Tahun yang sama, abah aku dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Jabatan lain. Jadi, keluarga aku akan berpindah. Masa tu, bukan kucing je yang keluarga aku bela. Ada arnab, ayam belanda, ayam kampung, ayam laga dan ayam kapas. Pernah tengok ayam kapas? Mak aku yang beli ayam ni. Rupa dia comel dan bulu dia macam kapas.
Contoh ayam kapas |
Malam hari nak pindah tu, aku letak Can-toy dan Aminah atas pajero. Aminah aku lihat dia diam je. Dia tengok je Can-toy. (masa tu Can-toy tengah main-main, dan gigit-gigit plastik) Sementara menunggu waktu bertolak, aku bawa Aminah duduk di atas buaian. Pelik.. Sebelum-sebelum ni jangan harap dia nak duduk atas buaian, mesti dia lompat dan lari. Aku kena pegang dan paksa dia duduk. Leka sket je, dia terus terjun dan lari. Lagipun, mana ada kucing yang nak duduk atas buaian. Buaian tak stabil. Kucing memang takkan duduk di atas permukaan yang tak stabil. Tapi malam tu, Aku tak perlu pegang dan paksa lagi. Aminah sendiri yang duduk atas buaian tu, dengan kepala yang tunduk. Aminah tak lompat dan lari. Sambil membelai-belai Aminah, aku berkata, " Aminah, aku nak pergi da... aku bawa Can-toy... Tapi, aku tak dapat bawa kau sekali... Sorry, Aminah... Aku tau kau sedih.... Aku pun sedih gak tinggalkan kau... Hm.... Aku da pesan kat pakcik Lan, suruh dia tengok-tengokkan kau.... Kalu kau lapar, kau minta kat pakcik Lan ek.... Kau jangan risaukan Can-toy, aku jaga dia elok-elok..," Aminah hanya tunduk mendengar kata-kata aku. Tak mengiau, tak bergerak langsung. Aku turun dari buaian, dan duduk mencangkung agar dapat aku lihat muka Aminah. Aminah melihat aku. Lantas, mataku berkaca. Kerana, aku lihat ada air yang mengalir di pipi Aminah. Langsung aku tak sangka, Aminah, seekor kucing, mampu menangis..
Masa tu, aku tak tahu nak cakap apa, tak tahu nak buat apa. Yela, aku terkejut. Aku lihat Aminah menangis. Siapa kata haiwan/binatang tak ada perasaan? Kejadian malam itu membuktikan pada aku yang haiwan/binatang juga ada perasaan, dan ianya sangat menyentuh hati aku. Memang aku tak boleh lupa. Bila aku ingat-ingat kembali kisah tu, pasti aku menangis. Hari ini juga, aku menangis...
Tak sanggup sebenarnya aku melihat Aminah malam tu. Aku angkat dan bawa Aminah ke pajero. Aku letak Aminah di sebelah anak dia, Can-toy. Aminah menghampiri Can-toy, jilat-jilat kepala Can-toy. (cara kucing menunjukkan kasih sayang antara mereka adalah dengan jilat-menjilat antara satu sama lain) Saat Aminah jilat-jilat Can-toy ni, Can-toy sedang tidur nyenyak. Masa ni Can-toy kecil lagi. Dia tak tahu, dan tak sedar yang dia akan berpisah ngan mak dia.. Tapi Aminah sedar semua itu...
Aminah tidak mengambil masa yang lama. Dia terus turun dari pajero dan pergi membawa diri.. Kelakuan Aminah membuat aku kelu dan terpaku. Sungguh, aku tak tahu kemana Aminah pergi. Aku cuba mencari, tapi Aminah dah menghilangkan diri. Aku memandang Can-toy sayu. Bunyi enjin kereta dihidupkan menyedarkan aku. Masa bertolak hampir tiba. Aku terus naik pajero. Peristiwa tadi, masih tergiang-giang di fikiran ku. Aku memandang ke luar tingkap. Kemana Aminah? Kemana Aminah menghilang? Hm.. Mungkin.... Mungkin Aminah menyorokkan diri di seballik rimbunan pokok, sambil melihat Can-toy, dan aku pergi...
makasih gan buat informasinya yah semoga bermanfaat buat kita semua dan salam kenal aja yah dari saya
BalasPadam