Attack Digital Studio

Isnin, 13 Februari 2012

Harum Sundal Malam

Sejak aku kecil, aku lihat ayahku suka tanam-menanam ni. Sayur-sayuran, pucuk-pucuk, bunga-bungaan dan macam-macamlah. Dari tanam atas tanah, hidroponik, hinggalah ke cara fertigasi. Ayah aku pernah cerita kat aku, dulu, dia pernah tanam bunga santalia di laman rumah. Bunga santalia ni rupa dia seakan-akan bunga melur, dan bunga ini akan mengeluarkan bau yang harum pada waktu malam. Mungkin sebab itu kot, bunga ini dikenali juga sebagai harum sundal malam.

Ada jiran yang menegur, nasihatkan ayahku agar buang bunga santalia tu. Menurutnya, bunga santalia ni tak elok ditanam kerana ia merupakan tempat tinggal pontianak. Oh, jadi tak hairanlah ada filem pontianak yang mengambil nama bunga ni sebagai tajuk filem.... Ayahku hanya tersenyum. Ayahku menanam bunga santalia ni hanya kerana haruman baunya.

Satu hari tu, ayah ku pergi bercuti sekeluarga (masa ni aku belum dilahirkan) Pulang saja dari bercuti, ayahku mendapati bunga santalia layu dan mati. Ayahku pelik, kerana bunga santalia saja yang layu sedang yang lain segar mekar. Macam kene jirus dengan air panas. Tapi ayahku mengabaikan saja.

Nak dijadikan cerita, seminggu selepas tu, ada penghuni dirumah jiran diserang histeria. Dengan nada bergurau ayah ku berkata kepadaku, "Haa.. tu mesti pontianak marah tu sebab musnahkan tempat tinggal dia.." Ayahku ketawa. Aku pun turut ikut ketawa..

1 ulasan:

  1. makasih gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua dan selam kenal aja yah dari saya pribadi

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...