, proses
mixing yang baik, adalah apabila proses
recording dijalankan dengan baik. Oleh itu, jangan malas-malas mencari
sound yang baik. Berbincang, tanya pendapat orang yang lebih tahu. Secara tidak langsung,
sound untuk persembahan
live kamu akan
improve..
Kalau ini pertama kali kamu nak rekod, saya sekadar nak ingatkan,
recording bukan senang. Tak sama macam kamu main
live atas pentas. Dalam
recording, permainan ko perlu
perfect. Takdelah nak
perfect sangat. Asal kamu boleh main dengan
tempo yang betul, permainan kamu
clean/bersih itu sudah cukup bagus. Kalau kamu rasa permainan kamu teruk, saya sarankan kamu suruh orang lain main/
record/tracking part kamu. Jangan terlalu ego untuk nak gak main. Kamu hanya akan membuang masa saja. Dan
final product kamu pasti akan mengecewakan. Jadi langkah yang bijak, suruh
bandmate kamu yang lebih baik permainannya dari kamu, untuk
record/tracking part kamu. Ini bukan cara menipu. Pedulikan saja apa orang luar cakap sebab orang lain tak tahu apa yang sedang berlaku/macamana proses
recording ini berjalan. Tapi kalau kamu ego juga, masih mahu main, saya nasihatkan agar kamu
practice lebih gigih sebelum
recording...
Bab
instrument mudah, sebab boleh minta orang lain
record/tracking. Kalau tak boleh langsung, pakai MIDI, abis cerita.. Sekarang zaman teknologi, bro. Apa nak malu? Dalam dunia
recording, ini bukan cara menipu. Diulangi, INI BUKAN CARA MENIPU. Setakat ini,
tracking gitar, bass tak berapa ada masalah. Ada pun sedikit. Tapi bab
vocal memang masalah. Rata-rata/kebanyakan
vocalist yang datang untuk
recording kurang bersedia Lagu/lirik tak hafal, Tiada/kurang stamina. Ada yang nyanyi lagu
english tapi
pronunciation tak betul (hampir 80% tak betul pun ada). Alah, jangankan lagu
english, lagu melayu pun sama,
diction tak betul. kenapa 'te-ta-pi' jadi 'the-tha-phi'??
Tempo out.
Pitching out.. Pergh.. Senang cerita buang masa. Sebelum masuk studio, pastikan kamu 'bersedia'. 'Bersedia' tu, bukan hanya pada hafal lagu dan lirik saja, tapi
feel/mood lagu tu.. Rata-rata
vocalist langsung tak ambil berat hal ni. Sebagai
frontman, perhatian/tumpuan penonton/pendengar lebih kepada kamu. Mereka dengar album kamu nanti pun, yang mereka paling nak dengar ialah
melody nyanyi/
vocal. Dan mereka mengharapkan sesuatu yang memberi impak. Kamu penah tak dengar lagu sampai kamu rasa meremang, berdiri bulu roma? Pernah tak dengar sampai kamu rasa nak nangis? Kenapa terjadi begitu? Ianya sebab mereka sangat menjiwai lagu/permainan mereka. Bukan pada
vocal saja, pada
instrument pun harus menjiwai. Barulah lagu akan kedengaran hidup. Macam saya, sebagai
recording engineer, saya bukan nak dengar suara yang sedap. Bab
tempo dan
pitching tu saya letak no. 2. Sikit-sikit tu, dimaafkanlah. Tapi kalau teruk sangat '
out'nya, "Pergi balik
practice, berambus!" No. 1 yang saya nak dengar ialah
feel/mood. Macamana
vocalist bawa lagu tu. Bagi saya, penyanyi yang bagus bukan kerana suara dia sedap atau
pitching dia bagus. Walaupun suara kamu sesedap/sebagus 'Mariah Carey' ke, 'Siti Nurhaliza' ke, kalau kamu tak mampu nak menjiwai lagu yang kamu nyanyi/main, nyanyian/lagu tu akan kedengaran hambar.. Jadi,cuba.. Bukan cuba.. Kamu
HARUS jiwai lagu tu. Buat sampai
recording engineer dan sesiapa pun yang dengar waktu
recording tu nanti, meremang, berdebar-debar dan kagum. Pada yang rasa
tempo/pitching out tu pulak,
practice lebih kuat. Pergi belajar dengan orang yang lebih tahu, atau belajar melalui '
Youtube', cara-cara/teknik
vocal yang betul. Tak guna bodoh sombong. Tak perlulah ghairah sangat nak
record. Ia hanya memalukan diri sendiri je. sabar..
Ok, sekarang lagu pun kamu da
confirm. kamu da berpuas hati dengan
arrangement, tempo, sound semua. Tapi ada satu yang kamu terlupa iaitu
background vocal, atau orang singkatkan pada bgv/bv. Kamu mesti pikir
part ni tak pentingkan? Mesti kamu pikir bgv ni mudah.
By heart sajalah nanti
time recording. Tapi bila sampai waktunya, terkial-kial nak cari
part, terkial-kial nak pikir kat mana nak
back-up. Dah buang masa.. Disebabkan terkial-kial ini, kamu akan tiba mula rasa
fed-up/give-up, lalu ambil keputusan "tak payah bgv"... Aduhai.. Untuk pengetahuan kamu, menurut kajian, bgv sebenarnya mampu menghidupkan lagu. Ia mampu menghidupkan
feel/mood sesebuah lagu tu. selain itu, bgv juga mampu memenuhi ruang-ruang kosong dalam lagu kamu. Tak percaya? Cuba kamu dengar balik lagu-lagu yang kamu suka dengar selama ni, yang kamu rasa lagu tu best gile. Semua ada bgv yang baik, kan? Yeah....! Inilah rahsia dia sebenarnya,
SECRET RECIPE! Tak kisahlah kalau masa kamu main
live tak pernah pun
bassist atau
guitarist kamu
back-up vox kamu/
vocalist kamu. Tapi ini
recording weh.. Sukahati kamu lah nak buat macamana pun. Kamu kena sedapkan lagu kamu, baru orang suka dengar. Kamu kena
create sesuatu yang menarik perhatian pendengar. Sebab tu, jangan tak peduli bgv. Kalau sebelum ni kamu tak pedulikan bgv, mulai sekarang kamu kena ambil peduli. Jangan risau, kalau kamu main konsert besar nanti kamu boleh guna khidmat
back-up singer, kahkah..
Saya rasa, kalau kamu
record masa
jamming pun ada baiknya.
record bodoh-bodoh je pakai
recorder ke, hp ke. Sebab kamu boleh dengar apa yang kamu da
plan. Sempat lagi kalau kamu nak buat apa-apa perubahan. Jadi, apa yang saya nak tegaskan,
pre-production ni adalah satu langkah yang penting, dan ianya dapat melancarkan proses
recording nanti. Ianya mampu menjimatkan masa
recording, dimana kamu takkan lagi nak terkial-kial mencari, atau pikir macamana nak buat sebab awal-awal kamu dah
plan semua. Mudahkan kerja?
"Vocalist, persiapkan diri sebelum recording, please.."