Istana Kenangan diperbuat daripada kayu yang dulunya dikenali sebagai Istana Lembah atau Istana Tepas di Kuala Kangsar dibina pada tahun 1926 oleh tukang kayu yang bernama Haji Sopian bersama dua orang anaknya. Keistimewaan rekabentuk binaan ini ialah berbentuk seakan-akan sebilah pedang dalam sarungnya. Selain itu, proses pembinaan bangunan ini tidak menggunakan paku. Keseluruhan bangunan ini terdiri daripada kayu-kayu yang keras, berdindingkan kayu tepas, dan beratapkan kayu papan. |
makasih sob buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua dan salam kenal aja yah dari saya
BalasPadam