Attack Digital Studio

Khamis, 9 Februari 2012

Kucingku Menangis pt.1

Cerita tentang kucing aku yang bernama Aminah, yang ku bela masa aku darjah 4...

Satu pagi sedang aku sidai baju, aku terdengar kucing mengiau-ngiau. Dengar sayup-sayup, dan tak henti-henti. Aku cuba cari dari mana arah suara tu namun gagal. Sambil tu, aku terus sidai baju. Suara mengiau-ngiau tu masih aku dengar. Macam tadi gak, tak henti-henti, seperti meminta tolong. Aku pandang sekeliling dan aku terperasan sesuatu. Tersentuh aku lihat kucing aku Aminah, mengiau-ngiau dan melambai-lambaikan tangannya memanggil aku. Ketika itu Aminah berada di longkang rumah.

Aku pun terus pergi dekat Aminah. Kesian Aminah, dia tak mampu nak gerak. Kaki dia patah aku rasa. Terjelepuk dalam longkang pulak tu, dan dia basah kena air longkang. Aku angkat Aminah dan letak dia ke atas. Pelik gak, sebab longkang tu bukan besar sangat. Aku rasa bukan sengaja Aminah patah kaki dan jatuh dalam longkang tu. Aku rasa mesti Aminah dikejar, dan mungkin digigit anjing. (sebab kebelakangan hari tu ada seekor anjing hitam masuk ke kawasan rumah). Disebabkan aku fikir macam tu, aku kene sucikan Aminah dari najis berat tu. (najis mughallazah). Aku terus cari tanah bersih, letak ia dalam baldi dan campurkan air. Aku jirus kaki Aminah, bersihkan kaki Aminah, dan tuang je suma air tanah dalam baldi tadi kat kaki Aminah.

Selama aku bela Aminah, aku tak pernah mandikan Aminah. Masa aku bersihkan kaki Aminah ni, dia tengok je. Macam tau-tau je apa yang sedang aku lakukan. Lepas aku yakin bersih, aku lap-lap badan Aminah. Aku mencari bakul dan letak sebelah Aminah. Belum sempat aku nak angkat Aminah untuk letak dia dalam bakul tu, Aminah sendiri merangkak masuk ke dalam bakul tersebut dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Tersentuh aku lihat. Kaki Aminah aku taruk ubat. Tiap-tiap hari taruk ubat. Akhirnya, AlhamduLillah, Aminah yang tidak mampu berjalan walau untuk menggerakkan kakinya pun, sudah mampu berjalan (walaupun agak kengkang)

*bersambung....

INFO

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampurkan dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

1 ulasan:

  1. makasih gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua yah salam kenal aja yah

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...